Piston.my

Isuzu D-Max Nikmati Jualan Setengah Tahun Yang Meyakinkan, Separuh Kedua Dijangka Terus Kukuh

Dengan penawaran yang tiada tanding bagi kecekapan bahan api melalui barisan trak pikap keluarannya, Isuzu Malaysia berjaya mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua dalam pasaran tempatan apabila mencatatkan angka jualan yang membanggakan bagi suku kedua tahun ini untuk Isuzu D-Max.

Peningkatan jumlah jualan terbaik yang dicapai bagi tempoh suku tahunan tersebut telah mendorong syarikat mencatatkan perkongsian pasaran sebanyak 16% dengan 3,081 unit trak pikap tersebut telah terjual setakat ini. Populariti Isuzu D-Max ini sekali lagi dipacu oleh permintaan tinggi terhadap model dengan enjin 1.9 liter—sebuah enjin yang cukup berkemampuan dan menawarkan prestasi memanduan yang memukau, penjimatan bahan api yang cekap, kepelbagaian penggunaan dan keselesaan—yang telah menyumbang kepada lebih 85.8% jualan.

Antara yang paling laris dijual ialah varian 1.9-liter 4×4 Auto Premium, yang menawarkan nilai terbaik untuk wang menerusi kelengkapan impresif serta keselesaan yang ditawarkan, begitu juga dengan ciri keselamatannya. Sebagai sebuah varian yang juga telah tersenarai dalam Malaysian Book of Record bagi pencapaian perjalanan paling jauh bagi satu tangki minyak, 1.9-liter 4×4 Auto Premium sendiri menyumbang kepada 18.6% daripada jualan keseluruhan.

“Keputusan yang dicapai tahun ini mengukuhkan corak yang telah kami perhatikan sejak tahun lalu: sama ada bagi penggemar trak pikap atau pengguna kereta penumpang yang telah beralih kepada D-Max mendapati trak pikap berkenaan ada banyak kelebihan baik daripada segi pemilikan mahupun pemanduan. Kami berharap akan dapat meneruskan prestasi yang sama bagi separuh kedua tahun ini dan dalam masa yang sama sentiasa memastikan pengalaman yang positif terhadap semua pelanggan kami,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi.

Ketika ini, Isuzu Malaysia menyediakan pilihan paling banyak bagi trak pikap dalam pasaran tempatan. Ada sembilan varian Isuzu D-Max untuk dipilih, bermula dengan 1.9-liter Low Ride 4×2 baharu untuk kerja lasak hinggalah kepada X-Terrain yang telah memenangi anugerah serta meraih banyak perhatian. Pilihan yang pelbagai ini membolehkan pelanggan memilih trak yang paling sesuai dengan keperluan individu mereka serta menikmati prestasi paling cekap dan boleh diharap daripada sebuah trak pikap terbaik yang berada dalam pasaran ketika ini.

“Usaha utama untuk separuh kedua tahun ini akan tertumpu kepada memperbaiki capaian terhadap produk kami dengan cara mendekati pelanggan berpotensi di luar perimeter premis cawangan, dan membawakan kepada mereka pengalaman menyeluruh yang menampilkan kelebihan utama barisan produk kami,” tambah Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan