Piston.my

SISMA Auto Melancarkan Bilik Pameran & Pusat Servis Denza Baharu Di Glenmarie

SISMA Auto mengorak langkah dalam dunia pemotoran  kenderaan elektrik (EV) dan mewah dengan melancarkan bilik pameran Denza yang baharu di Glenmarie, Shah Alam – satu pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan pesat  kumpulan. 

Denza, jenama EV mewah milik BYD Auto, pengeluar EV tersohor dunia, telah menerima sambutan yang amat menggalakkan di seluruh dunia dan SISMA Auto berbangga menjadi  salah satu pengedar untuk membawa jenama baharu yang megah ini ke jalan raya Malaysia. Dipacu oleh kebangkitan global BYD, SISMA Auto komited untuk berkembang seiring dengan  Denza, serta menetapkan piawaian baharu dalam mobiliti elektrik premium. 

Dengan keluasan 20,000 kaki serta dua tingkat, pameran ini disokong oleh jumlah pelaburan  sebanyak RM25 juta dan pameran tersebut direkai untuk mencerminkan identiti jenama tersebut – sebuah era baharu tenaga dan mobiliti mampan yang mewah. Reka bentuk bilik  pameran yang anggun menyerlahkan identiti terkini Denza, menggabungkan kecanggihan moden dengan kemewahan yang mampan untuk dinikmati oleh para penunjung. 

Antara ciri menarik ruang pameran ialah galeri kenderaan yang luas, membolehkan pelawat  melihat secara lebih dekat pilihan EV Denza yang menakjubkan — malah mereka juga  berpeluang menjalani pandu uji kenderaan. Dengan ruang untuk berkembang, Denza SISMA  Auto Glenmarie bersedia untuk menampilkan model-model menarik yang akan datang,  berkembang menjadi pameran penuh bagi barisan kenderaan mewah masa depan Denza. 

Selain daripada bilik pameran, pusat servis ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan  tercanggih bagi menyediakan perkhidmatan lepas jualan yang menyeluruh. Para pelanggan  boleh menjangkakan sokongan servis dan penyelenggaraan yang cemerlang, bagi  memastikan setiap kenderaan Denza berada dalam prestasi terbaik. Untuk meningkatkan lagi  kemudahan kepada pengunjung Denza SISMA Auto Glenmarie menawarkan perkhidmatan  concierge premium, termasuk mengambil dan menghantar kenderaan dari pintu ke pintu untuk  diservis, terus dari rumah atau pejabat pelanggan.

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto Syed Khalil bin Syed Ibrahim berkata, beliau teruja  untuk mengembangkan penawarannya dalam pasaran kenderaan mewah di mana Denza  merupakan salah satu jenama kenderaan mewah terbaru yang memasuki Malaysia.  

“Keyakinan global terhadap jenama BYD semakin meningkat. Denza sebagai sub-jenama  BYD berada pada kedudukan yang baik untuk menarik perhatian pemilik kenderaan premium  dan mewah. Jenama Denza pula terserlah dengan inovasi teknologi dan cadangan nilai yang  menarik. Dengan pelancaran Denza Sisma Auto, kami menjadikannya pengalaman Denza  dapat diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” berkata beliau. 

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao berkata, “Hari ini, kita bukan sahaja  meraikan kemajuan yang telah dicapai, tetapi juga menghargai kerjasama strategik yang amat  bernilai. Dengan pembukaan rasmi lima pengedar baharu DENZA— ianya menjadi bukti atas  komitmen kami dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa—baru-baru ini  kami sedang memperluaskan akses kepada mobiliti elektrik premium yang lebih peribadi,  dipercayai dan mudah dicapai.

SISMA Auto berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga BYD dan melihat DENZA  sebagai lembaran baharu yang menarik dalam perjalanan pertumbuhan luar biasa jenama ini.  Dengan pelancaran DENZA Glenmarie, SISMA Auto terus menunjukkan keyakinannya  terhadap teknologi canggih BYD, reka bentuk premium dan momentum global yang kukuh.  DENZA Glenmarie turut dibina dengan keupayaan signifikan untuk menyokong hala tuju masa  depan jenama ini serta model-model akan datang, dan bersedia sepenuhnya untuk  berkembang seiring dengan pertumbuhan DENZA di Malaysia. 

Pusat Pameran dan Service Denza SISMA Auto terletak di No 21, Jalan Perintis U1/52,  Seksyen U1, Bandar Glenmarie, Shah Alam ini dibuka setiap hari mulai jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, ianya menawarkan pelanggan peluang untuk menerokai teknologi EV terkini  serta melihat tawaran Denza.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan