Piston.my

BM

TQ WULING secara rasmi melancarkan TQ WULING Bingo EV, menandakan satu pencapaian penting dalam menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Hatchback elektrik kompak ini, yang dipasang secara tempatan, ditawarkan dalam dua varian lengkap, iaitu Bingo PRO pada harga RM67,800 dan Bingo MAX pada harga RM72,800, ini meletakkan Bingo EV sebagai antara EV paling mampu milik di Malaysia. Harga atas jalan (OTR) selapas rebat tunai istimewa ialah RM62,800 bagi Bingo PRO dan RM67,800 bagi Bingo MAX.

TQ WULING Bingo merupakan model pertama di bawah jenama TQ WULING, hasil kerjasama strategik antara Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) dan SAIC-GM-Wuling (SGMW). Kolaborasi ini menggabungkan pengalaman berdekad-dekad Tan Chong dalam pasaran tempatan, kepakaran pembuatan, dan kekuatan rangkaian pengedarannya, bersama kepimpinan SGMW dalam teknologi kenderaan elektrik global.

Pelanggan yang telah membuat tempahan dan akan menempah TQ WULING Bingo EV layak menikmati “Bingo’s Fabulous 5 Perks” yang bernilai lebih daripada RM12,000, termasuk:  

  • Rebat Tunai

Rebat tunai eksklusif bernilai RM5,000.

  • Jaminan Bateri EV Selama 8 Tahun

Nikmati pemamduan tanpa kerisauan dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun/120,000km (yang mana terdahulu) dan jaminan motor pemacu 8 tahun/160,000km (yang mana terdahulu).

  • Ansuran Bulanan Rendah

Pandu pulang Bingo EV dengan ansuran bulan serendah RM625 (ditawarkan melalui institusi kewangan terpilih).

  • Keselesaan dan Kemudahan

Dapatkan pengecas EV rumah 7kW percuma, pengecas EV mudah alih 3-pin percuma dan pakej tinted solar premium TQ.

  • Faedah Insurans dan Perlindungan EV Menarik

Nikmati 17 faedah insurans komprehensif dan faedah EV istimewa dengan Bingo EV (ditawarkan oleh panel insurans terpilih)

(more…)

DENZA, jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD, dengan bangganya mencatat satu pencapaian bermakna apabila 1,002 unit telah dihantar kepada pelanggan di Malaysia sejak kemunculan sulungnya pada Februari tahun ini. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan DENZA D9 sebagai antara MPV mewah yang paling mendapat permintaan dalam segmen mobiliti elektrik premium.

Bagi tahun 2026, DENZA bersedia mengembangkan portfolionya dengan pelancaran beberapa model baharu, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran EV premium tempatan.

“Pencapaian melepasi 1,000 unit dalam tempoh kurang setahun menunjukkan keyakinan tinggi pelanggan Malaysia terhadap jenama DENZA serta daya tarikan kukuh model D9,” kata Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia. “Kami terus komited untuk menyediakan pengalaman pemilikan EV mewah yang lengkap dan amat menghargai sokongan berterusan daripada setiap pemilik DENZA.”

(more…)

Perodua menutup tirai tahun ini dengan pelancaran Perodua Traz, sebuah SUV lima tempat duduk yang direka khusus untuk kegunaan bandar, namun kekal praktikal bagi keperluan keluarga.

Model terbaharu ini memperkukuh barisan SUV Perodua dan diletakkan di antara Ativa dan Aruz, menawarkan pilihan baharu kepada pembeli yang mahukan kenderaan serba guna bersaiz sederhana.

Dibangunkan berlandaskan falsafah “Engineered Simply”, Perodua Traz direka untuk memenuhi keperluan pemandu tempatan dan keadaan jalan raya Malaysia. Penekanan diberikan kepada kemudahan penggunaan, kecekapan serta kos pemilikan yang berpatutan, selari dengan identiti jenama Perodua.

Perodua Traz dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter (104hp, 138Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT, dan ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan H.

Harga bermula dari RM76,100 bagi varian X dan meningkat sehingga RM82,000 untuk varian H, tidak termasuk insurans.

Dari segi dimensi, Traz berukuran 4,310 mm panjang dan menawarkan kelegaan tanah yang sesuai untuk pemanduan harian di bandar.

Ruang but berkapasiti 471 liter menyediakan ruang yang mencukupi untuk kegunaan keluarga, manakala jejari pusingan yang kecil memudahkan pengendalian di kawasan sempit. Kecekapan bahan api dinilai pada 21.3 km seliter, dengan pilihan mod pemanduan Eco, Normal dan Power.

Reka bentuk luaran menampilkan lampu LED, rim aloi serta spoiler belakang yang memberikan sentuhan sporty. Di dalam kabin, Traz dilengkapi paparan digital, tempat duduk fabrik dan corong pendingin hawa untuk penumpang belakang. Varian H pula menawarkan kemasan kulit serta ciri keselesaan tambahan.

Sistem hiburan dikendalikan melalui skrin sentuh 9 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Varian X dilengkapi empat pembesar suara, manakala varian H menerima enam pembesar suara. Port USB turut disediakan untuk penumpang hadapan dan belakang.

Antara ciri praktikal yang menonjol ialah pintu but berkuasa dengan sensor kaki, yang memudahkan proses memuatkan barangan, terutamanya ketika tangan penuh.

Aspek keselamatan menjadi keutamaan dengan penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Perodua Traz dilengkapi enam beg udara, kawalan kestabilan serta rangkaian sistem bantuan pemandu termaju termasuk brek kecemasan automatik, amaran keluar lorong, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan kamera 360 darjah.

Perodua Traz dibina sepenuhnya di Malaysia dengan 95 peratus kandungan tempatan, melibatkan pelaburan melebihi RM560 juta. Penghantaran telah bermula di seluruh Semenanjung Malaysia, dan orang ramai kini boleh mengunjungi bilik pameran Perodua untuk melihat serta memandu uji SUV baharu ini.

Geely Auto Group secara rasmi telah merasmikan Pusat Keselamatan Geely, sebuah fasiliti ujian keselamatan automotif yang disifatkan sebagai yang terbesar dan paling canggih di dunia. Dibina dengan pelaburan melebihi 2 bilion yuan, pusat ini meliputi keluasan 45,000 meter persegi dan menjadi tonggak penting dalam usaha jangka panjang Geely untuk mempertingkatkan tahap keselamatan kenderaan masa hadapan.

Fasiliti ini direka sebagai pusat ujian bersepadu yang membolehkan pelbagai penilaian keselamatan dijalankan di bawah satu bumbung. Ia merangkumi ujian perlanggaran berbilang sudut, ujian hentaman berkelajuan tinggi, perlindungan pejalan kaki, sistem keselamatan aktif, keselamatan bateri, sistem rangkaian kuasa elektrik serta penilaian kesihatan dan kesejahteraan pemandu. Menurut Geely, keselamatan kenderaan moden kini melangkaui kekuatan struktur semata-mata, merangkumi elektronik, perisian, perlindungan data dan kesihatan pengguna.

Keselamatan siber turut menjadi fokus utama pusat ini. Makmal khas diwujudkan untuk menguji ketahanan sistem kenderaan terhadap ancaman penggodaman, melibatkan penilaian cip, perisian, aliran data serta kemas kini dalam talian. Selain itu, Geely turut menubuhkan pasukan khusus yang dikenali sebagai “Golden Nose”, yang bertanggungjawab mengesan bau dan gas berbahaya di dalam kenderaan bagi memastikan kualiti udara kabin sentiasa bersih dan selamat.

(more…)

Hyundai Motor Malaysia terus mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan dengan memeterai kerjasama strategik bersama Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON). Melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama bagi memperluas rangkaian bilik pameran Hyundai di seluruh Malaysia.

Sebagai fasa awal pelaksanaan, dua pengedar Hyundai baharu dirancang untuk dibuka di Lembah Klang dan Pulau Pinang, dengan operasi dijadualkan bermula pada separuh pertama tahun 2026. Pemilihan kedua-dua lokasi ini dibuat berdasarkan kepadatan penduduk yang tinggi serta peningkatan minat pengguna terhadap kenderaan hibrid dan teknologi mesra alam.

Penubuhan pengedar baharu ini bertujuan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan akses kepada barisan kenderaan Hyundai, selain menyediakan perkhidmatan jualan dan sokongan selepas jualan yang lebih menyeluruh. Hyundai percaya langkah ini akan meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan serta menjadikan pengalaman pemilikan kenderaan lebih lancar dan diyakini.

(more…)

Lepas mencuri tumpuan dengan pelancaran Proton e.MAS 5 dan Proton Saga  serba baharu, Proton menutup November dengan jualan kukuh sebanyak 13,451 unit (domestik dan eksport). Prestasi  ini menaikkan jumlah jualan November kepada 143,322 unit, iaitu 3.6% lebih tinggi berbanding pada 2024, sekali gus meletakkan Proton di landasan selesa untuk menamatkan tahun dengan pertumbuhan positif sekiranya tiada halangan besar. 

Pencapaian ini juga berbeza dengan prestasi keseluruhan industri, yang dijangka susut 0.9% berbanding tahun lalu.  Berdasarkan anggaran semasa, Proton dijangka meraih 18.4% pegangan pasaran bagi November, manakala  pegangan pasaran tahun-ke-tahun berada pada 19.7%. Ini terus mengekalkan Proton sebagai jenama kedua paling  dipilih dalam pasaran automotif Malaysia yang semakin kompetitif. 

Model ice kekal kuat, e.MAS 7 terus menjadi EV pilihan 

Proton Saga terus jadi model utama pada November dengan 6,931 unit terjual, menjadikan jumlah tahunannya 66,038  unit. Walaupun dalam fasa peralihan ke Saga serba baharu, penghantaran masih stabil sementara kilang baharu di  Tanjong Malim meningkatkan kapasiti untuk memenuhi permintaan tinggi. Dengan tempahan yang sudah melepasi  30,000 unit dan terus bertambah, Saga dijangka menduduki carta lebih tinggi dalam pasaran tahun 2026. 

(more…)

Caterham telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan prototaip berfungsi pertama bagi Project V di acara Tokyo Auto Salon yang akan datang pada 9 Januari 2026.

Project V, yang dibina dengan kerjasama Italdesign, pada mulanya telah diumumkan pada September 2022, dan sejak itu telah melalui pelbagai kemas kini.

Pengumuman yang paling penting datang pada Oktober 2024 apabila Caterham mengumumkan Yamaha sebagai rakan kongsi pembangunan, yang membekalkan teknologi e-axel (gandar elektrik) yang akan dibina oleh Tokyo R&D.

Kini syarikat itu akan beralih kepada menilai motor elektrik Yamaha yang dipasang di bahagian belakang (rear-mounted), serta prestasi bateri, keselamatan, dan ketahanan casis kereta tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Caterham, Kazuho Takahashi, berkata langkah seterusnya ini akan membolehkan syarikat itu melengkapkan program ujian kenderaan yang komprehensif.

Takahashi juga merupakan presiden dan pengasas firma Jepun VT Holdings, yang memperoleh Caterham pada tahun 2021.
Project V pertama kali dipamerkan kepada media dan orang awam di Festival Kelajuan Goodwood 2023, dan pada masa itu syarikat itu berkata ia akan dilancarkan pada tahun 2026.

Namun, dengan tanda harga kira-kira 80,000 paun dan output 268hp serta jarak capaian 400km, masih harus dilihat bagaimana syarikat itu akan diterima oleh pasaran. Terutamanya sekarang kerana pasaran untuk kereta prestasi elektrik telah perlahan.

Dari segi prestasi, Project V boleh memecut ke 100kmh dalam masa kurang daripada 4.5 saat dan boleh mencapai kelajuan 230km/h.

Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM), bersedia untuk  mencipta pengalaman serba baharu kepada peminat yang mendekati jenama Kia di seluruh Malaysia. Kia bersedia menangani sebarang  persoalan yang timbul dengan menjawab soalan yang mungkin bermain dalam fikiran orang ramai, ‘ Kenapa Pilih Kia?’

“Di peringkat global, Kia ialah pengeluar automotif ke-9 terbesar di dunia. Fokus kami ialah bergerak ke hadapan pada kadar yang mapan untuk jangka panjang. Matlamat kami bukan sekadar menjadi jenama terpantas berkembang, tetapi jenama yang memberi perhatian kepada pelanggan, pengedar dan industri automotif Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Hyung Ho Kim. 

Malaysia Memainkan Peranan Penting Dalam Pertumbuhan Rantau APAC 

 Berkongsi wawasan Kia bagi Malaysia, Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Emily Lek, berkata, “Ini merupakan masa yang penting bagi kami memulakan langkah kembali ke pasaran Malaysia sebagai entiti tersendiri.  Jenama ini tidak lagi diwakili oleh pengedar,  tetapi diterajui oleh syarikat induk yang mengawal sepenuhnya suara, nilai dan wawasan kami. Dengan sistem yang kukuh dan rancangan yang jelas, kami bersedia untuk mengembalikan pengalaman jenama Kia yang sebenar.” 

Malaysia menempatkan ibu pejabat Kia Asia Pacific, yang berperanan sebagai  pusat pemikiran strategik bagi rantau Asia. Kia APAC memantau enam anak syarikat yang termasuk Kia Sales Malaysia (KSM) dan  unit pengeluarannya, Kia Malaysia.

Kia APAC menguruskan operasi di 33 pasaran termasuk negara-negara ASEAN, Australia dan New Zealand. Di rantau APAC, Kia menguasai 3.4% bahagian pasaran, hasil jualan lebih 165,000  unit pada 2024. Disokong oleh lebih 100 orang kakitangan, ibu pejabat Kia APAC  telah mewujudkan peluang pekerjaan sambil memanfaatkan bakat tempatan.

(more…)

Jetour telah memperkenalkan X90 Pro 2026 di pasaran China, menandakan kemasukan rasmi model baharu ini ke dalam segmen SUV bersaiz sederhana. Model ini ditawarkan dalam lima varian, dengan harga bermula 135,900 yuan (sekitar RM79,000) hingga 167,900 yuan (sekitar RM98,000), menjadikannya antara pilihan yang kompetitif dalam kelasnya.

Dari segi reka bentuk, X90 Pro tampil dengan penampilan yang lebih tegas melalui gril hadapan besar bersama palang krom berkilat, memberikan identiti visual yang lebih berani. SUV ini juga mempunyai dimensi yang agak besar, berukuran 4,858 mm panjang, 1,925 mm lebar dan 1,780 mm tinggi, manakala jarak roda 2,850 mm menempatkannya sedikit lebih besar daripada Jetour Dashing.

Bahagian dalaman X90 Pro menawarkan susun atur standard enam tempat duduk dalam konfigurasi 2+2+2, namun pilihan lima atau tujuh tempat duduk turut tersedia. Untuk varian lima dan tujuh tempat duduk, ruang but maksimum boleh mencecah 1,634 liter, memberi fleksibiliti tinggi untuk membawa barangan besar atau perjalanan jauh bersama keluarga.

(more…)

Smart telah memperkenalkan gambar-gambar baharu serta maklumat lengkap mengenai model Smart #6 EHD, sebuah sedan plug-in hybrid yang dijangka menjadi model paling maju dan paling berkuasa dalam sejarah jenama tersebut. Model baharu ini menonjol dengan jarak pemanduan CLTC sehingga 1,810 km, termasuk 285 km menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, menjadikannya antara PHEV paling jauh dalam pasaran. Ia turut menawarkan jumlah output 429 hp, angka yang jarang ditemui dalam segmen hibrid plug-in.

Smart #6 EHD menggunakan sistem NordThor Hybrid 2.0 daripada Geely, menggabungkan enjin 1.5 liter turbo 161 hp bersama motor elektrik berkuasa tinggi. Sistem ini disalurkan melalui kotak gear DHT 3-kelajuan, menghasilkan jumlah kuasa 429 hp. Menurut Smart, penggunaan bahan api boleh mencecah serendah 3.9 liter bagi setiap 100 km, satu pencapaian yang mengukuhkan reputasinya sebagai model hibrid yang sangat efisien. Kuasa bateri pula disokong oleh pek LFP (litium besi fosfat) yang dibekalkan oleh SVOLT atau CATL.

Model ini dibangunkan berdasarkan konsep Smart #5 EHD yang lebih kecil, yang turut menghasilkan kuasa 429 hp. Namun, Smart #6 EHD dibina dengan saiz lebih besar serta kedudukan yang lebih premium dalam rangkaian Smart.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube