BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, hari ini melancarkan BYD ATTO 2-sebuah SUV kompak elektrik serba baharu yang direka khas sebagai kenderaan pilihan utama bagi pemandu generasi baharu.
Spesifikasi BYD ATTO 2 di Malaysia
CIRI-CIRI UTAMA | BUTIRAN |
Jarak Pemanduan (NEDC) | Sehingga 410 km |
Bateri | Bateri Bilah BYD 51.13 kWj |
Kuasa Motor | 174hp |
Tork | 290 Nm |
0-100 km/j | 7.9 saat |
Pangkalan Pengecas | AC: Jenis 2 (7 kW)
DC: CCS2 (sehingga 82 kW) |
Infohiburan | 12.8″ Skrin Sentuh Berputar
Apple CarPlay & Android Auto Tanpa Wayar |
Ciri-Ciri Dalaman | Pengecasan tanpa wayar, Kerusi kulit sintetik,
Kerusi depan berudara |
Keselamatan | 6 beg udara, monitor pemandangan 360°, Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) |
Pacuan | Pacuan Roda Depan |
Ruang Kargo | Sehingga 1,320L dengan kerusi belakang dilipat |
Roda | 17″ Aloi, 215/60 R17 |
BYD ATTO 2 menghidupkan semangat “When Chill Meets Thrill,” atau Bergaya Santai Lagi Mengujakan, yang mencerminkan penampilan uniknya. “Chill” melambangkan aspek gaya hidup serba santai, penuh bergaya dan sosial – manakala “Thrill” memaparkan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya yang dinamik, berpacukan teknologi terkini BYD.
Kompak, intuitif dan direka suai khas bagi menempuh kehidupan harian di kota, BYD ATTO 2 dilengkapi teknologi dan menyerlahkan personaliti. Dengan unjuran pendek, garis bentuk terserlah dan kegagahan di jalan raya yang begitu menonjol, BYD ATTO 2 menggabungkan kekuatan dengan ketahanan.
Di dalam, ruang kabin ternyata kelihatan anggun, menampilkan kerusi kulit sintetik, kemasan dalaman hitam premium dan susun atur luas yang direka untuk keselesaan dan kehidupan moden. Di tengah-tengahnya terletak skin sentuh berputar 12.8-inci dengan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong kedua-dua sambungan tanpa wayar dan berwayar, memastikan semua orang sentiasa terhubung dan terhibur sepanjang perjalanan.
Dipacu oleh motor elektrik 174hp yang menghasilkan tork 290 Nm, BYD ATTO 2 memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat. Keupayaan ini membawakan perjalanan lancar dan responsif dengan julat penarafan NEDC sehingga 410 km – sesuai bagi perjalanan ulang-alik harian serta percutian hujung minggu.
Prestasi ini dipacu oleh Bateri Bilah 51.13 kWh BYD peneraju industri, yang terkenal kerana ciri-ciri keselamatan dan ketahanannya. Bateri ini menyokong kedua-dua pengecasan pantas AC dan DC – memberikan kemudahan tambahan dan fleksibiliti untuk menikmati pengalaman memandu yang hakiki.
Pelanggan yang memilih BYD ATTO 2 boleh menikmati pengalaman pemilikan mudah berasaskan pendekatan bertumpukan pelanggan BYD Sime Motors. Daripada pusat perkhidmatan canggih dan kemudahan baik pulih & cat badan kenderaan, kepada perkhidmatan pelanggan teliti dan rangkaian pengedaran alat ganti yang mantap, setiap titik pertemuan dirangka untuk memberikan keyakinan, kemudahan dan ketenangan fikiran dalam jangka panjang selepas jualan.
BYD Sime Motors kini mengendalikan salah satu daripada rangkaian EV runcit terbesar di Malaysia, dengan 35 cawangan BYD termasuk 26 pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S) yang terletak secara strategik di seluruh negara. Rangkaian yang meluas ini, disokong oleh pengalaman automotif Sime Motors selama berdekad-dekad dan cita-citanya untuk memimpin rantau Asia Pasifik, sesungguhnya mencerminkan komitmen kukuh kepada kebolehcapaian, keemerlangan perkhidmatan, dan kepuasan jangka panjang pelanggan di Malaysia.
SUV elektrik kompak model asas ini bakal mentakrifkan semula kenderaan di jalan raya: pintar, cekap, mampu milik, praktikal dan menyeronokkan – padanan sempurna bagi gaya hidup moden. BYD ATTO 2 kini sebahagian daripada rangkaian model BYD yang sedang pantas berkembang di Malaysia, termasuk BYD ATTO 3 Ultra serba boleh, BYD SEAL yang tangkas bergaya sukan, BYD SEALION 7 untuk pengembaraan, BYD M6 yang serba luas serta kereta jenis hatchback BYD DOLPHIN.
Gabungan kesemua pilihan ini membentuk rangkaian EV komprehensif yang memenuhi keperluan setiap peringkat kehidupan – daripada kereta pertama anda kepada kenderaan untuk pengembaraan seisi keluarga yang seterusnya.
BYD ATTO 2 boleh didapati dalam tiga warna luar yang bergaya – Ski White (Putih Ski), Breeze Green (Hijau Bayu) dan Harbour Grey (Kelabu Pelabuhan) – semuanya dipadankan dengan ruang dalam semua hitam yang melengkapi reka bentuk kabin yang moden dan anggun.
Harga Permulaan: RM100,000
Pakej Pemilian Mudah untuk 800 Pelanggan Pertama (Pakej bernilai sehingga RM13,500)
Pakej “Bayaran Mudah”:
– Bayaran ansuran RMO untuk 6 bulan pertama, 100% milik anda!
– Eksklusif bersama Bank Panel Sime Motors
– “Pengecasan Mudah” penyelesaian pengecasan fleksibel (pilih salah satu):
– Pilihan 1: Penghuni Rumah Bertanah (Landed): Pengecas dinding percuma
– Pilihan 2: Penghuni Kediaman Bertingkat: Sime Platinum 4+ oleh Power Up
– Program langganan selama 12 bulan*
– 4x Pengecasan Mudah Alih dari Pintu ke Pintu setiap bulan
– 2x Cucian Kereta, Vakum & Sinaran Tayar setiap bulan
– 2x Perkhidmatan Penyelamat EV percuma setahun
Aksesori Sampingan
– Alat Penyesuai Kenderaan ke Bebanan (V2L)
– Kabel pengecas jenis 2 dengan plag 3-pin
– Waranti kenderaan sehingga tahun ke-6 / 150,000 km
– Waranti bateri bilah voltan tinggi sehingga tahun ke-8 / 160,000 km
– Waranti unit pacuan sehingga tahun ke-8 / 150,000 km