MINI, jenama automotif kompak premium paling sofistikated, meraikan legasi serta evolusi berterusan John Cooper Works (JCW) dengan pengenalan tiga model baharu yang mengujakan. Selain itu, MINI Cooper Convertible Baharu turut menyertai barisan penambahan terbaharu dalam keluarga MINI, menawarkan pengalaman pemanduan bumbung terbuka yang unik sejajar dengan semangat MINI “Always Open”.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkongsi, “Sukar untuk dipercayai bahawa hanya sembilan bulan lalu kami memperkenalkan keluarga MINI Baharu kepada rakyat Malaysia, dan keterujaannya terus berkembang hingga ke hari ini. Hari ini, kami sekali lagi mengangkat nama lagenda John Cooper Works, yang pertama kali menempa nama dalam sejarah sukan permotoran di jalan-jalan ikonik Monte Carlo, dan kini diraikan di seluruh dunia. MINI JCW Baharu meneruskan legasi gemilang ini sebagai pewaris sejati, menghidupkan semula enjin berprestasi tinggi dan kelincahan mendebarkan yang telah menjadikan JCW satu legenda. Sebagai lambang DNA prestasi MINI, MINI JCW Baharu direka untuk memberikan keterujaan dan pengalaman pemanduan yang mendebarkan, ciri yang sentiasa menjadi identiti JCW – ringan, berkuasa, dan sememangnya MINI!”
Beliau menambah, “Dengan pengenalan MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama dan MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama, kami memperluaskan pengalaman pemanduan JCW yang tidak dapat disangkal lagi kepada lebih ramai peminat, memenuhi pelbagai citarasa sambil kekal setia kepada DNA berprestasi tinggi yang menjadi teras model JCW. Model-model elektrik ini meneruskan legasi perlumbaan MINI ke masa hadapan, dengan prestasi mendebarkan yang dipacu oleh kuasa elektrik. Pada masa yang sama, kami juga memperkenalkan MINI Cooper Convertible Baharu, yang menonjol dalam barisan MINI dengan pengalaman pemanduan bumbung terbukanya dan reka bentuk memikat, menjadikannya sememangnya tiada tandingan. Di MINI, keunikan adalah teras kepada setiap yang kami lakukan, dan barisan model ini meraikan semangat unik yang menjadikan setiap MINIac begitu menyerlah di jalan raya.”
Barisan model MINI JCW terkini terus mengangkat legasi prestasi dan warisan perlumbaan, yang bermula daripada kejayaan MINI klasik dalam Rali Monte Carlo, yang mana kelincahannya membolehkan ia menewaskan kenderaan yang jauh lebih besar dan berkuasa. Mewarisi semangat perlumbaan yang ikonik ini, rangkaian John Cooper Works (JCW) telah lama sinonim dengan prestasi luar biasa serta kelincahan, justeru itu model-model baharu ini terus membawakan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan, sama ada dengan enjin berprestasi tinggi atau serba elektrik. Diperkenalkan seiring dengan barisan MINI JCW Baharu yang berkuasa petrol dan serba elektrik, MINI Cooper Convertible Baharu mencerminkan falsafah “Always Open” – pengalaman pemanduan bumbung terbuka yang unik, kini digandingkan dengan kokpit serba digital yang canggih, menawarkan keseronokan pemanduan dan kebebasan sebenar.
MINI John Cooper Works – Warisan Perlumbaan dan Gaya Sporty yang Tersendiri.
Rangkaian John Cooper Works merupakan kemuncak gaya sporty dan individualiti, mempersembahkan tiga model baharu yang menonjol dengan reka bentuk ikonik serta dipadankan dengan perincian premium berasaskan prestasi. MINI JCW Baharu terus mengekalkan warisan perlumbaan unggul jenama ini, dengan menawarkan binaan ringan dan pengendalian ala go-kart yang tiada tandingan, sambil memfokuskan pada enjin prestasi tinggi dan kelincahan yang menjadi terasnya. Melangkah ke hadapan, MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama dan MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama menyuntik semangat lagenda JCW dengan kuasa elektrik, menyebarkan keterujaan kepada lebih ramai peminat, sambil mengekalkan tarikan prestasi unggul untuk semua peminat setia MINI.
Daripada bahagian hadapan, MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama dan MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama menampilkan gril hadapan dalam kemasan hitam berkilat tinggi dengan spoiler bawah khas serta logo JCW yang terletak kemas, manakala MINI JCW Baharu dilengkapi bingkai gril hitam berkilat tinggi dan saluran udara menegak eksklusif yang diserlahkan oleh elemen reka bentuk berwarna merah. Kesemua model dilengkapi dengan elemen reka bentuk JCW yang ikonik seperti gril hadapan hitam berkilat tinggi serta sentuhan Chili Red pada bumbung, penutup cermin sisi, jalur bonet, dan angkup brek – menyerlahkan identiti mereka sebagai model paling sporty. Komponen aerodinamik yang dioptimumkan, bersama skirt sisi dan pelindung tayar dalam kemasan hitam berkilat menambahkan lagi aura dinamik, manakala spoiler belakang yang tersendiri memperkukuhkan penampilan sporty berisan model ini. Untuk MINI JCW Baharu, paip ekzos tengah yang direka agar kelihatan jelas menambahkan lagi penampilan sporty model tersebut.
Daripada bahagian sisi, MINI JCW Baharu dan MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama dilengkapi dengan rim JCW Lap Spoke bersaiz 18 inci bersama tayar sukan, manakala MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama didatangkan secara standard dengan rim JCW Lap Spoke dua tona bersaiz 19 inci dan tayar sukan. Ciri unik yang membezakan MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama adalah kehadiran rel bumbung.
Manakala, kemasan bahagian dalam model JCW Baharu pula menggabungkan reka bentuk JCW yang sofistikated dengan elemen moden berorientasikan prestasi. Skema warna hitam dan merah mendominasi kabin, dengan papan pemuka yang menampilkan permukaan bertekstur rajutan dengan corak hitam dan merah yang menarik. Tempat duduk sukan khas JCW dibalut dengan kulit sintetik hitam dan fabrik rajutan berwarna-warni di bahagian bahu, disempurnakan dengan jahitan merah untuk memberikan sokongan mantap ketika pemanduan dinamik. Bagi model-model serba elektrik, tempat duduk aktif dengan pelarasan elektrik dan fungsi memori disediakan sebagai ciri standard untuk pemandu. Apabila pencahayaan ambien diaktifkan, grafik cahaya yang memukau menerangi bumbung panoramik, menambahkan sentuhan eksklusif pada model JCW elektrik ini.
Tumpuan utama dalam ruang dalaman yang berfokuskan pemandu adalah stereng sport John Cooper Works, yang dikemaskan dengan jahitan merah dan lekuk ibu jari yang ketara untuk cengkaman optimum, serta dihiasi jejari fabrik bercorak menegak di bahagian bawah. Stereng ini turut dilengkapi dengan penukar gear. Sementara itu, Unit Interaksi MINI berdefinisi tinggi, yang ditempatkan di instrumen tengah berbentuk bulat berdiameter 240mm, menampilkan mod JCW khusus yang memaparkan data prestasi seperti kelajuan, tork, penjanaan semula kuasa (dalam kW), dan daya-g semasa. Konsol tengah khusus JCW pula menggabungkan permukaan tekstil hitam, tali berwarna merah, dan kemasan perak terang, memperkukuhkan lagi estetika berasaskan prestasi model-model berkuasa tinggi ini. Antara ciri dalaman standard lain untuk kedua-dua model termasuklah Navigasi AR MINI, pakej cermin dalaman dan luaran dengan fungsi anti-silau automatik, cermin pandang belakang dalaman dengan fungsi anti-silau automatik, pelapik siling antrasit, lapisan bumbung warna antrasit, tempat pengecasan tanpa wayar, sistem akses keselesaan dan Pakej Keselesaan Plus. Manakala, hiburan dalam kereta pula dilengkapi dengan sistem bunyi sekeliling Harman Kardon.
Daripada segi prestasi, MINI JCW Baharu dikuasakan oleh enjin petrol 4-silinder 2.0 liter yang menghasilkan kuasa mengagumkan 231hp dan 380Nm tork. Dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan dan pacuan roda hadapan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.1 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Direka untuk prestasi dinamik, MINI JCW Baharu mengimbangi kuasa luar biasa dan kecekapan, dengan penggunaan bahan api antara 6.8 hingga 6.5 l/100 km dan pelepasan karbon dioksida antara 154 hingga 147 g/km. Eksklusif untuk MINI JCW Baharu adalah Suspensi Adaptif.
Bagi model serba elektrik, rangkaian kuasa MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama dan MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama menjana 258hp dan 350Nm tork, dengan konfigurasi pacuan roda hadapan. MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.9 saat. Sementara itu, MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama mencapai 0 hingga 100 km/j dalam 6.4 saat. Kedua-dua model mencatat kelajuan maksimum 200 km/j. Dengan penggunaan tenaga sebanyak 15.6 hingga 15.3 kWh/100 km, MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama mampu mencapai jarak hingga 371 km dengan satu cas penuh. Manakala, penggunaan tenaga sebanyak 16.4 hingga 16.0 kWh/100 km bagi MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama membolehkan ia mencapai hingga 355 km setiap cas penuh. Dengan kapasiti bateri kasar 54.2 kWh, kedua-dua model boleh dicas dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa hanya 30 minit menggunakan pengecasan arus terus (DC) pada kadar maksimum 95 kW. Bagi kegunaan harian, pengecasan arus ulang-alik (AC) dari 0 peratus hingga 100 peratus pada kadar sehingga 11 kW hanya mengambil masa 5 jam 15 minit.
MINI Cooper Convertible Baharu – Klasik Moden yang Diperbaharui
Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, MINI Cooper Convertible mencerminkan keseronokan pemanduan sebenar yang menjadi identiti jenama MINI, menggabungkan pengendalian ala go-kart yang unik dengan rekaan MINI yang ikonik. Mencerminkan rekaan minimalis MINI klasik, MINI Convertible Baharu ini menampilkan rekaan yang diperincikan kepada elemen asas, namun dipertingkatkan dengan material premium.
Daripada pandangan hadapan, model ini mengekalkan identiti ikonik MINI menerusi lampu hadapan bulat yang kini dilengkapi dengan bantuan lampu tinggi, serta gril radiator berbentuk oktagon. Dimensinya yang kompak memperlihatkan ciri unjuran yang pendek, jarak antara tayar 2,495 mm, dan rim Night Flash dua tona bersaiz 18 inci yang menyerlah. Dengan panjang keseluruhan hanya 3,879 mm, MINI Cooper Convertible Baharu amat sesuai untuk ruang parkir yang sempit, menjadikannya pilihan ideal untuk pemanduan dalam bandar. Lampu hadapan dan belakang LED hadir sebagai ciri standard, dan boleh dikonfigurasi secara pilihan dengan tiga cahaya utama yang berbeza termasuk animasi selamat datang dan selamat jalan, menyerlahkan lagi penampilan moden model ini. Ketiadaan elemen krom pula memberikan sentuhan rekaan yang lebih moden dan kemas, selari dengan estetika kontemporari. Salah satu ciri utama MINI Cooper Convertible Baharu ini adalah bumbung kanvas serba automatik, yang boleh dibuka dalam hanya 18 saat. Untuk menikmati cahaya matahari tambahan, bumbung ini menawarkan dua pilihan pembukaan unik iaitu sebagai bumbung suria atau bumbung bukaan penuh, satu ciri unik yang masih tiada tandingan dalam segmen kereta kecil premium.
Di bahagian dalam, MINI Cooper Convertible Baharu menampilkan ruang dalaman bergaya minimalis, dengan penggunaan material premium yang mempertingkatkan setiap aspek pengalaman pemanduan. Stereng sport yang dibangunkan semula hadir dengan jahitan kelabu serta lekuk ibu jari yang ketara, memberikan cengkaman dan keselesaan yang lebih baik. Sementara itu, jejari fabrik menegak pada posisi jam enam menambahkan sentuhan sofistikated pada reka bentuknya. Paparan Head-Up MINI memaparkan maklumat pemanduan penting secara langsung dalam garis pandang pemandu, dan disepadukan dengan lancar pada titik fokus utama kokpit. Unit Interaksi MINI pula menampilkan paparan OLED resolusi tinggi yang menggabungkan fungsi kluster instrumen dan paparan utama. Dengan diameter 240mm, instrumen utama ini memaparkan antara muka grafik baharu serta struktur menu yang dioptimumkan, yang boleh dikendalikan melalui skrin sentuh atau arahan suara.
Seperti semua model MINI generasi baharu, MINI Cooper Convertible Baharu menggunakan Sistem Operasi MINI 9, dengan antara muka intuitif yang diinspirasikan daripada aplikasi telefon pintar, menjadikannya mesra pengguna. Selain itu, Pembantu Peribadi Pintar MINI turut meningkatkan pengalaman pemanduan dengan kawalan suara penuh bagi pelbagai fungsi kenderaan, membolehkan pemandu kekal fokus di jalan raya sambil melaras tetapan dengan mudah.
Ciri ‘Always Open’ Timer membantu pemandu menjejak jumlah masa pemanduan dengan bumbung terbuka, dan maklumat ini dipaparkan melalui Unit Interaksi MINI. Sementara itu, di bahagian bawah paparan, Bar togol baharu yang direka semula memberikan akses terus kepada fungsi penting seperti brek parkir, pemilihan gear, suis Mula/Henti, Mod Pengalaman, dan kawalan kelantangan bunyi, yang mana semuanya ditempatkan secara ergonomik untuk penggunaan yang mudah dan intuitif. Ciri dalaman standard lain termasuk Navigasi AR MINI, pakej cermin dalaman dan luaran dengan fungsi anti-silau automatik, cermin pandang belakang dalaman dengan fungsi anti-silau automatik, pelapik siling antrasit, pengecas tanpa wayar, sistem akses keselesaan, serta Pakej Keselesaan Plus.
Menambahkan lagi sentuhan suasana adalah Mod Pengalaman MINI Baharu, yang memancarkan hingga tujuh grafik bercahaya ke papan pemuka melalui dua unit projektor di belakang paparan utama. Gabungan corak cahaya yang dipancarkan dengan pencahayaan ambien dan Bunyi Pemanduan MINI yang dibangunkan khas, memperkayakan suasana dalaman secara keseluruhan sekaligus mewujudkan pengalaman pemanduan yang imersif dan penuh ekspresi. Sebagai pelengkap kepada pengalaman tersebut, MINI Cooper Convertible Baharu turut dilengkapi dengan sistem bunyi sekeliling Harman Kardon, yang menampilkan 12 pembesar suara, amplifier digital lapan saluran, dan kuasa 365 watt untuk memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan sepanjang perjalanan.
Daripada segi prestasi, MINI Cooper Convertible Baharu dikuasakan oleh enjin petrol 4-silinder 2.0 liter, yang menawarkan pengalaman pemanduan mendebarkan selari dengan pengendalian ikonik ala go-kart yang menjadi identiti MINI. Enjin tersebut menghasilkan 150 kW (204 hp) dan 300 Nm tork, dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Steptronic dengan klac berkembar serta pacuan roda hadapan, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat, dengan kelajuan maksimum 237 km/j. Direka untuk memberikan prestasi pemanduan dinamik yang luar biasa, MINI Cooper Convertible Baharu menawarkan keseimbangan hebat antara kuasa dan kecekapan, dengan penggunaan bahan api sekitar 6.6 hingga 6.5 liter bagi setiap 100 km dan pelepasan karbon dioksida antara 150 hingga 148 g/km. Melengkapkan lagi pengalaman pengendalian yang lincah ini adalah bumbung elektrik yang boleh dibuka dalam masa hanya 18 saat, walaupun ketika kenderaan sedang bergerak pada kelajuan sehingga 30 km/j, menjadikan pemanduan bumbung terbuka satu pengalaman yang tiada tandingan.
Jejak Minimal, Keselamatan Maksimum.
MINI JCW Baharu, MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama, MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama, dan MINI Cooper Convertible Baharu dilengkapi dengan rangkaian lengkap sistem bantuan pemandu, dengan Unit Interaksi MINI memaparkan status masa nyata bagi semua ciri aktif untuk keselamatan dan keselesaan maksimum dalam setiap perjalanan. Ciri standard yang ditawarkan adalah Bantuan Pemanduan Plus dan Bantuan Parkir Plus. Bantuan Pemanduan Plus merangkumi Kawalan Pengendalian Aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, Bantuan Had Laju Automatik, Amaran Pertukaran Lorong dengan amaran ketika membelok dan pengembalian ke lorong aktif, Amaran Keluar Lorong dengan campur tangan stereng yang aktif, Info Had Laju, Bantuan Had Laju Manual, Kawalan Pengendalian dengan fungsi membrek, Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Bantuan Elakan, Amaran Lalu Lintas Belakang dengan intervensi brek, Pencegahan Pelanggaran Belakang, dan Amaran Keluar. Sementara itu, Bantuan Parkir Plus menampilkan Bantuan Parkir, yang membantu memarkir dan mengeluarkan kenderaan daripada ruang letak selari dan lurus, Kawalan Jarak Parkir Aktif, Kamera Bantuan Undur dengan pandangan belakang panoramik, Bantuan Undur hingga 50m, Pandangan Parkir, Paparan 3D Jarak Jauh, Perakam Pemanduan, dan Perakam Anti-Kecurian.
Melangkah ke Masa Hadapan dengan Integrasi Digital.
Digunakan untuk semua model, Aplikasi MINI menyediakan akses kepada pelbagai fungsi inovatif. Paparan 3D Jarak Jauh, yang dijana melalui kamera luar kenderaan, mengambil imej persekitaran MINI yang diparkir, manakala Paparan 3D Jarak Jauh membolehkan pemandu menghidupkan enjin dari jauh dan menyesuaikan suhu kenderaan sebelum masuki kenderaan. Ciri MyTrips menjejaki perjalanan terbaharu pemandu dan memberikan maklumat tentang gaya pemanduan, sekaligus mempertingkatkan pengalaman pemanduan yang diperibadikan. Selain itu, Aplikasi MINI turut merangkumi ciri e-mobiliti baharu seperti keupayaan untuk memulakan atau menghentikan pengecasan dan menetapkan tahap pengecasan yang diinginkan. Melalui Aplikasi MINI, Kunci Digital Plus MINI juga tersedia, yang mengubah telefon pintar menjadi kunci kenderaan.
Pakej MINI Connected (tersedia sebagai pilihan tambahan melalui MINI Connected Store) memberikan akses kepada rangkaian aplikasi yang sentiasa berkembang, menawarkan pilihan hiburan seperti permainan dalam kereta, penstriman muzik dan video. Pakej ini turut merangkumi Avatar Pembantu Peribadi Pintar Spike, Navigasi Lanjutan MINI yang menyediakan visual 3D bangunan, laluan yang dioptimumkan untuk pengecasan, arah panduan realiti terimbuh (AR), serta maklumat trafik secara langsung, yang kesemuanya meningkatkan lagi tahap keterhubungan dan fungsi kenderaan. Tersedia sebagai pilihan tambahan, fungsi Penghidup Enjin Jarak Jauh membolehkan pemandu menghidupkan enjin dari jauh dan menyejukkan ruang dalaman sebelum memulakan perjalanan.
MINI JCW Baharu, MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama, dan MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama menawarkan pilihan warna luaran yang menyerlah, sekaligus menyempurnakan reka bentuknya yang berani dan sporty. Antara pilihan warna termasuk Legend Grey, Nanuq White, dan Midnight Black. Sementara itu, MINI Cooper Convertible Baharu hadir dalam warna luaran Copper Grey, Sunny Side Yellow, dan Ocean Wave Green.
Bantuan Tepi Jalan MINI.
MINI JCW Baharu, MINI JCW Serba Elektrik yang Pertama, MINI JCW Aceman Serba Elektrik yang Pertama, dan MINI Cooper Convertible Baharu dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan MINI Malaysia selama lima tahun, yang tersedia untuk semua kenderaan MINI baharu bersama senarai perkhidmatan yang komprehensif, termasuk Perkhidmatan Kecemasan 24 Jam, 365 Hari Setahun, talian bantuan untuk kemalangan melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, perkhidmatan tunda percuma dan jika diperlukan (lebih 200KM dari rumah kediaman), Kenderaan Ganti, Mobiliti Lancar, Penginapan, Penyelesaian Perkhidmatan Mobiliti, serta Perkhidmatan Repatriasi.
Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi 1800-88-8808.
Pakej Waranti & Servis Lanjutan MINI
Menegaskan komitmen MINI terhadap kualiti dan kepuasan pemandu, setiap pembelian MINI baharu disertakan dengan waranti standard selama dua tahun, dengan pilihan lanjutan waranti dan servis bagi memberikan jaminan jangka panjang dan ketenangan fikiran apabila membeli MINI baharu.
Selain itu, MINI JCW Serba Elektrik Baharu dan MINI JCW Aceman Serba Elektrik Baharu turut dilindungi oleh Waranti Bateri selama lapan tahun atau 160,000 km (yang mana dipenuhi dahulu).
Relax. We Care.
MINI Malaysia menetapkan penanda aras baharu dalam pemilikan automotif premium, memberikan definisi baharu terhadap pengalaman pemanduan dengan penuh keyakinan dan ketenangan minda. Relax. We Care melambangkan semangat BIG LOVE – satu janji bahawa walau apa jua situasi, kami sentiasa bersama anda.
Di bawah inisiatif Relax. We Care, pendekatan menyeluruh 360 darjah terhadap pemilikan MINI disampaikan melalui rangkaian perkhidmatan yang bersepadu. Bermula dengan Komitmen Servis MINI, yang menawarkan penjagaan pakar, ketelusan, dan ketepatan dalam setiap janji temu melalui Perkhidmatan & Khidmat Pelanggan, pelanggan MINI Malaysia turut dilindungi oleh Penjagaan Proaktif MINI. Perkhidmatan ini menggunakan data sensor masa nyata untuk mengesan potensi kerosakan fungsi sebelum ia berlaku, dan memberikan amaran kepada pemandu melalui aplikasi My MINI atau iDrive. Ciri ini dipertingkatkan lagi dengan MINI ConnectedDrive, yang mengintegrasikan ketersambungan digital terkini ke dalam setiap produk MINI, membolehkan kemas kini perisian tanpa wayar dan pengurusan kenderaan masa nyata melalui satu paparan pusat.
Selain itu, program Servis & Pembaikan Inklusif MINI memastikan ketenangan minda dengan jaminan selama empat tahun tanpa had perbatuan, bersama perlindungan perkhidmatan selama empat tahun atau 60,000km. Bagi Kenderaan Elektrik Bateri, perlindungan perkhidmatan dilanjutkan sehingga enam tahun tanpa had perbatuan, dan jaminan bateri voltan tinggi dilindungi selama lapan tahun. Dengan Bantuan Tepi Jalan MINI, pelanggan boleh mendapat sokongan kecemasan 24/7 – termasuk perkhidmatan tunda, kereta ganti, dan penginapan hotel sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka.
Kempen Kereta Baharu MINI menggabungkan semua perkhidmatan ini untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan tanpa kebimbangan sejak hari pertama – membolehkan pelanggan kekal yakin, sentiasa terhubung, dan dijaga, tanpa mengira situasi.
Tawaran Eksklusif MINI Malaysia di Malaysia Autoshow 2025.
Bersempena Malaysia Autoshow (MAS) 2025, MINI Malaysia menawarkan tawaran eksklusif dari 1 Mei 2025 hingga 30 Jun 2025, termasuk 10 tahun servis percuma untuk model-model MINI terpilih serta subsidi insurans motor komprehensif dengan perlindungan sehingga RM 3,000.
Bagi pelanggan yang membuat pembelian MINI Aceman SE Baharu dan MINI Countryman SE, mereka akan menikmati lanjutan jaminan MINI selama empat tahun secara percuma, menjamin kebolehpercayaan jangka panjang. Di bawah promosi terhad ini, pakej servis percuma selama 10 tahun akan turut disertakan bagi kedua-dua model tersebut. Pelanggan yang memilih kedua-dua model elektrik ini juga akan menerima MINI Wallbox secara percuma, dan pelanggan yang layak akan menikmati rebat jualan korporat menarik sehingga 8 peratus. Pilihan pembiayaan yang fleksibel turut disediakan. Pembiayaan Easy Drive menyediakan rebat tunai sehingga RM 15,000, manakala kadar faedah Pembiayaan Straight-Line bermula serendah 0.88 peratus untuk model-model terpilih. Pelanggan yang memilih MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Baharu akan menikmati rebat tunai sebanyak RM 2,500 di bawah pelan Pembiayaan Straight-Line.
Pelanggan juga boleh menikmati MINI Protection+* apabila membuat pembiayaan melalui Pembiayaan Easy Drive MINI. MINI Protection+ menawarkan perlindungan menyeluruh termasuk manfaat kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal, perlindungan terhadap kecurian kenderaan, perlindungan pembayaran semula pinjaman sewa beli, dan perlindungan aset terjamin. Manfaat tambahan termasuk perlindungan kunci, bantuan khas sekiranya berlaku kerugian keseluruhan atau kecurian, perlindungan kerosakan rim, perlindungan banjir, serta perlindungan calar dan kemek bagi memastikan ketenangan fikiran buat pemilik MINI di setiap perjalanan.
Selain itu, MINI Malaysia memperkenalkan Blazing Blue sebagai Warna Pilihan Bulan ini. Bagi meraikan rona baharu yang berani dan menyerlah ini, pelanggan yang membeli MINI Countryman dalam warna Blazing Blue akan menerima bagasi Blazing Blue atau Loket Berlian MINI secara percuma, menambahkan sentuhan eksklusif dan istimewa dalam pengalaman pemilikan MINI mereka. Warna eksklusif ini ditawarkan untuk masa terhad sahaja. Sementara itu, pelanggan yang membeli MINI Aceman SE Baharu akan menerima pelekat kenderaan edisi khas Track Edition atau Slick Edition serta MINI Floating Hub Cap secara percuma.
Pengunjung boleh meneroka barisan penuh kenderaan serba baharu dan model premium lain daripada MINI Malaysia di Malaysia Autoshow (MAS) 2025 yang akan berlangsung di Hall A2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), dari jam 10 pagi hingga 10 malam, bermula 9 hingga 15 Mei 2025, untuk peluang menikmati promosi eksklusif ini.