Piston.my

Chery Malaysia Memperkenalkan ‘Kempen Tukar Beli Chery Ke Chery’

Chery Malaysia melancarkan Kempen Tukar Beli Chery ke Chery, yang memberi peluang eksklusif kepada pemilik kenderaan Chery untuk menukar ke kenderaan Chery yang terbaru.

Dengan kempen ini, Chery Malaysia menawarkan tambahan RM3,000 di atas harga tawaran tukar beli kepada pelanggan setia Chery yang mahu menukar kenderaan Chery lama mereka dan bercadang untuk membeli kenderaan Chery baru yang lebih canggih.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan bagi peminat Chery melalui proses tukar beli yang dipermudahkan dan insentif eksklusif untuk kesetiaan jenama mereka. Kempen tukar beli ini menawarkan peluang kepada pemilik kenderaan Chery untuk menaiktaraf kepada model terbaru yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi terkini dan penambahbaikan yang direka untuk meningkatkan pengalaman memandu.

Dengan komitmen kepada inovasi moden, kelestarian, dan reka bentuk masa depan, Chery berazam untuk menyediakan pelanggannya dengan kemajuan terkini dalam teknologi automotif. Pemilik kenderaan Chery boleh mengunjungi mana-mana pusat pameran Chery di seluruh negara bermula 9 Februari 2024 untuk menyertai Kempen Tukar Beli Chery ke Chery ini.

2022 Chery Tiggo 8 Pro

Sementara itu, Chery Malaysia akan meraikan Tahun Baru Cina dengan sambutan meriah di semua pusat pamerannya di seluruh negara dari 9 Februari hingga 24 Februari. Selain menyertai sesi pandu uji, orang ramai digalakkan untuk membawa keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti termasuk bengkel menulis kaligrafi Cina, dan mempelajari seni pemotongan kertas tradisional Cina serta pelbagai aktiviti menarik.

Di Malaysia, Chery kini menawarkan Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro serta Omoda E5, iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh yang akan dilancarkan pada bulan Mac tahun ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Chery di www.chery.my.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan