Mini Malaysia memperkenalkan Keluarga Mini Baharu di Malaysia. Memperkenalkan empat model baharu yang menggambarkan bahasa rekaan baharu jenama tersebut, “Karisma Keserdehanaan”, barisan model baharu ini diperkenalkan pada Acara Pelancaran Keluarga Mini Baharu. Menampilkan dua model serba elektrik, generasi baharu Mini ini menandakan langkah penting ke arah mobiliti bandar yang bebas emisi.
Membuat kemunculan di Malaysia buat julung kalinya pada Acara Pelancaran Keluarga Mini Baharu adalah Mini Cooper SE Baharu. Model terkini serba elektrik dalam Keluarga Mini Baharu ini meneruskan kejayaan Mini Cooper yang ikonik, yang merupakan ikon utama Mini sepanjang generasi. Ditampilkan bersamanya pada acara tersebut adalah tiga model generasi baharu Mini yang lain, yang pertama kali dipratonton di Malaysia Autoshow 2024 iaitu Mini Countryman SE ALL4 Elektrik Baharu, Mini John Cooper Works (JCW) Countryman ALL4 Baharu dan Mini Cooper S Baharu.
Membuat Kemunculan – Mini Cooper SE Baharu:
Kemuncak Acara Pelancaran Keluarga Mini Baharu adalah perkenalan Mini Cooper SE Baharu yang menampilkan rekaan asli untuk terus mengangkat warisan jenama ini. Bahagian depan, gril hadapan oktagon menampilkan kontur yang berliku, memberikan titik tumpuan yang lebih menarik. Apatah lagi, gril ini menempatkan sensor radar terkecil dalam kalangan semua model BMW Group. Menambahkan lagi sentuhan moden adalah lampu hadapan LED dengan bantuan pancaran tinggidilengkapi dengan tiga corak cahaya tersendiri yang boleh dipilih, masing-masing diakhiri dengan animasi selamat datang atau selamat tinggal yang unik.
Beralih ke sisi, unjuran pendek dan bonet pendek terletak bertentangan hampir dengan jarak tayar yang panjang, membentuk siluet Mini Cooper SE Baharu. Permukaan kompak dan garis bahu yang kemas memperlihatkan rekaan badan kereta yang lebih atletik. Manakala, pendekatan yang lebih Minimalis, membangkitkan “Karisma Kesederhanaan”, menyuntik elemen moden terhadap reka bentuk keseluruhan yang dapat dilihat pada pemegang pintu yang rata dan ketiadaan lengkung roda atau ketutup sisi tradisional. Ciri ini juga khususnya membolehkan tayar 18-inci berjejari Night Flash dua tona untuk menonjol. Akhir sekali, kemasan permukaan ultra-bersih menyerlahkan warna badan, serta efek individualistik terhadap kontras bumbung dan penutup cermin yang berwarna putih.
Bahagian dalam Mini Cooper SE Baharu menyerlahkan keperluan asas, menampilkan komponen yang lebih sedikit namun setiap satunya direka dengan bijak dan berkualiti tinggi. Daripada tempat duduk pemandu, stereng sport tiga jejari dalam kemasan Vescin menyambut pemandu, antara ciri standard dalam Favoured Trim. Pakej ini juga menampilkan corak houndstooth dalam dua warna iaitu Kelabu dan Beige (Kuning Air), yang menghiasi tekstil bersulam pada papan pemuka. Ventilasi udara nipis pada papan pemuka menyerlahkan reka bentuk yang anggun dan mesra pengguna. Manakala, paparan Mini Head-Up memaparkan semua kandungan berkaitan terus ke garis penglihatan pemandu. Papan pemuka di sisi pemandu tiada panel instrumen tambahan, sekaligus membuka pandangan hadapan.
Menjadi pusat tumpuan kabin adalah paparan OLED bulat berukuran 240mm dengan antara muka yang dioptimumkan untuk sentuhan menggabungkan pelbagai elemen kawalan. Di sekelilingnya terdapat permukaan melengkung yang dihiasi dengan material lembut untuk memupuk suasana keseluruhan yang selesa dan menyenangkan. Selain itu, bar togol Mini yang direka semula menempatkan fungsi pemanduan dalam susun atur yang ergonomik, manakala di bawahnya, konsol tengah yang direka semula, menyediakan kapasiti penyimpanan yang lebih besar dan meningkatkan keluasan, menambah kepada ergonomik dan keselesaan dalam kabin.
Menambahkan suasana dalaman adalah Mod Mini Experience, yang menggunakan grafik cahaya khusus untuk meningkatkan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan, serta sistem bunyi sekeliling Harman Kardon. Ciri-ciri standard dalaman yang lain termasuk tempat duduk sport dalam kemasan Vescin, pelarasan tempat duduk elektrik dengan memori, pelapik siling antrasit, pakej cermin dalaman dan luaran, cermin pandang belakang dalaman dengan fungsi anti silau automatik, sistem akses keselesaan dan Pakej Keselesaan Plus.
Mini Cooper SE Baharu menghasilkan 218hp yang hebat dan tork 330Nm, membawakan model tiga pintu serba elektrik ini dari 0 sehingga 100km/j dalam hanya 6.7 saat, dengan had kelajuan tertinggi 170km/j. Sebagai perbandingan, Mini Cooper S Baharu yang dikuasakan oleh petrol menghasilkan output 204hp dan 300Nm tork yang mengagumkan dengan sistem suntikan petrol berganda yang menggabungkan suntikan port serta suntikan terus.
Bagi dinamik pemanduan, Mini Cooper SE Baharu mempunyai kelebihan pada lebar trek dan jarak tayar yang dipertingkat, di samping konfigurasi spring dan peredam yang diselaraskan dengan teliti untuk memberikan pengendalian yang lincah. Gabungan ketepatan stereng dan sasaran yang ditambah baik dipertingkatkan lagi dengan kestabilan pergerakan yang cemerlang. Untuk memaksimumkan sensasi go-kart elektrik dalam Mini Cooper SE Baharu, bateri digunapakai untuk merendahkan pusat graviti. Ketelitian dalam rekaan lain termasuklah pengoptimum pengagihan berat dan penggabungan nisbah stereng langsung dengan stereng yang kompak. Selain itu, pengoptimum lebar tayar meningkatkan dinamik lateral dan cengkamannya. Ciri ini menghasilkan pengalaman go-kart ikonik yang menggembirakan, terhasil daripada penstabil pramuat yang tinggi dan stereng Servotronic.
Dengan kapasiti bateri kasar sebanyak 54.2 kWj, Mini Cooper SE Baharu mencapai jarak emisi sifar antara 387 sehingga 402 kilometer dengan sekali cas, memastikan perjalanan yang lancar dan menjaga alam sekitar. Bateri Mini Cooper SE Baharu boleh dicas dengan pengecas AC pada 11 kW, manakala pengecasan DC membolehkan sehingga 95 kW, menjadikan bateri daripada 10 peratus kepada 80 peratus dalam masa kurang dari 30 Minit.
Sama seperti Mini Cooper S Baharu, Mini Cooper SE Baharu juga menggambarkan fungsi semua sistem bantuan pemanduan dalam masa nyata melalui Unit Interaksi Mini, menunjukkan fungsi yang sedang aktif pada masa tersebut, menghasilkan keselamatan dan keselesaan yang maksimum. Dilengkapi sebagai ciri standard untuk Mini Cooper SE Baharu adalah Bantuan Pemanduan dan Bantuan Parkir Plus, termasuk Amaran Pertukaran Lorong dengan amaran apabila membelok dan pengembalian lorong aktif, Amaran Keluar Lorong dengan sokongan stereng aktif, Info Had Kelajuan, Bantuan Had Kelajuan Manual, Kawalan Pengendalian dengan fungsi brek, Amaran Perlanggaran Hadapan dengan sokongan brek, Bantuan Elakan, Amaran Lalu Lintas Belakang dengan sokongan brek, Pencegahan Perlanggaran Bahagian Belakang dan Amaran Keluar. Bukan itu sahaja, Bantuan Parkir Plus dilengkapi dengan Bantuan Parkir, yang meletakkan dan mengeluarkan kenderaan dalam ruang parkir yang selari dan serenjang, Kawalan Jarak Parkir Aktif, Kamera Bantuan Undur dengan pandangan belakang panorama, Bantuan Undur, Pandangan Parkir, Paparan 3D Jauh, Perakam Pemanduan dan Perakam Anti Kecurian.
Selain itu, ciri bantuan pemanduan tambahan pilihan iaitu Bantuan Pemanduan Plus juga terdapat pada Mini Cooper SE Baharu, menawarkan kawalan pengendalian aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, Bantuan Had Kelajuan Manual dan Automatik.
Sama seperti model Keluarga Mini Baharu yang lain, Mini Cooper SE Baharu menggunakan Sistem Operasi 9 Mini Baharu, menampilkan antara muka pengguna baharu yang estetik yang menggabungkan elemen fungsi dan emosi dengan lancar dalam gaya Mini yang tersendiri. Sistem operasi menjana pengalaman digital baharu yang mengasyikkan melalui Unit Interaksi Mini yang revolusioner. Manakala, Bantuan Peribadi Pintar Mini menawarkan bantuan suara pertama Mini yang lengkap, membolehkan kawalan navigasi, hiburan telefon dan pelbagai fungsi kenderaan lain dengan menggunakan suara.
Selain itu, aplikasi Mini juga tersedia, menyediakan akses kepada banyak fungsi baharu. Antaranya termasuk Paparan 3D Jauh, yang dijana melalui kamera kenderaan yang mengambil gambar kawasan sekitar parkir Mini, Penghidupan Enjin Jarak Jauh yang menghidupkan enjin Mini secara automatik dan menetapkan suhu kenderaan yang diingini sebelum menaiki, Log Perjalanan yang menyediakan maklumat tentang perjalanan dan gaya pemanduan terkini pemandu serta fungsi baharu lain yang berkaitan dengan e-mobiliti, seperti mula atau berhenti mengecas dan menetapkan tahap pengecasan yang diingini. Menerusi aplikasi Mini, Kunci Digital Plus Mini turut tersedia, yang mengubah telefon pintar menjadi kunci kenderaan.
Pakej Mini Connected yang komprehensif juga boleh didapati melalui Mini Connected Store, menyediakan akses kepada pelbagai aplikasi praktikal dan menghiburkan yang sentiasa berkembang untuk memperkayakan perjalanan. Terutamanya, untuk Mini Cooper SE Baharu, Pakej Mini Maps yang komprehensif, merangkumi ciri seperti visualisasi 3D dan Navigasi AR Mini, adalah sangat berguna untuk menentukan laluan yang optimum untuk pengecasan apabila memasukkan lokasi destinasi.
Mini Cooper SE Baharu didatangkan dalam warna luaran Blazing Blue, Nanuq White, Chili Red II, Legend Grey, Sunny Side Yellow, Midnight Black II, British Racing Green dan Melting Silver, dengan warna dalaman Nightshade Blue. Mini Cooper S Baharu pula menawarkan warna luaran Ocean Wave Green, Legend Grey, Nanuq White dan Chili Red, dan warna dalaman gabungan hitam dan kelabu, dengan kemasan tekstil berwarna biru. Manakala, Mini Countryman SE Baharu tersedia dalam pilihan warna luaran yang segar dan ekspresif yang menggambarkan semangat pengembaraan iaitu Smokey Green, Legend Grey, Nanuq White, Melting Silver, Blazing Blue dan Chili Red, dengan pilihan warna dalaman Vintage Brown atau Dark Petrol. Sementara itu, Mini JCW Countryman Baharu pula menampilkan warna sporty Legend Grey, Nanuq White, Melting Silver dan Midnight Black, dengan warna dalaman upholsteri JCW Black sahaja.
Harga:
Cooper SE: RM193,888
Countryman SE: RM258,888
Cooper S: RM279,888
JCW Countryman: RM389,888
Mini JCW Countryman ALL4 Baharu
Mini Countryman SE ALL4 Baharu
Mini Cooper S Baharu