MINI Malaysia menghidupkan warisan serta ekspresi berani melalui penganjuran MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 yang bakal berlangsung di Gamuda Cove. Dianjurkan khusus untuk MINIacs dan peminat pemanduan, MINI JCW Track Day 2025 menampilkan barisan terkini dalam Keluarga MINI Baharu yang menjanjikan pengalaman pemanduan penuh adrenalin sejajar dengan DNA perlumbaan MINI yang ikonik.
MINI JCW Track Day 2025 bertujuan menghargai dan memberi penghormatan kepada John Cooper, tokoh yang berjaya mengangkat sebuah kereta kompak menjadi ikon sukan permotoran.
MINI JCW Track Day 2025 mengetengahkan model-model terkini berprestasi tinggi, termasuk MINI JCW Baharu, MINI John Cooper Works Serba Elektrik yang Pertama, MINI John Cooper Works Aceman Serba Elektrik yang Pertama, dan MINI John Cooper Works Countryman. Barisan terkini dalam Keluarga MINI Baharu ini menggabungkan inovasi berani dengan DNA perlumbaan MINI, menampilkan rekaan asli, prestasi mengagumkan, dan pengendalian seakan go-kart sekaligus mentakrifkan semula legasi MINI untuk generasi masa kini.
Turut dipamerkan adalah MINI Cooper, MINI Cooper 5 Pintu, MINI Cooper Serba Elektrik, MINI Convertible Baharu, MINI Countryman, MINI Countryman Serba Elektrik, dan MINI Aceman Serba Elektrik yang hadir dalam dua edisi eksklusif. MINI Aceman Serba Elektrik Edisi Track menampilkan rekaan grafik perlumbaan eksklusif yang menghiasi bahagian hud, sisi dan belakang kenderaan serta dilengkapi dengan Penutup Hab Terapung MINI. Sementara itu, MINI Aceman Serba Elektrik Edisi Slick pula hadir dengan hiasan grafik perak pada bahagian hud, sisi dan belakang, bersama Penutup Hab Terapung yang ikonik, menjadikan acara ini sebuah pameran yang meraikan keseronokan pemanduan dan keunikan rekaan.
Acara ini turut menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk menguji had kelajuan model-model MINI menerusi dua zon khas. Zon Pemanduan JCW sepanjang 3.4 kilometer direka untuk pecutan berkelajuan tinggi dan pengendalian selekoh tajam, manakala Zon Litar JCW yang diinspirasikan daripada litar legenda Kartdromo Parma di Itali, yang terkenal dengan selekohnya yang tajam dan kerumitan teknikal, mencabar pemandu dengan rekaan litar yang menguji tahap cengkaman, kawalan, dan ketepatan brek di bawah tekanan. Sama ada MINI JCW klasik atau MINI JCW Aceman serba elektrik, setiap model akan diuji di pentas sebenar yang menyerlahkan keunggulannya – di litar.
MINI John Cooper Works Track Day 2025 dibuka kepada orang awam melalui pendaftaran sahaja, dengan slot terhad yang tersedia pada tarikh berikut: 24 hingga 25 Mei 2025, dengan pilihan masa pada 8.30 pagi, 10.00 pagi, 1.30 petang dan 3.00 petang. Pastikan penyertaan anda dengan mendaftar di pautan ini, https://forms.gle/zFzaoRvFkqREb2oE7.
Tiket boleh didapati melalui dua pakej menarik iaitu pakej berharga RM330 yang merangkumi pengalaman penuh MINI JCW Track Day untuk 1 orang, serta sesi tambahan pemanduan go-kart serta tiket ke SplashMania dan Discovery Park untuk 2 orang. Manakala, pakej berharga RM99 menawarkan pengalaman penuh MINI JCW Track Day untuk 1 orang dan akses ke litar go-kart.