Piston.my

MY BMW World 2025 Rai Legasi BMW Group Malaysia — Driven by Legacy, Defined by Progress

Satu dekad selepas penganjuran buat kali pertama pada tahun 2015, BMW Group Malaysia kembali dengan edisi kedua pameran keseluruhan jenama BMW, menerusi acara MY BMW World 2025 iaitu sebuah pameran yang bertemakan Driven by Legacy, Defined by Progress (Dipacu oleh Legasi, Berteraskan Kemajuan). Acara bermakna ini bukan sahaja memperlihatkan evolusi BMW Group Malaysia sepanjang beberapa dekad, malah mengukuhkan legasi berterusannya dalam menerajui masa hadapan mobiliti.

Diilhamkan oleh konsep Heritage in Motion, acara ini menggabungkan keseimbangan dinamik antara penghormatan terhadap sejarah dengan keterbukaan terhadap inovasi, melambangkan kemajuan yang berakar teguh pada tradisi.

“MY BMW World merupakan satu keraian terhadap identiti kami sebagai sebuah jenama yang diasaskan atas nilai inovasi, kemahiran ketukangan dan semangat untuk menyampaikan Sheer Driving Pleasure. Warisan inilah yang terus menjadi asas kemajuan kami, membolehkan kami berkembang seiring dengan perubahan zaman sambil mengekalkan nilai-nilai teras yang telah memandu kami sejak era 1970-an.

Dalam landskap automotif yang pesat dan kompetitif ini, kami kekal teguh mengharungi cabaran menerusi pendekatan yang dinamik, berpandangan jauh dan bersatu padu dalam mencapai matlamat. Inilah semangat Heritage in Motion, dan MY BMW World menghidupkan naratif ini untuk pelanggan serta komuniti kami yang dihargai,” kata Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia. 

Acara ini turut menampilkan pelbagai model hebat daripada portfolio BMW Group Malaysia, termasuk BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu, BMW X3 20 xDrive M Sport Baharu, BMW M2 Baharu, BMW M3 Competition M xDrive Baharu dan BMW M5 Baharu. Sempena ulang tahun yang ke-50 BMW 3 Series, model ini terus mempertahankan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen sedan sukan melalui pelancaran BMW 320i Sport Baharu dan BMW 330i M Sport Baharu. 

Selain menampilkan barisan model terkini dalam portfolio BMW Group Malaysia, beberapa model istimewa turut dipamerkan, termasuk BMW 760i xDrive Protection baharu. Model ini menawarkan tahap perlindungan tiada tandingan sambil mengekalkan keselesaan pemanduan dan ruang dalaman yang luas, lengkap dengan ciri-ciri teknologi canggih serta kehebatan dinamik terbaik dalam kelasnya yang merupakan identiti jenama ini sejak tahun 1978.

Antara tarikan lain adalah kemunculan umum pertama di Malaysia bagi BMW M4 Competition Coupé M xDrive Baharu. Model coupe berprestasi tinggi ini, yang dilancarkan secara global pada tahun 2024, menampilkan evolusi M Power dengan rekaan yang lebih kemas, teknologi yang dipertingkatkan dan prestasi pemanduan yang diinspirasikan dari litar perlumbaan.

Di satu sudut lain pula adalah pameran yang membangkitkan keterujaan peminat sukan permotoran dengan penampilan BMW M3 DTM Replica yang lagenda. Sebagai juara di litar dan ikon di jalanan, BMW M3 DTM telah meraih gelaran juara dalam pelbagai kempen, terutamanya dalam siri perlumbaan Deutsche Tourenwagen Meisterschaft (DTM) yang telah mengukuhkan kedudukan BMW dalam sukan permotoran.

Melangkaui kejayaannya, BMW M3 DTM merupakan simbol nyata DNA perlumbaan jenama ini dan bukti kepada komuniti yang terus menghidupkan legasi ini. Di MY BMW World 2025, kehadirannya bukan sekadar membangkitkan nostalgia, malah mengingatkan pengunjung bahawa identiti BMW bukan sahaja dibentuk oleh juruteranya, malah oleh pemandunya juga. 

Kunjungan ke MY BMW World 2025 diteruskan dengan menghayati pameran komprehensif yang menyoroti pencapaian BMW Group Malaysia dalam inovasi, perkhidmatan pelanggan, nilai kemampanan, penglibatan tempatan, dan sukan permotoran. Garis masa ini meraikan evolusi jenama sejak tahun 1970-an dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam arena automotif tempatan.

Menambahkan lagi keterujaan adalah aktiviti BMW X Challenge yang direka khas untuk mempamerkan kehebatan sistem xDrive BMW dalam senario pemanduan dunia sebenar. Modul-modul seperti Tanjakan Diagonal Dua Roda Terangkat, Tanjakan Permukaan Tidak Rata, dan Tanjakan Gelinciran memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri teknologi cengkaman dan kejuruteraan casis BMW yang canggih. Para pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan di BMW Café serta mendapatkan cenderamata edisi terhad MY BMW World, yang ditawarkan eksklusif sepanjang acara ini. Pelbagai aktiviti lain turut disediakan untuk memastikan pengalaman yang bermakna dan menyeluruh, baik buat peminat setia BMW mahupun pengunjung baharu.

MY BMW World 2025 akan dibuka kepada orang awam pada 13 hingga 15 Jun, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di The Yard, Sentul Depot. Bersempena dengan acara tiga hari ini, BMW Group Malaysia menawarkan promosi eksklusif untuk bulan Jun 2025. Pelanggan yang membuat tempahan bagi model terpilih daripada BMW Malaysia akan menikmati kadar faedah istimewa serendah 0.5%. Selain itu, pelanggan juga akan menikmati Pakej Servis Inklusif BMW selama lima tahun secara percuma, serta subsidi Insurans Motor Komprehensif Easy Drive Tahun Pertama bernilai RM 5,000.

Pelanggan juga berpeluang menikmati Insurans BMW Protection+ & Program Penggantian Kereta apabila membuat pembiayaan menerusi BMW Easy Drive. BMW Protection+ menawarkan perlindungan menyeluruh termasuk manfaat kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal, perlindungan terhadap kecurian kenderaan, perlindungan pembayaran semula pinjaman sewa beli, serta Perlindungan Aset Terjamin. Manfaat tambahan lain termasuk perlindungan kunci, bantuan khas sekiranya berlaku kerugian total atau kecurian, perlindungan kerosakan rim, perlindungan banjir atas dasar ihsan, serta perlindungan calar dan kemek bagi memastikan ketenangan fikiran buat pemilik BMW di setiap perjalanan.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan