Piston.my

Pemenang Peraduan Diumumkan untuk Peraduan BHPetrol ‘Peraduan Isi Minyak dan Beli, Menang Bergaya’

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) hari ini  telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi peraduan ‘Peraduan Isi Minyak & Beli,  Menang Bergaya’ yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

Peraduan telah diadakan dari 1 Mac hingga 30 April 2025 melibatkan stesen-stesen BHPetrol  di seluruh Semenanjung Malaysia. Sepanjang tempoh peraduan, pelanggan yang merupakan  ahli BHPetrol eCard dan membelanjakan minimum RM40 dalam satu transaksi, sama ada  untuk pembelian bahan api atau barangan runcit, secara automatik layak menyertai peraduan ini.

Hari ini, BHPetrol telah memilih 30 pemenang bertuah untuk menerima hadiah-hadiah  istimewa pada nilai keseluruhan berjumlah RM200,000. Antara hadiah menarik yang  ditawarkan termasuk:

  • Hadiah utama: Sebuah kereta Perodua Alza
  • Hadiah kedua: Sebuah kereta Perodua Axia
  • Hadiah ketiga: Motosikal untuk 2 pemenang
  • Hadiah keempat: Wang tunai RM5,000 dan Baucar BHPetrol RM1,000 untuk 3  pemenang
  • Hadiah kelima: Wang tunai RM3,000 dan Baucar BHPetrol RM1,000 untuk 3  pemenang
  • Hadiah saguhati: Wang tunai RM1,000 dan Baucar BHPetrol RM1,000 untuk 20  pemenang

Senarai penuh pemenang akan turut diumumkan di laman web rasmi BHPetrol.

“Peraduan Isi Minyak & Beli, Menang Bergaya’ telah berjaya merangsang peningkatan  jualan petrol dan diesel serta barangan kedai di stesen minyak BHPetrol. Kami amat  berbesar hati dengan sambutan yang sangat menggalakkan serta penyertaan yang  memberangsangkan daripada para pelanggan.

“Promosi ini bukan sahaja berjaya menarik minat pelanggan baharu, malah turut menghargai  sokongan berterusan daripada pelanggan setia kami. Kami berharap hadiah yang dimenangi  akan memberi manfaat dan dapat membantu memudahkan urusan harian para pemenang.

“Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan khas kepada rakan-rakan niaga yang sudi  bekerjasama dan menyokong menjayakan promosi ini. Sebagai sebuah anak syarikat LTAT,  BHPetrol akan terus komited untuk menawarkan lebih banyak promosi menarik dan bermakna  kepada para pelanggan pada masa akan datang,” kata Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai  Eksekutif BHPetrol.

Majlis penyampaian hadiah turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada duta  jenama BHPetrol, Alif Satar bersama The Locos, memeriahkan suasana untuk para  pemenang yang hadir bersama keluarga.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan