BMW Malaysia memperkenalkan BMW 530i M Sport Serba Baharu, menambah satu lagi varian pemasangan tempatanan untuk Sedan Perniagaan Premium Paling Berjaya di Dunia. Bersama dengan pengenalan varian BMW 5 Series Serba Baharu ini adalah BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu, yang membawakan ‘Sheer Electric Driving Pleasure’ dalam rekaan siluet coupé yang elegan.
Sebagai model terunggul jenama BMW, BMW 5 Series terus menjadi peneraju dalam segmennya, menetapkan standard bagi sedan perniagaan premium di seluruh dunia. Selepas pengenalan BMW 520i M Sport pemasangan tempatan pada tahun 2024, BMW 530i M Sport Serba Baharu memperluaskan lagi Power of Choice untuk pelanggan di Malaysia dengan menawarkan kuasa output yang lebih tinggi serta senarai kelengkapan yang lebih canggih. Sementara itu, BMW 4 Series dikenali dengan reka bentuknya yang menonjol, prestasi lincah, dan teknologi canggih. Siluet coupé yang elegan menampilkan ekspresi berani dan kontemporari yang mencerminkan pengalaman pemanduan yang hebat. BMW i4 eDrive35 M Sport elektrik ini bukan sahaja mengekalkan ciri-ciri
Malaysia ikonik tersebut, malah memperkenalkan inovasi dan kemampanan Mobiliti Elektrik ke dalam barisan ikonik ini.
BMW 530i M Sport Serba Baharu
BMW 530i M Sport Serba Baharu mengekalkan pembahagian yang terbukti relevan, dan impak visual yang memberi nafas baharu kepada karakter model ini. Mendominasi bahagian hadapan kenderaan adalah kidney grille yang lebih besar, dilengkapi dengan pakej BMW Iconic Glow yang menampilkan bingkai berkilauan penuh untuk memberikan penampilan yang dinamik siang dan malam. Gaya ikonik “Sharknose” dan garisan berukir pada apron hadapan bersatu dengan harmoni, mencipta impak visual yang gah yang menonjolkan karakter sporty kenderaan ini. Menambah daya tarikan tersendiri BMW 530i M Sport Serba Baharu adalah lampu hadapan LED vertikal yang nipis dengan lampu siang yang elegan, serta siluet aerodinamik yang halus, mengunjur lancar ke bahagian belakang yang
sporty.






