Proton kini mengumumkan kerjasama strategik bersama Continental Malaysia bagi memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis bertauliah terpilih di seluruh negara. Inisiatif ini mencerminkan komitmen jenama dalam mempertingkat pengalaman pelanggan dengan menyediakan perjalanan pemilikan kenderaan yang lebih mudah dan menyeluruh.
Menerusi kerjasama ini, pusat servis Proton bakal berfungsi sebagai pusat sehenti bagi jualan tayar, pemasangan profesional, dan perkhidmatan selepas jualan bersama Continental Malaysia. Menjelang Disember tahun ini, Proton menyasarkan sekurang-kurangnya 60 cawangan akan menyediakan perkhidmatan ini untuk semua model Proton, sekali gus memudahkan pelanggan mendapatkan penyelenggaraan lengkap di bawah satu bumbung.
Pelanggan kini boleh membeli dan memasang tayar semasa servis berkala, dengan harga tayar yang kompetitif bermula daripada RM211 seunit khusus untuk Proton Saga. Semua tayar yang ditawarkan adalah keluaran terkini bagi memastikan tahap keselamatan dan prestasi maksimum, manakala pemasangan dilakukan oleh juruteknik bertauliah Proton untuk menjamin kualiti perkhidmatan yang konsisten dan boleh dipercayai.
Selain itu, pelan perlindungan Total Confidence Plan (TCP) oleh Continental Malaysia turut disediakan, merangkumi jaminan kerosakan jalan raya selama setahun serta penggantian tayar satu dengan satu secara percuma bagi kes-kes yang tidak diduga. Bagi pelanggan yang mengutamakan fleksibiliti kewangan, kemudahan pembiayaan melalui Direct Lending juga ditawarkan, membolehkan pembayaran ansuran bulanan yang lebih mudah dan terancang.
Dengan memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif, Proton terus mempertingkatkan pengalaman selepas jualan di pusat servis bertauliahnya. Menerusi rangkaian 3S/4S terbesar dalam industri, barisan juruteknik dan penasihat servis yang terlatih secara profesional, serta pusat alat ganti strategik untuk capaian pantas, Proton komited untuk menjadi jenama yang mengutamakan servis selepas jualan yang berkualiti, menyasarkan kedudukan teratas dalam industri automotif tempatan.
Antara penawaran termasuk perkhidmatan FS90 Fast Service, yang menjamin penyelenggaraan dalam masa 90 minit daripada pendaftaran hingga penyerahan kunci kepada pelanggan, ProCare Smart Plan (PSP) dengan penjimatan menarik melalui pakej penyelenggaraan dan pembiayaan fleksibel, Aplikasi MyProton untuk penjadualan servis dan kemas kini semasa, Manual Pemilik Digital yang boleh diakses dalam talian, serta perkhidmatan menyeluruh Body & Paint (B&P) dan Proton Insurance Programme (PIP) yang menawarkan khidmat pemulihan kenderaan kemalangan oleh pakar dan penyelesaian insurans khusus, kesemuanya bagi memastikan kenderaan Proton kekal dalam keadaan baik dengan penggunaan alat ganti tulen dan juruteknik bertauliah.
Dengan lebih 173 pusat servis dan 73 pusat Body & Paint di seluruh negara, Proton kekal fokus dalam memperluas akses kepada penjagaan selepas jualan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Pelanggan juga boleh menikmati ketenangan minda 24 jam sehari menerusi talian bantuan kecemasan Proton di 1-800-888-8398 yang tersedia bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tayar baharu Proton serta senarai cawangan terlibat, sila layari laman web rasmi Proton atau hubungi pusat servis Proton berhampiran anda.