MG Motor Malaysia mengumumkan penyertaan MG Cyberster, roadster elektrik pertama jenama ini dalam kontinjen kenderaan elektrik (EV) yang diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena Perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.
Dihiasi pelekat rasmi MITI, MG Cyberster akan bergandingan dengan pelbagai jenama EV lain sebagai simbol sokongan terhadap agenda elektrifikasi negara serta visi kerajaan dalam membentuk masa depan mobiliti mampan.
Sebagai satu-satunya roadster elektrik sepenuhnya dalam kontinjen, kehadiran Cyberster menyerlahkan langkah berani MG ke arah mobiliti masa depan. Dengan DNA kereta sport British yang ikonik dipadukan bersama teknologi elektrifikasi moden, penampilan sulungnya di pentas Hari Kebangsaan menjadikan detik ini lebih istimewa.


