Piston.my

Shell Malaysia Melancarkan Shell Cafe Baru

Shell Malaysia mengumumkan perasmian Shell Cafe hari ini, menawarkan pengalaman gastronomi unik yang berbaloi untuk para pengguna. Nikmati kopi istimewa yang dihasilkan segar dengan pelbagai pilihan makanan menarik yang menyelerakan. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting untuk Shell dengan komitmen untuk menawarkan pengalaman yang terbaik untuk setiap pelanggan.

Menjanjikan keutamaan pelanggan dengan pengalaman yang menyeluruh, Shell Café turut menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan beristirehat sebelum meneruskan perjalanan mereka selain daripada menawarkan makanan dan minuman yang segar dan menyelerakan, dalam usaha menjadikan ia sebagai destinasi pilihan ramai.

Tampil dengan keunikannya yang tersendiri, campuran kopi di Shell Cafe terdiri daripada gabungan biji kopi Arabica dan Liberica, yang diperoleh dan dihasilkan di Malaysia. Biji kopi Liberica yang hanya merangkumi kurang daripada 2% dari pengeluaran kopi dunia ini amat jarang dihasilkan. Ini menjadikan kopi ini lebih unik dengan rasa yang tersendiri, memastikan setiap cawan kopi Shell Café berbaloi untuk dinikmati.

Di samping hidangan kopi wajib cuba kegemaran rakyat Malaysia seperti Americano, Latte dan Cappuccino, Shell Café turut menyediakan hidangan kopi istimewa seperti Dirty Latte dan Cokespresso serta frappe ais kisar yang menyegarkan.

Shell Café menyajikan pelbagai jenis makanan termasuklah pasta telur masin, sosej gourmet, wrap yang segar dan segera, serta pilihan lain termasuk pilihan makanan tanpa daging.

Bagi penggemar pastri yang ingin menjamu selera dengan pantas, Shell Café menawarkan pelbagai snek kegemaran ramai seperti firecracker dan Chocolate Roll dan pilihan tambahan baharu termasuklah karipap, croissant badam, scone dan kek.

Menawarkan pelbagai hidangan pastri dan lain-lain produk serta perkhidmatan berkaitan kenderaan dengan rangkaian luas meliputi lebih dari 800 kedai Shell Select di seluruh negara, komitmen Shell kekal utuh dalam memastikan stesen Shell berfungsi sebagai pusat sehenti utama untuk segala keperluan pelanggan.

Dengan kemudahan runcit Shell yang semakin berkembang, Shell amat berbesar hati mengumumkan pembukaan 80 tapak Shell Café menjelang akhir tahun ini. Jumlah ini dijangka akan bertambah sebanyak 150 cafe pada tahun 2024.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube