NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB), syarikat usaha sama di antara Kumpulan Careplus Berhad dan Kumpulan Go Auto, akan memulakan pembinaan kilang pertama di dalam negara yang dikhususkan kepada pembuatan dan pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) termasuk kenderaan elektrik, bakal memulakan operasi pada awal suku pertama tahun 2025, dan akan menjana peluang pekerjaan dan pelaburan baharu di Negeri Sembilan serta kawasan-kawasan berhampiran.
Majlis pecah tanah di Chembong Industrial Area, Rembau, Negeri Sembilan ini disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, hari ini.
Kilang ini akan mempunyai kapasiti permulaan sebanyak 30,000 unit setahun, di mana satu pertiga adalah model-model NETA melalui usaha sama di antara Careplus dan Intro Synergy Sdn Bhd (anak syarikat GoAuto). Kilang ini tidak hanya memasang kenderaan berjenama NETA, malahan terbuka kepada jenama NEV yang ingin melakukan pemasangan CKD (Completely Knocked Down) bagi kenderaan EV jenis penumpang, perdagangan ataupun motosikal.














