KPN Arah Perketat Kebenaran Rentas Negeri

Bahasa Malaysia Berita Tempatan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengarahkan kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengetatkan kebenaran rentas negeri bermula hari ini.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) diarah untuk tegas dalam penguatkuasaan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” jelasnya kepada Harian Metro.

Tular di media sosial yang memaparkan gambar keratan arahan KPN mengenai permohonan kebenaran rentas negeri diperketat yang mula ditampal di balai polis seluruh negara.

Menerusi gambar tersebut, PDRM hanya boleh membenarkan individu merentas negeri untuk tiga situasi sahaja; kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ) namun kesemua permohonan perlu disertakan dokumen sokongan.

Permohonan rentas negeri juga tidak lagi dibenarkan bagi menghadiri majlis perkahwinan serta sebarang majlis kenduri lain.

Leave a Reply