BMW Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu, yang baru sahaja diperkenalkan di MY BMW World 2025, dan kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW di seluruh negara.
BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu menandakan evolusi berani bagi model ikonik ini yang mula mencipta nama pada tahun 2020. Dalam generasi terkininya, model ini menggabungkan prestasi dinamik, reka bentuk yang ekspresif dan teknologi digital termaju dalam satu reka bentuk yang mencerminkan era baharu dalam ekspresi peribadi serta pengalaman pemanduan premium.
Reka bentuk luaran yang menyerlah menonjolkan karakter penuh keyakinan, manakala kokpit serba digital, sambungan intuitif, dan casis yang direka semula sepenuhnya menawarkan pengalaman pemanduan yang bukan sahaja mengasyikkan malah mengujakan.
BMW Group Malaysia menetapkan penanda aras baharu dalam pemilikan automotif premium, memberikan definisi baharu terhadap pengalaman pemanduan dengan penuh keyakinan dan ketenangan minda. Relax, We Care mencerminkan komitmen teguh BMW untuk membawakan Sheer Driving Pleasure tanpa gangguan – satu janji bahawa walau apa jua situasi, kami sentiasa bersama anda.
Di bawah inisiatif Relax. We Care. pendekatan menyeluruh 360 darjah terhadap pemilikan BMW disampaikan melalui rangkaian perkhidmatan yang bersepadu. Bermula dengan Komitmen Servis BMW, yang menawarkan penjagaan pakar, ketelusan, dan ketepatan dalam setiap janji temu melalui Perkhidmatan & Khidmat Pelanggan, pelanggan BMW turut dilindungi oleh Penjagaan Proaktif BMW.
Perkhidmatan ini menggunakan data sensor masa nyata untuk mengesan potensi kerosakan sesuatu fungsi sebelum ia berlaku, dan memberi amaran kepada pemandu melalui aplikasi My BMW atau iDrive. Ciri ini dipertingkatkan lagi dengan BMW ConnectedDrive, yang mengintegrasikan ketersambungan digital terkini dalam setiap produk BMW, membolehkan kemas kini perisian tanpa wayar dan pengurusan kenderaan masa nyata melalui satu paparan pusat.
Selain itu, program Servis & Pembaikan Inklusif BMW memastikan ketenangan minda dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, bersama perlindungan perkhidmatan selama lima tahun / 100,000km. Bagi Kenderaan Elektrik Bateri, perlindungan perkhidmatan dilanjutkan kepada enam tahun dengan perbatuan tanpa had, dan jaminan bateri voltan tinggi selama lapan tahun.
Dengan Bantuan Tepi Jalan BMW, pelanggan boleh mendapat sokongan kecemasan 24/7 – termasuk tunda, kereta ganti, dan penginapan hotel sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka.
Kempen Kereta Baharu BMW menggabungkan semua perkhidmatan ini untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan tanpa kebimbangan sejak hari pertama, membolehkan pelanggan kekal yakin, terhubung, dan terjaga, tanpa mengira situasi.
Program Kewangan Dinamik – Lengkap, Sememangnya Bijak.
Dengan Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu boleh dimilik menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,480, (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh lima tahun). Pelan ini turut didatangkan bersama Program Penggantian Kenderaan Secara Percuma dan Rebat Insurans Motor Komprehensif BMW Tahun Pertama sebanyak RM5,000.
Sementara itu, melalui Pelan Pembiayaan Straight-Line, pelanggan boleh memiliki BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM2,582 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh tujuh tahun).
Pelanggan juga boleh menikmati BMW Protection+ Insurance apabila membuat pembiayaan melalui BMW Easy Drive dan Straight-Line. BMW Protection+ menawarkan perlindungan menyeluruh termasuk manfaat kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal, perlindungan terhadap kecurian kenderaan, perlindungan bayaran semula pinjaman sewa beli, dan Perlindungan Aset Terjamin.
Manfaat tambahan lain termasuk perlindungan kunci, bantuan khas sekiranya berlaku kerugian total atau kecurian, perlindungan kerosakan rim, bantuan banjir atas dasar ihsan, serta perlindungan calar dan kemek bagi memberikan ketenangan fikiran buat pemilik BMW di setiap perjalanan.
Pengalaman Pemilikan Premium yang Lengkap.
Pemilik BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu juga akan menikmati pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh daripada BMW Group Malaysia, termasuk:
- Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kecemasan Kemalangan BMW
- Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu adalah:
BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu
Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW |
RM218,800.00
RM240,500.00 |