Ford secara rasmi memperkenalkan Mustang GTD 2025, menandakan kemunculan Mustang paling berkuasa dan canggih yang pernah dibina. Dengan 815hp dan tork 900Nm, Mustang GTD menetapkan standard baharu dalam dunia kereta sport yang sah untuk jalan raya, mencapai kelajuan tertinggi 325km/h, menjadikannya Mustang terpantas dalam sejarah.
Prestasi Luar Biasa
Dikuasakan oleh enjin 5.2 liter V8 supercharged, Mustang GTD mengalahkan pesaingnya seperti Porsche 911 GT3 RS dari segi kuasa kuda seliter. Menurut Greg Goodall, Ketua Jurutera Program Mustang GTD, kereta ini direka sebagai supercar berprestasi bertaraf dunia tetapi masih mengekalkan jiwa Mustang.
Kereta ini turut dilengkapi dengan aerodinamik aktif melalui Sistem Pengurangan Seretan (DRS), yang melaraskan sudut sayap belakang dan kepak hadapan untuk memberikan prestasi maksimum sama ada pada kelajuan tinggi atau dalam keadaan memerlukan daya bawah yang lebih baik. Sistem ini memastikan kestabilan dan cengkaman yang tiada tandingan pada kelajuan maksimum.
Ford sedang mencipta kegemparan dalam dunia Mustang ketika syarikat itu berusaha untuk membayangkan semula masa depan model ikonik ini, sambil meneroka lebih jauh ke arah pasaran kenderaan elektrik. Ketika Chevrolet Camaro dikhabarkan sedang merancang versi elektrik empat pintunya, Ford Mustang kini menjadi satu-satunya kereta tradisional Amerika yang masih bertahan, dan Ford nampaknya berhasrat untuk membawa Mustang ke sempadan baharu.
Dalam mesyuarat peniaga baru-baru ini di Las Vegas, Ford mendedahkan beberapa konsep Mustang yang berpotensi, termasuk versi empat pintu untuk keluarga yang digelar “Mach 4” dan varian lasak luar jalan yang dinamakan sementara “Baja”. Mach 4 dilihat sebagai usaha untuk memperluaskan daya tarikan Mustang kepada golongan pengguna yang lebih luas, manakala model Baja, yang dipamerkan dalam foto, memberi pandangan baru tentang kemampuan prestasi Mustang.
Jim Farley, Ketua Pegawai Eksekutif Ford, telah menekankan bahawa setiap varian Mustang baharu mesti mengekalkan prestasi dan gaya asalnya. Konsep-konsep ini mencerminkan potensi perkembangan barisan Mustang untuk menarik minat pengguna yang lebih pelbagai. Namun, tidak jelas lagi model mana yang akan memasuki pengeluaran, walaupun gambar varian Baja menunjukkan bahawa ia mungkin lebih hampir dengan pengeluaran berbanding yang lain.
The Mustang car world has been abuzz in recent months as Ford seeks to reimagine the future of the Mustang while pushing further into the electric vehicle market. With Chevrolet’s Camaro reportedly eyeing an electric four-door version, the Ford Mustang stands alone as the last of the traditional American pony cars, and Ford seems eager to explore new frontiers for its iconic model.
In recent dealer meetings in Las Vegas, Ford revealed potential new Mustang concepts, including a family-oriented four-door version dubbed the “Mach 4” and a rugged, off-road variant tentatively called the “Baja.” The Mach 4, displayed as a rendering, hints at Ford’s desire to broaden the Mustang’s appeal, while the off-road model, shown in a photo, could offer Mustang enthusiasts a fresh take on performance.
Jim Farley, Ford’s CEO, has previously stated that any new Mustang variant must maintain the performance and attitude of the original. These dealer presentations suggest that the Mustang lineup could expand in unprecedented ways, catering to a more diverse range of consumers. However, it remains unclear which model is closer to production, though the photo of the “Baja” version suggests it may be further along in development.
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, is offering an exclusive sales promotion from 1 June to 31 July 2024. This promotion gives new Ford Ranger owners the chance to win a Ford Ranger Getaways Retreat through a creative slogan contest.
Promotion Details
Promotion Period: 1 June to 31 July 2024
Eligible Vehicles: All Next-Gen Ranger variants, including the Ranger Raptor
Contest: Submit a slogan of up to 20 words describing your ideal “Live the Ranger Life” moments with your new Ford Ranger.
Prize: A two-day, one-night stay for two at The Kahaani Resort in Janda Baik, Pahang.
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia sedang menjalankan kempen promosi istimewa bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2024. Promosi eksklusif ini menawarkan peluang kepada pemilik baharu Ford Ranger untuk memenangi Percutian Ford Ranger Getaways melalui peraduan slogan kreatif.
Peraduan ini terbuka kepada semua varian Ford Ranger generasi baharu, termasuk Ranger Raptor. Semua pemilik baharu Ford Ranger yang mana kenderaan mereka diterima dalam tempoh peraduan ini adalah layak untuk ikut serta.
Peserta boleh menyertai peraduan ini dengan menghantar slogan sepanjang 20 patah perkataan yang menceritakan detik manis “Live the Ranger Life” mereka bersama Ford Ranger baharu masing-masing.
Pemenang peraduan Percutian Ford Ranger Getaways ini akan menikmati percutian dua hari satu malam di The Kahaani Resort, Janda Baik, Pahang yang damai untuk 2 orang. Sembilan pemenang akan dipilih setiap bulan, dengan jumlah keseluruhan 18 pemenang sepanjang kempen berlangsung.
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah melancarkan Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad hari ini, mengukuhkan kedudukannya dalam segmen trak pikap di Malaysia. Sejajar dengan pelancaran model baharu ini, SDAC membuka tempahan dalam talian menerusi shop.sdacford.com.my yang membolenkan pelanggan menempah semua model Ranger dan Everest di dalam talian. Malah Ranger StormTrak disediakan secara eksklusif di dalam talian, dengan hanya 200 unit ditawarkan.
Menggabungkan keupayaan lasak, ciri premium dan teknologi tiada tandingan, Ranger StormTrak yang dinaik taraf bermodelkan Ranger Wild Trak sememangnya diminati ramai bagi memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup untuk mereka yang berani dan suka akan pengembaraan.
Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad memperlihatkan Skim StormTrak dengan bahagian luar dan dalam yang unik, melambangkan semangat kembara dan gaya. Ciri-ciri lain termasuk roda 20 inci dengan cat Hitam Asfalt matte dan sisipan roda Merah Race, gril dan bampar Skim StormTrak yang menyerlah dan juga lambang dan reka bentuk yang mencerminkan statusnya sebagai kenderaan edisi terhad.
Di bahagian dalam pula, daya tarikan Skim StormTrak menarik terus menonjol dengan papan pemuka yang dihiasi jahitan Merah Race, kerusi yang memaparkan Logo StormTrak, jahitan Merah Race, dan sisipan suede Miko, yang memberikan penampilan kabin yang mewah lagi bergaya.
Untuk meningkatkan fungsinya, Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad dilengkapi beberapa ciri yang pertama kali diperkenalkan dalam kelanya, yang direka untuk pengembaraan. Antaranya termasuk Lampu Sokongan untuk menerangi jalan lasak yang gelap, Pencahayaan Zon untuk mencerahkan lagi ruang di sekeliling kereta, dan lampu kargo untuk memudahkan proses memuatkan dan memunggah barang.
Inovasi Ranger StormTrak diteruskan dengan Sistem Rak Fleksibel dan Rel Bumbung Boleh Ayun Posisi, membolehkan pelarasan palang sukan dilakukan dengan satu tangan, sambil menyokong pelbagai jenis muatan sehingga 80 kilogram (dinamik) dan 250 kilogram (statik), ini amat sesuai dan praktikal untuk memenuhi keperluan kembara dan kerja. Kenderaan ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti Penukar Gear Elektronik dengan transmisi automatik 10 kelajuan, Tekanan Brek Auto dan Bantuan Letak Kereta Aktif 2.0, dimana ciri-ciri yang turut disediakan dalam Ranger Raptor dan Everest Titanium.
Dengan penekanan kukuh terhada pengalaman pelanggan di bilik pameran dan saluran digital, SDAC menyediakan perkhidmatan lebih mudah menerusi khidmat tempahan dalam talian di laman webnya. Menerusi platform yang dinaik taraf ini, pelanggan di seluruh negara boleh melayari laman sesawang dan menempah Ranger atau Everest pilihan mereka. Pelanggan yang menempah Ranger StormTrak akan menerima jaket Pengadang Angin Ranger StormTrak yang diberikan semasa penyerahan kenderaan, membolehkan pemilik menggayakan jaket bergaya yang sedondon dengan kenderaan mereka.
Dilengkapi dengan enjin Bi-Turbo 2.0L, Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad dijual pada harga daripada RM181,888.00 (di jalan raya, tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM188,288.00 (di jalan raya tanpa insurans) di Sabah, RM188,288.00 (di jalan raya tanpa insurans) di Sarawak. Kenderaan ini disediakan dalam tiga warna luar: Putih Artik, Kelabu Meteor dan Hitam Mutlak.
Miliki Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad secara eksklusif di https://shop.sdacford.com.my/vehicle/ dan dapatkan hadiah tempahan istimewa: jaket pengadang angin Ford Ranger Edisi Terhad percuma. Layari www.sdacford.com.my, atau lkuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter atau YouTube untuk terus mengikuti berita dan pengumuman terkini.
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, today unveiled the new Limited-Edition Ford Ranger StormTrak, strengthening its position in the pickup truck segment in Malaysia. In tandem with the new model launch, SDAC launched its online booking via shop.sdacford.com.my, allowing customers to book any of its Ranger and Everest models online with the Ranger StormTrak being exclusively available online, offering only 200 units.
A fusion of rugged capability, premium features and unparalleled technologies, the Ranger StormTrak is an upgrade to the well-loved Ranger WildTrak, catering to the multifaceted lifestyle of bold adventure seekers.
The Limited-Edition Ford Ranger StormTrak boasts a unique StormTrak Scheme for both its exterior and interior. Its features include 20-inch wheels with Asphalt Black matte paint and Race Red wheel inserts, a distinctive Storm Trak Scheme grille and bumper as well as new emblems and livery that signify its limited-edition status.
Inside, the attractive Storm Trak Scheme continues with a dashboard accented with Race Red stitching, seats featuring Storm Trak Logo, Race Red stitching and Miko suede inserts, elevating a premium and stylish cabin experience.
For enhanced functionality, the Limited-Edition Ford Ranger Storm Trak introduces several first-in-class features tailored for the adventurous spirit. These include Auxiliary Lamps to illuminate dark off-road trails, Zone Lighting to brighten the vehicle’s surroundings and cargo lights for added convenience when loading and unloading.
The innovation continues with the Ranger StormTrak featuring the innovative Flexible Rack System and Swing-in-Place Roof Rails, allowing for one-handed adjustment of the sports bar and supporting versatile loads up to 80 kilograms (dynamic) and 250 kilograms (static), ideal and practical for both adventure and work needs.
It also incorporates advanced technologies like the e-Shifter with a 10-speed automatic transmission, Auto Brake Hold and Active Park Assist 2.0, features found in the Ranger Raptor and Everest Titanium.
With strong emphasis on customer experience in both showroom and digital channels, SDAC provides customers with even more convenience through online booking via its website. With this upgraded platform, customers nationwide can browse and book for their desired Ranger or Everest. Customers who book a Ranger StormTrak will be entitled to the Ranger Storm Trak Windbreaker jacket, redeemable upon vehicle delivery, providing owners with a stylish jacket to go with the stylish Ranger Storm Trak.
Equipped with a 2.0L Bi-Turbo engine, the Limited-Edition Ford Ranger Storm Trak is priced from RM181,888.00 (on-the-road without insurance) in Peninsular Malaysia, RM188,288.00 (on-the-road without insurance) in Sabah, RM188,288.00 (on-the-road without insurance) in Sarawak. It is available in three exterior colors: Arctic White, Meteor Grey and Absolute Black.
Secure the Limited-Edition Ford Ranger StormTrak exclusively online at https://shop.sdacford.com.my/vehicle/ and enjoy a special booking gift – a complimentary Limited Edition Ford Ranger windbreaker upon vehicle delivery. Visit www.sdacford.com.my or follow.
Penampilan gah dan inovasi ternyata menjadi gandingan kejayaan Ford Ranger. Bagi meneruskan momentum kecemerlangan dan memanfaatkan sambutan luar biasa kepada Ford Ranger Platinum, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, akan melancarkan model terbaharu dalam rangkaiannya, Ford Ranger edisi terhad. Dilengkapi ciri-ciri mewah untuk memantapkan keupayaan dan sifat serba gunanya, Ford Ranger edisi terhad mencerminkan gaya hidup sebenar hari ini, yang bakal menambat hati peminat setia sambil meluaskan daya tarikannya kepada kumpulan pelanggan yang lebih besar.
Pelancaran Ford Ranger edisi terhad terbuka kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024 di One Utama Luxe, New Wing. Rebut peluang ini untuk melihat sendiri model yang lasak namun mewah, yang direka untuk menambah baik pengalaman kembara luar. Pelanggan dan peminat Ford boleh memandu uji Ford Ranger edisi terhad dan juga rangkaian kenderaan Ranger dan Everest lain, untuk merasai pengalaman menyeluruh yang merangkumi pelbagai kenderaan serba boleh. Pelanggan yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran untuk acara ini dengan melayari www.sdacford.com.my.
The Ford Ranger continues its winning streak with a blend of robustness and innovation, setting the stage for the unveiling of its latest model, the limited edition Ford Ranger. Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor of Ford in Malaysia, is gearing up to introduce this exclusive model, poised to resonate with loyal fans and attract a wider audience with its enhanced features and premium design.
Scheduled to be showcased to the public from May 30 to June 2, 2024, at One Utama Luxe, New Wing, the limited edition Ford Ranger promises an elevated outdoor experience. Enthusiasts will have the opportunity to explore the rugged yet refined model up close and personal, with test drives available for not only the limited edition variant but also other Ranger and Everest models, providing a comprehensive overview of Ford’s versatile lineup. Interested customers can pre-register for the event via www.sdacford.com.my.
Ford Motor Co. bersedia untuk menandakan ulang tahun ke-60 Mustang ikoniknya dengan pelancaran edisi khas kereta kuda klasik itu.
Pakej Ulang Tahun ke-60 Ford Mustang akan ditawarkan pada model GT Premium dengan enjin 5.0 liter V8, tersedia dalam kedua-dua varian coupe dan convertible dengan transmisi manual atau automatik. Ia akan menampilkan elemen reka bentuk klasik yang mengingatkan penampilan pertama Mustang.
Ciri eksklusif pakej Ulang Tahun Ke-60 Ford Mustang termasuk lencana pada fender dan penutup bagasi yang digayakan mengikut lencana asal, serta lencana panel instrumen ulang tahun bersiri. Selain itu, ia akan menampilkan roda 20-inci yang unik dengan perincian yang diinspirasikan oleh penutup tengah Mustang 1965.
Pelanggan akan mempunyai pilihan untuk memilih daripada warna klasik Wimbledon White, Race Red moden dan Vapor Blue untuk edisi ulang tahun ke-60 Mustang. Grafik sisi eksklusif, tersedia dalam Perak Ikonik atau Merah Vermilion, memberi penghormatan kepada jalur panel asal Mustang.
Mustang edisi khas juga akan menampilkan reka bentuk grille baharu dengan corak mesh, mengingatkan kepada Mustang asal, dikemas kini dengan lubang beraksen perak yang berfungsi sebagai saluran masuk udara berfungsi untuk enjin 5.0 liter V8.