Piston.my

BMW Group Malaysia Mengangkat ‘Heritage in Motion’ di My BMW World – Pameran Bertemakan ‘Driven by Legacy, Defined by Progress’

Sejak tahun 1970-an, BMW Group Malaysia telah menjadi tonggak dalam landskap automotif tempatan, membina sebuah legasi dalam segmen premium yang berasaskan inovasi dan pertukangan. Warisan tersebut telah mengukuhkan kedudukan BMW Group Malaysia sebagai Pengeluar Automotif Premium Nombor Satu di negara ini.

Hari ini, BMW Group Malaysia meneruskan langkah ke hadapan melalui Heritage in Motion. Heritage in Motion mencerminkan bagaimana keunggulan sejarah dan kepakaran mendalam membentuk keunikan jenama ini dalam industri automotif Malaysia, di samping pembangunan berterusan dalam kepakaran dan pengalaman untuk membina sebuah ekosistem Pengalaman Pemilikan Premium dalam pemilikan kenderaan daripada BMW Group. Dikuasakan oleh sejarah kecemerlangan ini, BMW Group Malaysia terus berdiri teguh dalam mendepani perubahan dan cabaran industri.

Meneruskan komitmen dan pengalaman dalam menyampaikan Sheer Driving Pleasure, BMW Group Malaysia mempersembahkan My BMW World — sebuah pameran bertemakan Driven by Legacy, Defined by Progress (Dipacu oleh Legasi, Berteraskan Kemajuan). Acara ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 Jun, jam 9 pagi hingga 4 petang di The Yard, Sentul Depot, dan akan menampilkan barisan kenderaan terkini daripada BMW Group Malaysia.

Dengan pelbagai pilihan rangkaian kuasa termasuk model elektrik, plug-in hybrid, dan enjin pembakaran dalaman, BMW Group Malaysia terus memperjuangkan prinsip Keterbukaan Teknologi serta menawarkan Kuasa Pilihan untuk memenuhi pelbagai gaya hidup serta keperluan pemanduan. Selain berpeluang meneroka model-model terbaharu, pengunjung juga berpeluang merasai sendiri pengalaman pemanduan melalui sesi pandu uji eksklusif, Cabaran BMW X, BMW Kafe serta barangan My BMW World edisi terhad.

My BMW World turut mempersembahkan pameran menyeluruh mengenai perjalanan sejarah BMW Group Malaysia dengan menelusuri detik-detik penting dalam bidang inovasi, pengalaman pelanggan, kemampanan, sukan permotoran dan penglibatan tempatan. Penghargaan terhadap warisan ini membentuk asas bagi masa hadapan — lambang kemegahan yang dipacu oleh sejarah gemilang, inovasi produk, dan kemajuan yang melakar masa hadapan.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan