Armor All, jenama penjagaan kereta terkemuka di bawah Energizer Holdings Inc., telah melancarkan secara rasmi Siri Armor All Podium – yang telah dibangunkan secara eksklusif dengan kerjasama Oracle Red Bull Racing – di acara eksklusif di Elmina Lakeside Mall. Acara ini dijangka akan menarik minat peminat kereta dan keluarga mereka, dengan menawarkan cucian kereta percuma dan mempamerkan prestasi unggul produk perincian dalaman dari Siri Podium Armor All.
“Melalui kerjasama kami dengan Oracle Red Bull Racing, Siri Armor All Podium membawakan inovasi maju dan penjagaan kereta gred profesional kepada pemandu kereta di Malaysia,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan, Malaysia, Singapura & Vietnam, Energizer Malaysia Sdn Bhd. “Rakyat Malaysia sayang akan kereta mereka—bukan sahaja sebagai kenderaan, tetapi juga mencerminkan gaya dan personaliti mereka. Sama ada anda menyusuri jalanan di bandar atau memandu hujung minggu ke pantai, Siri Podium memastikan kenderaan anda kelihatan terbaik dengan kerja yang minimum. Penjagaan premium yang memudahkan pengguna, dibina untuk gaya hidup dan iklim Malaysia.”
Siri Armor All Podium baharu terserlah dengan formula seramik hibrid SiO2 (silikon oksida) premiumnya, memberikan jangka hayat yang dipertingkatkan, kalis air sambil melindungi permukaan tahan lama. Dibina dengan mengambil kira pakar-pakar penjagaan kereta, setiap produk menggabungkan teknologi yang telah dipatenkan dengan ciri-ciri pembungkusan pintar, termasuk botol PET yang boleh dikitar semula dan picu semburan tersuai, untuk rutin penjagaan kereta yang benar-benar premium.





