Piston.my

Proton e.MAS 5 Dilancarkan Secara Rasmi – Kenderaan Elektrik Mampu Milik Pertama di Malaysia

Proton melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan elektrifikasinya dengan pelancaran rasmi kenderaan elektrik kedua di bawah jenama Proton e.MAS, Proton e.MAS 5, kereta elektrik mampu milik pertama Malaysia yang direka untuk menjadikan mobiliti lestari dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.

Proton e.MAS 5 menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 tempahan dicatatkan dalam tempoh hanya tiga minggu. Pencapaian ini menunjukkan keyakinan dan minat yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik mampu milik sejak tempahan dibuka pada 4 Oktober yang lalu melalui siaran langsung khas.

Proton e.MAS 7 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai EV No.1 di Malaysia selama sembilan bulan berturut-turut, dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak 6,655 unit setakat September 2025, merangkumi 6,212 unit terjual di pasaran tempatan dan 443 unit dieksport. Dengan pegangan pasaran EV nasional sebanyak 24%, Proton e.MAS 7 terus mencerminkan keyakinan kukuh pengguna terhadap strategi elektrifikasi Proton.

Sebagai model kedua dalam barisan Proton e.MAS, Proton e.MAS 5 melambangkan komitmen PRO-NET dalam memacu penggunaan EV secara meluas di Malaysia. Dibangunkan berasaskan prinsip kemampuan milik, praktikaliti dan kegunaan harian, model ini direka khas untuk pembeli EV pertama yang mencari pengalaman pemanduan yang lebih pintar, bersih dan menjimatkan.

Direka khusus untuk gaya hidup bandar namun tetap menekankan keselesaan keluarga, Proton e.MAS 5 mengubah tanggapan tentang apa yang mampu ditawarkan oleh sebuah EV mampu milik. Ia merupakan kenderaan segmen-B dengan keluasan setanding segmen-C, menggabungkan kecanggihan dan praktikaliti untuk kegunaan harian. Dengan jarak pemanduan WLTP sehingga 325km, Proton e.MAS 5 sesuai untuk perjalanan harian, urusan seharian, dan percutian hujung minggu hanya dengan satu cas.

Teknologi dibina dengan teliti dalam setiap aspek pengalaman pemanduan. Paparan utama 14.6 inci Full HD digabungkan dengan panel instrumen digital 8.8 inci, dikuasakan oleh ATLAS Auto, membolehkan Proton e.MAS 5 memberi respons kepada arahan suara dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Pemandu juga menikmati kemudahan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, bersama Aplikasi Proton e.MAS yang membolehkan akses kepada fungsi utama kenderaan, daripada melihat status bateri sehingga menyejukkan kabin sebelum perjalanan. Pengecasannya juga mudah dan cepat, dengan pengecasan pantas DC yang boleh menaikkan tahap bateri dari 30% ke 80% dalam masa cuma 21 minit.

Bahagian dalamannya mempamerkan suasana tenang dan elegan dalam sebuah kereta harian. Rekaan dalaman bergaya minimalis yang diinspirasikan daripada ruang santai hadir dalam warna Flint Grey bagi warna luaran Moonstone White, Graphite Silver dan Slate Grey. Bagi Proton e.MAS 5 Premium pula, dua pilihan warna Marble Cream dan Quartz Rose dipadankan dengan bahagian dalaman berwarna Alabaster White.

Kabin ini menggabungkan rekaan ergonomik dengan 32 ruang penyimpanan, ruang hadapan (frunk) berkapasiti 70L serta ruang but 375L yang boleh diperluas hingga 1,320L. Dengan jarak antara roda 2,650mm dan lantai belakang yang rata, setiap tempat duduk direka untuk memberikan rasa luas dan selesa, menjadikan ruang kabin lebih terbuka dan sesuai untuk menikmati setiap momen bersama keluarga.

 Keselamatan menjadi keutamaan dalam DNA reka bentuk PRO-NET. Proton e.MAS 5 dilengkapi dengan 12 fungsi bantuan pemanduan termasuk Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning dan Blind Spot Detection. Struktur badan diperkukuh dengan Star Armor Cage Structure, manakala bateri CATL LFP menawarkan sistem perlindungan berlapis 3+2 bagi memastikan keselamatan terma, ketahanan jangka panjang serta ketenangan minda kepada pemandu.

Dikuasakan oleh motor di bahagian belakang 85kW yang menghasilkan tork 150Nm, Proton e.MAS 5 memecut dengan lancar dari 0 hingga 50 km/j dalam hanya 3.9 saat. Jejari pusingan terbaik dalam kelasnya, iaitu 4.95m, menjadikan pemanduan dan parkir di bandar lebih mudah dan tanpa tekanan. Susun atur pacuan roda belakang bersama Global Traction Control System (G-TCS) pula memastikan kestabilan serta kawalan yang baik di pelbagai keadaan jalan.

Proton e.MAS 5 menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses oleh pembeli kali pertama, keluarga muda dan pemandu bandar yang mencari pilihan teknologi hijau serta praktikal. Walaupun bersaiz kompak, ia tetap menawarkan pengendalian yang lancar dengan jejari pusingan terbaik dalam kelasnya, memberikan pemanduan luar biasa ketika melalui jalan bandar yang sempit atau ruang parkir yang terhad.

Sebagai tanda penghargaan atas peluncuran ini, PRO-NET memperkenalkan Power Packs eksklusif bernilai sehingga RM 8,000 untuk pelanggan terawal, yang menawarkan nilai lebih tinggi, kemudahan lebih baik dan pengalaman pemilikan yang lebih meyakinkan.

Power Xchange 

  • Layak apabila kenderaan lama yang tidak lagi sesuai untuk digunakan di jalan raya dan ditukarkan dengan nilai sebanyak RM2,000 

(Tawaran terhad, berakhir pada 31 Disember2025)

 Power Online 

  • 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM1,800

 Power Financing

  • Pinjaman 5 tahun dengan kadar faedah 1.98% daripada Proton Commerce bernilai RM1,700

(Tawaran terhad, berakhir pada 31 Januari 2026)

Power Home 

  • Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM1,500

Power Trade-In

  • Rebat Trade-in Eksklusif bernilai RM1,000

(Tawaran terhad, berakhir pada 31 Januari 2026)

Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 5 Prime dan Premium adalah seperti berikut:

Varian Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak
Proton e.MAS 5 Prime  RM59,800 RM62,800
Proton e.MAS 5 Premium  RM72,800 RM75,800

 Rebat Pelancaran Istimewa dengan rebat RM 3,000, Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 5 Prime dan Premium adalah seperti berikut:

Varian Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak
Proton e.MAS 5 Prime  RM56,800 RM59,800
Proton e.MAS 5 Premium  RM69,800 RM72,800

Selain itu, pelanggan turut menikmati waranti kenderaan selama 6 tahun tanpa had perbatuan serta waranti bateri dan komponen voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km, memberikan keyakinan dan jaminan tambahan sepanjang pemilikan Proton e.MAS mereka.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan