Piston.my

Proton e.MAS Kini Menjadi Rangkaian Pengedar EV Terbesar di Malaysia

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), pengedar rasmi Proton e.MAS, dengan bangganya mengumumkan peluasan rangkaian pengedarannya di seluruh negara kepada lebih daripada 50 cawangan, menjadikan Proton e.MAS sebagai rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia.

Menjelang akhir Oktober 2025, sebanyak 45 pusat pengedaran Proton e.MAS dijangka beroperasi sepenuhnya, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman pemilikan EV yang lancar dan mudah, daripada jualan dan pandu uji hinggalah ke kemudahan pengecasan serta sokongan selepas jualan yang terbaik.

Pengembangan Rangkaian MAS ini mencerminkan komitmen Proton e.MAS untuk membangunkan ekosistem EV yang kukuh dan inklusif, memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati mobiliti elektrik tanpa mengira di mana mereka berada.

Proton e.MAS terus memperluas rangkaian pengedarannya di seluruh Malaysia, sekali gus memperkukuh akses kepada pelanggan serta menyokong peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik di seluruh negara. Menjelang akhir Oktober 2025, sebanyak 45 pusat pengedaran dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya. Jumlah ini dijangka meningkat kepada lebih 50 pusat menjelang Disember 2025.

Selaras dengan strategi pengembangannya, Proton e.MAS sedang meninjau beberapa lokasi utama di kawasan strategik seluruh negara, termasuk:

  • Lembah Klang: Bangsar (KL), Pandan Indah (KL), Bukit Jalil (KL), Batu Caves (Selangor), Kota Damansara (Selangor), Cyberjaya (Selangor), Kajang (Selangor)
  • Johor: Skudai, Kluang, Johor Bahru
  • Penang: Nibong Tebal, Batu Kawan

PRO-NET terus mencari rakan kongsi yang berdedikasi untuk menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS yang semakin berkembang pesat. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kami menuju masa depan yang lestari, kami ingin mendengar daripada anda. Emelkan kepada kami affendyk@proton.com

Sejak tempahan dibuka, Proton e.MAS 5 telah menerima lebih 4,000 tempahan, menandakan keyakinan tinggi pasaran terhadap kenderaan elektrik mampu milik pertama Malaysia.

Dengan jumlah tempahan yang terus meningkat, Proton e.MAS menyeru pelanggan untuk merebut peluang menikmati Pakej Early Bird eksklusif sebelum ia ditutup apabila mencapai 5,000 tempahan.

Rakyat Malaysia boleh mendaftar minat mereka dengan Proton e.MAS 5 melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan secara terus di mana-mana pengedar Proton e.MAS di seluruh negara.

Untuk membuat tempahan, hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM99 dan nikmati keistimewaan eksklusif awal berikut:

  • Kad Proton e.MAS Touch ‘n Go NFC edisi terhad yang telah dimuat nilai isian sebanyak RM100
  • Rebat RM500 daripada yuran tempahan

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan