Piston.my

BYD Sime Motors Serah Lebih 100 Unit BYD SEAL 6 di Seluruh Negara Dalam Tempoh Seminggu

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, telah menyerahkan lebih daripada 100 unit model terbaharu BYD SEAL 6 dalam tempoh hanya seminggu selepas pelancaran rasminya di negara ini. Pencapaian ini membuktikan kecekapan syarikat dalam proses penghantaran serta tahap kesiapsiagaan dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Hasil kecekapan dan komitmen tinggi, BYD Sime Motors berjaya menghantar model BYD SEAL 6 yang dinanti-nantikan — ditawarkan dalam pilihan warna Arctic White, Harbour Grey, dan Misty Blue — ke bilik pameran di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur dalam tempoh hanya satu minggu. Kumpulan pertama pelanggan telah mula menerima kenderaan mereka, menandakan kemunculan rasmi BYD SEAL 6 di jalan raya Malaysia. 

Dengan selesainya penghantaran di seluruh negara, rakyat Malaysia kini berpeluang melihat, menyentuh dan memandu uji sedan elektrik segmen C ini, serta merasai sendiri pemanduan lancar dan responsif yang menetapkan penanda aras baharu bagi kenderaan elektrik (EV).

BYD SEAL 6  menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan landskap EV di Malaysia. Melihat ke depan, BYD Sime Motors akan memperluas rangkaiannya dari 37 kepada 50 cawangan pada 2026, meningkatkan akses terhadap kemudahan jualan, servis dan pengecasan — mencerminkan komitmen jangka panjang dalam memacu penerimaan EV di Malaysia. 

BYD SEAL 6 – 6 Ciri Terbaik Dalam Kelasnya

Kawalan Pemanduan yang Cemerlang, Pengalaman Memandu yang Selesa dan Menyeronokkan

  1. Pertama dalam rangkaian BYD: Sistem Dual Ball-joint MacPherson Strut bersama suspensi belakang Multi-Link.
  2. Pacuan roda belakang (RWD): Satu-satunya dalam segmennya, memberikan sensasi pemanduan sporty yang premium.
  3. Sedan segmen C terbesar di Malaysia dalam kelasnya.
  4. Kawalan pemanduan unggul: Pengagihan berat lebih seimbang dengan jejari pusingan ketat hanya 5.5 meter.
  5. Dilengkapi 24 ruang penyimpanan pintar dan kapasiti kargo gabungan 525 liter, untuk kemudahan harian.
  6. Kuasa yang mengujakan: Menjana 214hp kuasa, 330 Nm tork, dan pecutan 0–100 km/j dalam 7.5 saat, dengan tiga mod pemanduan pilihan.

Tempahan bagi BYD SEAL 6 kini dibuka di semua pusat jualan BYD di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://byd.simemotors.my/.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan