Sempena pertengahan tahun, MG Motor Malaysia hadir dengan tawaran yang sukar ditolak untuk dua model paling hangat di pasaran – sedan bergaya MG5 dan MG4 serba elektrik. Promosi ini menawarkan lebih nilai untuk setiap ringgit, sejajar dengan komitmen MG untuk menjadikan kualiti, reka bentuk moden dan keseronokan pemanduan lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia.
MG5, sedan segmen B terbesar dalam kelasnya, kini boleh dimiliki pada harga serendah RM86,900, penjimatan sehingga RM7,000 daripada harga asal RM93,900. Dengan rekaan luaran yang elegan, kabin luas dan pemanduan yang lancar, MG5 adalah pilihan ideal untuk mereka yang mahukan kereta praktikal tanpa mengorbankan gaya atau keselesaan.
Sementara itu, bagi rakyat Malaysia yang sedang mempertimbangkan peralihan ke kenderaan elektrik, MG4 yang memenangi pelbagai anugerah kekal sebagai pilihan utama. Menerusi kempen “Pandu Dulu, Bayar Kemudian”, MG menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses berbanding sebelum ini dengan tawaran sehingga 12 bulan ansuran percuma untuk MG4 Lux dan sehingga 8 bulan untuk MG4 Standard. Inisiatif ini memberi permulaan yang lebih mudah untuk perjalanan elektrik anda, dengan peralihan yang lancar serta ketenangan minda. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dengan reka bentuk yang menarik, teknologi pintar, dan pengalaman pemanduan ala British yang tersendiri, inilah masa terbaik untuk beralih kepada EV. MG kekal komited dalam menghasilkan kenderaan hebat yang lebih mampu milik tanpa kompromi dari segi keselamatan, inovasi, atau keseronokan memandu.