Sejak pelancarannya yang dinanti-nantikan pada 24 Julai 2025, Proton X50 telah mengukuhkan kedudukannya sebagai penanda aras baharu dalam pasaran SUV dengan lebih daripada 5,000 unit berjaya diedarkan dalam tempoh hanya 40 hari.
Proton X50 menegaskan peranannya sebagai pilihan seterusnya bagi pemilik kereta yang mencari SUV yang menggabungkan kepraktisan harian dengan rasa keyakinan di jalan raya. Pemilik kereta kali pertama mendapati Proton X50 menawarkan lebih banyak ciri penting sambil mengekalkan reputasinya sebagai kenderaan yang boleh dipercayai.
Tinjauan turut menunjukkan sebahagian besar pembeli merupakan pemandu kedua dalam keluarga, lazimnya berusia pertengahan 40-an hingga awal 50-an, yang melihat model ini sebagai kenderaan tambahan ideal untuk kegunaan seisi rumah, tertarik dengan kepelbagaian fungsi dan kepraktisannya dalam kehidupan seharian.
Dalam pasaran yang sangat kompetitif, pelanggan sentiasa menilai harga dan prestasi sebagai faktor utama dalam membuat keputusan pembelian. Enjin 1.5TD Berprestasi Tinggi menonjol kerana kuasa dan tindak balasnya yang pantas, memberikan pecutan mantap dan pemanduan yang lebih lancar.
Selain prestasi, rekaan baharu model ini menambah daya tarikan tersendiri; ruang dalaman direka semula untuk lebih praktikal, manakala reka bentuk luaran moden dan sporty menarik perhatian di mana sahaja ia berada.
Pemilik Proton X50 menekankan ciri-ciri istimewa SUV ini, terutamanya unit infotainmen bersaiz 14.6 inci — yang terbesar dalam kelasnya. Selain antara muka yang intuitif, sistem ini merupakan yang pertama di dunia menawarkan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu selain Bahasa Inggeris.
Turut mendapat sambutan hangat ialah kamera definisi tinggi 360˚ dengan pandangan lutsinar 180˚, yang memudahkan pemandu melalui kesesakan bandar dan memasuki petak parkir sempit dengan mudah. Tidak hairanlah pemiliknya memberikan pujian sebulat suara, mengukuhkan reputasi X50 sebagai pilihan yang sangat disyorkan.
Seiring pertumbuhan jualan yang berterusan, Proton kekal komited untuk meningkatkan pengalaman pemilikan melalui kerjasama baharu, inisiatif selepas jualan serta penglibatan komuniti. Lebih daripada sekadar kenderaan, Proton X50 kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian ramai rakyat Malaysia, menarik minat keluarga, profesional muda serta pembeli kali pertama.

