Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan harga baharu untuk Touareg R-Line yang akan membuatkan SUV flagship itu lebih menarik buat para pelanggan di Malaysia. Harga runcit cadangan Touareg R-Line pemasangan tempatan itu kini ialah RM382,690, tidak termasuk VAP.
Perubahan harga itu adalah hasil maklum balas dan perkembangan positif dalam operasi Volkswagen di peringkat tempatan, selain dinamik pasaran yang lebih baik. Ini membolehkan penjimatan disalurkan kepada para pelanggan.
Touareg R-Line dikenali sebagai peneraju kerana teknologinya yang canggih serta ciri-ciri keselamatan bantuan pemandu termaju, di samping reka bentuk yang garang dan keupayaan prestasi luar biasa. Jentera itu dikuasakan oleh enjin turbo V6 pengecas turbo 3.0liter yang mampu menjana 340PS dan tork mencecah 450Nm.





