Piston.my

Acara “Perhimpunan Mega TT” Kelab Ford Ranger Terbesar Di Borneo

Sebagai meraikan hubungan erat dan perkongsian minat yang sama terhadap gaya hidup aktif dan mencabar bersama Ford Ranger, Ford Penampang (Rightpower Corporation) baru-baru ini telah menganjurkan sebuah acara penting — Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 — dengan kerjasama Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Borneo.

Bertempat di J Borneo Native Village di Penampang, ia merupakan acara terbesar anjuran kelab berkenaan setakat ini, dan berjaya menghimpunkan 107 ahli kelab dengan Ranger kebanggaan mereka yang datang dari pelbagai lokasi di Sabah, Labuan dan bahkan Brunei.

Keseluruhannya terdapat 320 peserta, terdiri daripada pemilik dan ahli keluarga mereka yang mengikuti acara berkenaan, bertujuan untuk memperkukuhkan lagi keakraban berkomuniti dalam kalangan mereka yang berkongsi minat yang sama terhadap Ranger.

Perhimpunan Mega TT ke-7 bukanlah perjumpaan biasa. Ia adalah aktiviti sehari yang dipenuhi dengan pelbagai pengisian, barisan hadiah menarik dan anugerah untuk mengiktiraf Ranger yang paling menonjol dalam pelbagai kategori.

Dari permainan menyeronokkan hinggalah kepada sesi karaoke dan persembahan menarik yang diiringi cabutan bertuah, program sehari itu disusun dengan teliti untuk memenuhi minat dan menghiburkan semua yang terlibat, menjadikannya sebuah pengalaman manis untuk dikenang oleh semua peserta.

Ditubuhkan pada 2013, FROC Borneo ketika ini mempunyai seramai 1,009 ahli. Kelab itu menganjurkan dua atau tiga acara setahun untuk mengeratkan kerjasama dengan SDAC-Ford yang turut membawa kepada lebih banyak perkongsian pengetahun yang lebih mendalam terhadap Ranger dan memberikan lebih banyak aktiviti nilai tambah kepada ahlinya.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan