Piston.my

Proton Dan Grab Malaysia Perluaskan Kerjasama Strategik Untuk Menyokong Komuniti E-Hailing

Proton dan Grab Malaysia terus memperkukuh komitmen terhadap komuniti e-hailing menerusi peluasan kerjasama strategik yang sedia terjalin. Kerjasama ini menyaksikan satu lagi langkah ke hadapan apabila kedua-dua pihak memperluas jalinan strategik mereka dengan memperkenalkan lebih banyak pilihan model Proton, termasuk Proton S70 dan barisan model premium X-Series. Langkah ini turut disertakan dengan  penawaran kelebihan ekslusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana  pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut. 

Kerjasama ini dibina atas kejayaan kempen “Saga Power Up for Grab Driver-Partners” yang dilancarkan pada November  2024. Setakat ini, kempen tersebut telah menjana sebanyak 220 petunjuk jualan (leads) dan mencatatkan 148  pendaftaran kenderaan bagi model Proton SAGA. Kerjasama yang diteruskan disebabkan permintaan kukuh terhadap  model-model Proton dalam segmen e-hailing serta memperkukuh matlamat bersama untuk memodenkan  perkhidmatan ride-hailing di Malaysia melalui penawaran kereta yang mampu milik dan boleh dipercayai. 

Kini, rakan-pemandu Grab boleh memilih daripada model Proton yang lebih meluas, termasuk model di bawah kategori  GrabCar Plus dan GrabCar (6-Seater). Selain perluasan pilihan model, kerjasama ini turut menawarkan insentif menarik  seperti rebat tunai sehingga RM13,000, diskaun servis sebanyak 5% untuk dua tahun pertama atau sehingga 40,000km,  serta sokongan minyak petrol bernilai RM500 bagi meringankan kos operasi pada peringkat awal pemilikan. 

Bagi merasmikan peluasan kerjasama ini, satu majlis menandatangani perjanjian telah diadakan baru-baru ini di ibu  pejabat Proton Centre of Excellence. Menandatangani perjanjian tersebut ialah Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai  Eksekutif Proton EDAR, dan Encik Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara & Mobiliti Grab Malaysia. Turut hadir ialah  Wan Hazran, Pengarah Selepas Jualan, Proton EDAR; Ong Chee Wooi, Timbalan Pengarah Jualan, Proton EDAR; dan  Encik Gerald Lian, Ketua Perolehan Pemandu & Pembekalan Strategik, Grab Malaysia.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan