Piston.my

Proton e.MAS 5: Tempahan Dibuka Sekarang! Anggaran Harga RM60k–RM80k

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh Proton, hari ini mengumumkan bahawa tempahan bagi Proton e.MAS 5 serba baharu, kereta elektrik paling mampu milik di Malaysia kini dibuka secara rasmi susulan siaran langsung pada 4 Oktober 2025.

Siaran langsung tersebut mempamerkan kereta elektrik paling mampu milik di Malaysia melalui segmen interaktif, demonstrasi produk secara langsung serta perkongsian pandangan daripada pakar automotif dan pempengaruh. Ia berjaya menarik perhatian penonton tempatan dan memupuk minat terhadap tempahan kenderaan elektrik kompak terbaharu dari PRO-NET ini.

Bermula dari jam 8.00 malam sehingga 10.30 malam, siaran langsung ini dikendalikan oleh Boss James dan Norreen Iman, serta menampilkan sesi soal jawab bersama wakil PRO-NET termasuk Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, dan Puan Salawati binti Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaaan PRO-NET.

572,725 di seluruh Malaysia mengikuti siaran langsung ini melalui saluran rasmi media sosial Proton e.MAS serta platform sosial pempengaruh gaya hidup, pakar teknologi dan automotif. Ia membuka ruang kepada penglibatan lebih meluas dan interaksi secara langsung dengan orang ramai.

Anggaran Harga Kereta Elektrik Paling Mampu Milik di Malaysia telah Didedahkan

Detik yang paling dinantikan akhirnya tiba apabila anggaran harga Proton e.MAS 5 diumumkan pada RM60,000 – RM80,000, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai kereta elektrik paling mampu milik di Malaysia. Proton e.MAS 5 bukan sekadar sebuah kereta elektrik, tetapi direka untuk melengkapi gaya hidup rakyat Malaysia pada masa kini dengan padanan gaya, praktikaliti dan kelestarian.

Orang ramai kini boleh membuat tempahan Proton e.MAS 5 dengan hanya RM99 dan berpeluang menerima Kad Proton e.MAS Touch ‘n Go NFC edisi terhad yang diisi dengan RM100, di samping rebat tambahan sebanyak RM500 untuk bayaran tempahan.

Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET berkata: “Dengan rekaan yang moden, dinamik pacuan roda belakang serta jarak pemanduan praktikal sehingga 325 km, Proton e.MAS 5 dicipta khas untuk rakyat Malaysia yang mahukan kereta yang mudah disesuaikan dengan kehidupan seharian mereka. Ia mempamerkan gaya, kepraktisan dan kelestarian. Kini dengan tempahan dibuka secara rasmi, kami menantikan lebih ramai rakyat Malaysia bersama-sama menyertai perjalanan menuju masa depan yang lebih lestari bersama kami.

Ringkas namun berkuasa, Proton e.MAS 5 hadir dengan gabungan teknologi pintar ATLAS OS, kemudahan pengecasan di rumah dan kos pemanduan bandar yang rendah. Ia sesuai untuk keluarga muda atau pasangan yang berkeinginan memiliki kereta elektrik pertama mereka, sama ada sebagai kereta utama atau kenderaan kedua. Dengan sokongan peta pengecasan langsung bersepadu daripada PRO-NET, e.MAS 5 memberikan pengalaman memiliki EV yang mudah, sentiasa berhubung dan berbaloi untuk semua.

Kecil pada Saiz, Canggih pada Teknologi dengan Ciri Terbaik dalam Kelasnya yang Mengatasi Jangkaan

Disokong dengan 10 + 10 dan 10 lagi kelebihan utama, Proton e.MAS 5 hadir dengan rangkaian ciri menyeluruh yang benar-benar membezakannya daripada EV lain dalam kelasnya. Daripada ruang simpanan inovatif, pengawal gear kristal, dan suspensi belakang multi-link, sehinggalah kepada pengecasan pantas DC, bateri berketumpatan tinggi dan arahan suara dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu – Proton e.MAS 5 mengimbangi praktikaliti dengan teknologi terkini.

Rekaan dwi-tona, lampu utama LED, sistem keselamatan ADAS, kamera 360 darjah, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto turut menambah keselesaan, kemudahan dan saling berhubung, memastikan pengalaman pemanduan yang selamat, bergaya dan pintar di setiap perjalanan.

Tempah dengan hanya RM99 dan Nikmati Ganjaran Eksklusif

Tempahan untuk Proton e.MAS 5, SUV elektrik kompak, kini dibuka. Pelanggan boleh mendaftar minat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di 42 pusat jualan Proton e.MAS di seluruh negara.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan