Jetour Malaysia baru-baru ini mengumumkan harga anggaran RM178,888 bagi model yang dinanti ramai, Jetour T2 — SUV premium serba lasak yang direka untuk pemanduan penuh keyakinan merentasi pelbagai landskap Malaysia. Pengumuman ini menandakan detik penting bagi jenama tersebut dalam usaha memperkukuh kedudukannya di pasaran SUV, dengan barisan model yang menyatukan kehebatan prestasi, inovasi teknologi dan gaya sofistikated.
Jetour T2 pertama kali diperkenalkan kepada pasaran Malaysia awal tahun ini dan kini tampil dengan versi pemanduan sebelah kanan (RHD), menjadikan Malaysia antara pasaran terawal di dunia yang menyambut kemunculan model ini. Menampilkan rekaan berani dengan sentuhan utilitarian, prestasi mengagumkan serta teknologi pintar yang menyeluruh, Jetour T2 melambangkan evolusi baharu dalam barisan SUV global Jetour yang dicipta khas untuk pemandu moden Malaysia.
Jetour T2 menggabungkan kekuatan dan keanggunan dalam satu reka bentuk yang sempurna, menampilkan gaya yang berani dan sofistikated. Reka bentuknya yang tegap diserlahkan oleh lampu utama LED dengan tulisan cahaya Jetour, manakala lengkung roda bersegi kukuh serta garis badan berprofil tajam menonjolkan keupayaannya merentasi pelbagai jenis permukaan. Setiap perincian luaran direka dengan teliti bagi memenuhi fungsi dan gaya, membentuk penampilan yang menguasai pandangan dan mencerminkan tujuan sebenar reka bentuknya.
Jetour T2 ditawarkan dalam pelbagai warna luaran menarik seperti Khaki White, Aviation Silver dan Carbon Black, masing-masing menghidupkan semangat pengembaraan dengan sentuhan gaya premium yang tersendiri.
Kuasa pemanduan Jetour T2 disalurkan melalui enjin petrol 2.0L TGDi yang menghasilkan 245PS serta tork maksimum 375Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan yang direka untuk tindak balas pantas dalam pelbagai situasi pemanduan.
Sistem pacuan ini berfungsi seiring dengan mod pemanduan pintar X-Intelligent, membolehkan Jetour T2 menyesuaikan prestasi mengikut jenis permukaan dan keadaan jalan, memastikan cengkaman serta kawalan optimum sama ada ketika menempuh kesibukan bandar, di lebuh raya terbentang luas, mahupun di laluan off-road yang mencabar.
Di bahagian dalam, kabin Jetour T2 mengekalkan falsafah fungsi yang sama seperti kejuruteraan mekanikalnya. Reka letak yang berorientasikan pemandu memastikan pandangan yang jelas serta susun atur kawalan yang intuitif, setiap perincian dalamannya memancarkan kemewahan yang disertai ketahanan jangka panjang.
Paparan infotainmen bersaiz 15.6 inci dengan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto dilengkapkan bersama kluster meter 10.25 inci, membentuk antara muka digital yang harmoni. Gabungan ruang dalaman yang luas, tempat duduk dengan sokongan serta rekaan ergonomik menjadikan Jetour T2 kenderaan ideal untuk rutin harian mahupun pengembaraan jarak jauh.
Dari segi audio, sistem audio premium Sony dengan 12 pembesar suara menghasilkan akustik yang kaya dan imersif, menjadikan setiap perjalanan satu pengalaman yang memukau. Dipadankan dengan permukaan lembut serta butang kawalan yang direka dengan teliti, kabin Jetour T2 menampillkan suasana mewah yang meningkatkan pengalaman setiap pemanduan, sama ada di bandar atau mengembara jauh meneroka destinasi baharu.
Dibina dengan elemen keselamatan sebagai keutamaan, Jetour T2 dilengkapi dengan enam beg udara SRS, sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2, sistem pemantauan tekanan tayar dan kamera 360° yang disesuaikan untuk keadaan trafik serta jalan raya di Malaysia. Gabungan sistem pintar ini berfungsi secara harmoni bagi memastikan ketenangan dan keyakinan pemandu di setiap detik perjalanan.
Ketibaan Jetour T2 mencerminkan trajektori pertumbuhan pesat Jetour Malaysia. Dengan rangkaian pengedar yang semakin meluas serta portfolio produk yang semakin kukuh, jenama ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pesaing yang diyakini dalam landskap SUV yang kompetitif di Malaysia.
Selain itu, Jetour Malaysia telah memperkenalkan Promosi Akhir Tahun di seluruh negara untuk model Jetour Dashing dan VT9. Berlangsung mulai sekarang hingga 25 Disember 2025, kempen ini menawarkan penjimatan sehingga RM12,000, yang merangkumi insurans kereta percuma selama satu (1) tahun, baucar petrol bernilai RM2,000, dan ansuran percuma selama enam (6) bulan bagi model Jetour Dashing dan Jetour VT9.
Pelanggan yang membuat tempahan bagi model Dashing atau VT9 di paultan.org Auto Car Expo (ACE) dan mendaftar sebelum 31 Disember 2025 juga akan menerima tambahan produk ekologi Jetour bernilai RM2,000. Tertakluk pada terma dan syarat.
Tempahan kini dibuka di semua pengedar sah Jetour di seluruh negara dengan yuran tempahan sebanyak RM1,000, menandakan detik permulaan perjalanan Jetour T2 ke jalan raya Malaysia menjelang pelancaran rasminya pada suku pertama tahun 2026. Lebih daripada sekadar SUV baharu, Jetour T2 mengajak pemandu mengembalikan kegembiraan pemanduan di jalan terbuka — lambang keyakinan, keinginan untuk meneroka, serta semangat pengembaraan yang menggerakkan setiap perjalanan.



