Piston.my

Minyak Enjin BHPetrol Mendapat Pensijilan SIRIM

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) mengumumkan bahawa Minyak Enjin BHPetrol telah menerima Lesen Pensijilan Produk Tulen SIRIM secara rasmi daripada SIRIM QAS International (lesen bernombor PG000056 dan PG000057).

Pensijilan berprestij ini menegaskan komitmen berterusan BHPetrol terhadap kualiti, keselamatan dan prestasi, dan pada masa ini merangkumi kategori minyak enjin berikut:

– SynGard – Minyak Enjin Kereta Penumpang
– Trans – Minyak Enjin Kenderaan Komersial dan Diesel
– Dash – Minyak Motosikal

Senarai penuh Produk Tulen Minyak Enjin BHPetrol yang diperakui SIRIM dilampirkan untuk rujukan. Pencapaian ini adalah selaras dengan tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang menetapkan bahawa semua produk minyak enjin tanpa label pensijilan SIRIM tidak dibenarkan berada di pasaran selepas 7 Oktober 2025.

Dengan pensijilan yang ada, BHPetrol akan mula menampal pelekat kod QR rasmi SIRIM berwarna hijau muda pada produk tulen minyak enjin yang baharu dihasilkan dan dibungkus.

Pelekat ini menjadi bukti bahawa produk berkenaan mematuhi piawaian kualiti ketat yang ditetapkan oleh SIRIM QAS International.

Dalam masa yang sama, pelekat kod QR rasmi SIRIM berwarna merah jambu muda akan diedarkan kepada rakan niaga BHPetrol untuk ditampal pada stok sedia ada dalam simpanan.

Melalui Wakil Jualannya, BHPetrol komited untuk membantu dalam pengagihan pelekat ini serta memberikan sokongan yang diperlukan bagi memastikan proses pelaksanaan berjalan lancar.

Memandangkan pelaksanaan pelekat kod QR hijau muda dan merah jambu muda ini akan dijalankan secara berperingkat, BHPetrol akan terus memberikan maklumat terkini kepada rakan niaga, pelanggan, serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi memastikan ketelusan dan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan pelabelan produk tuten SIRIM QAS International.

Pencapaian pensijilan ini sekali lagi mengukuhkan misi BHPetrol untuk menyediakan produk tulen minyak enjin berkualiti tinggi dan boleh dipercayai kepada pasaran Malaysia.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan