Kereta EV pertama Proton, Proton e.MAS 7 telah berjaya menempuh jarak sejauh 894km merentasi negeri-negeri di selatan Malaysia dalam fasa pertama di mana orang ramai dapat menyaksikan kenderaan elektrik ini yang akan merangkumi lebih 2,000km pengembaraan. Jelajah EV ini merupakan salah satu persiapan untuk pelancaran besar bagi penghujung tahun.
Sepanjang pengembaraan, e.MAS 7 ini telah menempuhi pelbagai cuaca dan keadaan jalan raya di Malaysia, jurutera Proton telah bekerja keras dan yakin untuk memastikan e.MAS 7 memenuhi kepuasan rakyat terhadap kereta elektrik ini. Setiap perhentian di dalam jelajah ini memberi peluang kepada orang ramai terutamanya penduduk tempatan untuk berinteraksi dan menyaksikan sendiri keunggulan kereta EV sulung ini menuju ke era mobiliti lestari di Malaysia.
Penglibatan dan Penjelajahan di Selatan
Jelajah Proton e.MAS 7 yang bermula dari Proton Center of Excellence (COE) menghala selatan yang menuju ke perhentian di Muzium Minangkabau Negeri Sembilan dan seterusnya negeri Melaka di mana e.MAS 7 ini berlatarbelakangkan bangunan bersejarah A’Famosa yang menyerlahkan lagi reka bentuknya yang unggul dan kontemporari.
Persinggahan di tempat-tempat makan yang menarik dan popular di setiap negeri memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat reka bentuk unik e.MAS 7 dengan lebih dekat walaupun dipamerkan bersama corak pelekat pembalut kereta yang cantik. Sepanjang jelajah ini, orang ramai terpesona dengan e.MAS 7 sebagai sebuah SUV elektrik yang terbesar dalam segmennya serta elemen gaya reka bentuk seperti pemegang pintu tersembunyi dan lampu belakang LED panjang yang bukan sahaja menambah tarikan estetik tetapi juga fungsi canggih terdapat pada e.MAS 7. Cuaca yang tidak menentu tidak meruntuhkan semangat jelajah ini apatah lagi keterujaan pengunjung yang hadir beramai-ramai untuk melihat kereta ini untuk buat kali yang pertama.
Jelajah e.MAS 7 turut menerima sambutan yang memberangsangkan di restoran-restoran popular tempatan di mana ramai orang turut menyertai aktiviti yang diadakan melalui permainan interaktif yang menyeronokkan. Persinggahan di empat bilik pameran pengedar Melaka dan Johor di mana lebih seribu pengunjung berpeluang untuk melihat e.MAS 7 dengan lebih dekat mengenai ciri-ciri utama EV pertama Proton seperti seni bina Cell-to-Body (CTB) dan sistem Pemanduan Elektrik Pintar 12-dalam-1, sambil menekankan reka bentuk canggihnya dan praktikaliti yang inovatif.
Perjalanan Diteruskan ke Utara
Setelah berjaya menamatkan fasa pertama di selatan, Jelajah Proton e.MAS 7 kini menuju ke utara. Kenderaan elektrik ini akan terus menarik perhatian orang ramai dengan teknologi dan reka bentuknya yang unggul di negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Jelajah e.MAS 7 di seluruh negara ini akan terus melangkaui jangkaan dan semangat terhadap mobiliti lestari di Malaysia.
Jelajah Proton e.MAS 7 akan hadir di setiap negeri pada tarikh berikut:
- 11 Oktober 2024 – Perak dan Penang
- 12 Oktober 2024 – Penang
- 13 Oktober 2024 – Kedah dan Perlis
- 14 Oktober 2024 – Perlis