Piston.my

Sime Darby Auto Bavaria Menawarkan Sewaan Kereta Elektrik

Sime Darby Auto Bavaria (SDAB), pengedar rasmi terbesar kenderaan BMW di Malaysia telah berganding bahu dengan Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC) – Hertz Malaysia, pemimpin dalam industri sewa kereta. Kerjasama ini menawarkan pengalaman memandu kenderaan elektrik (EV) yang menarik dan luar biasa kepada rakyat Malaysia, lantas membuka era baharu e-pergerakan dalam perkhidmatan sewa kenderaan.

Sempena kerjasama ini dan juga perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang, satu tawaran sewa eksklusif telah dirangka untuk menawarkan pengalaman memandu tersendiri dengan BMW iX elektrik sepenuhnya yang sangat popular. Dengan harga sewa yang bermula daripada RM550 sehari dan RM5,500 sebulan, BMW iX ialah model paling sesuai untuk pemanduan jangka pendek premium bagi peminat kereta yang ingin menikmati kemewahan EV berteknologi tinggi. 

En. Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria, berkata, “Auto Bavaria komited sepenuhnya mahu merintis penggunaan EV di Malaysia. Kali ini, kami memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memandu BMW iX kami untuk menikmati gaya dan keunikan yang tiada tandingan yang membawakan trend terkini dalam teknologi EV. Bersama dengan Hertz Malaysia, kami mencipta sebuah ekosistem kukuh yang menyokong selanjutnya penggunaan EV. BMW iX ialah model sempurna untuk ditawarkan kerana menjanjikan ciri kelebihan terbaik dalam segmen BMW EV tahun lepas. Kami menggalakkan semua orang untuk mengambil kesempatan daripada tawaran sewa perayaan bagi pengalaman memandu serba baharu yang lebih baik.” 

SDAB dan Hertz Malaysia mempelopori usaha menyediakan penyelesaian e-pergerakan yang tiada tandingan. Para pelanggan yang berminat menikmati pengalaman memandu BMW iX boleh membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut di www.simedarbycarrental.com atau kunjungi cawangan Hertz Malaysia yang turut serta di Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor Baharu.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan