Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar, Malaysia, menjelang hujung tahun 2025. Fasiliti pengeluaran ini mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan bagi pasaran Asia-Pasifik, serta tayar motosikal. Sebanyak 950 orang bekerja di fasiliti Alor Setar. Keutamaan syarikat adalah untuk menyokong para pekerjanya dengan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya serta meneroka peluang pekerjaan yang berpotensi sama ada dalam Continental mahupun di luar syarikatnya.
Keputusan untuk menutup kilang tayar Continental di Alor Setar adalah hasil daripada semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing, serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia-Pasifik (APAC). Usaha ini juga dilaksanakan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan. Syarikat juga berhasrat untuk mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluarannya.