Proton telah melancarkan Proton X50 Edisi Sukan (SE), varian eksklusif SUV terlarisnya yang menawarkan gabungan unik kesukanan dan keanggunan. Dengan penambahbaikan pada rekaan dan ciri dalaman, X50 SE memberikan pengalaman pemanduan yang lebih istimewa.
Proton X50 2024 merupakan SUV segmen B No.1 di Malaysia pada tahun lepas, kedudukan yang telah dipegang oleh model ini sejak pelancarannya pada tahun 2020.
Dengan lebih daripada 128,000 unit terjual, ia merupakan pilihan popular di kalangan peminat SUV dan Proton X50 SE bertujuan untuk meningkatkan lagi kejayaan ini, menawarkan estetika yang lebih sporty dan premium sambil mengekalkan prestasi, keselamatan, dan teknologi canggih yang dijangkakan oleh pelanggan daripada Proton.








