PRO-NET, sebuah anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton, telah mengumumkan lanjutan pakej pelancaran istimewa untuk Proton e.MAS 7. Hal ini berkenaan sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia dengan lebih 3,000 tempahan berjaya diperoleh dalam masa kurang daripada sebulan selepas pelancaran penuh Proton e.MAS 7. PRO-NET akan melanjutkan pakej Power Pack yang menarik bersama rebat harga sehingga RM4,000 kepada 3,000 pelanggan seterusnya, menjadikannya jumlah keseluruhan 6,000 tempahan kepada para pelanggan layak menikmati tawaran eksklusif ini.
Sebagai EV sulung nasional Malaysia, Proton e.MAS 7 telah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan gabungan inovasi, prestasi, dan praktikaliti. PRO-NET akan melanjutkan pakej pelancaran istimewa serta rebat harga sebanyak RM4,000 kepada 3,000 pelanggan berikutnya, menjadikan jumlah keseluruhan 6,000 tempahan layak menikmati tawaran eksklusif ini. Tawaran yang dilanjutkan ini mengukuhkan komitmen PRO-NET untuk menjadikan mobiliti lestari lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Pelanggan yang layak untuk lanjutan ini akan menikmati tawaran eksklusif yang sama, termasuk rebat sehingga RM4,000 untuk Proton e.MAS 7. Selain itu, lima pakej pelancaran akan terus kekal, menawarkan nilai luar biasa kepada pelanggan yang terawal.

