Piston.my

BM

Peugeot yang merupakan jenama di bawah Stellantis akhirnya melancarkan Peugeot 408 serba baharu pemasangan tempatan. Tampil bersama rekaan terkini dan padat dengan kejuteraan serta teknologi termaju, Peugeot 408 serba baharu menandakan masa depan yang lebih mengujakan untuk Peugeot di pasaran automotif Malaysia. Ia juga menjadi model Peugeot pertama yang dilancarkan oleh Stellantis Malaysia.

Peugeot 408 serba baharu menyerlahkan perubahan radikal berbanding model terdahulu yang membolehkannya memenangi anugerah reka bentuk terbaik Red Dot 2023 yang berprestij. Gayaan luaran Peugeot 408 serba baharu direka berdasarkan kepada manifesto rekaan baharu iaitu ‘The Language of Attraction’ yang menunjukkan kelahiran semula jenama Peugeot yang menggabungkan tiga nilai utama iaitu Memikat (Allure), Emosi (Emotion) dan Kecemerlangan (Excellence).

“Allure” yang Peugeot definisikan sebagai “keterujaan dan penuh tarikan” adalah nilai utama dan mewakili segala yang dilakukan oleh jenama ini. Peugeot 408 serba baharu sememangnya mewakili konsep “Allure” dan sukar dijangka kerana ia mendefinisikan kembali segmennya dengan rekaan luaran yang cukup radikal. 

Siluet fastback yang dinamik itu bukan sekadar sangat estetik, malah ia menyerlahkan garis badan dengan elemen singa yang disalurkan menerusi pelbagai elemen gayaan. Reka bentuk yang menawan ini menunjukkan hala tuju rekaan masa depan kenderaan Peugeot. 

Allure

Melihat dari arah hadapan, Peugeot 408 serba baharu mengetengahkan emblem jenama yang terkini. Ia diletakkan di tengah-tengah yang nyata nampak harmoni bersama gril jeriji vertikal yang diwarnakan dengan warna badan. Suluhan cahaya pula dihasilkan oleh Peugeot Signature Light serba baharu – kluster lampu utama LED tersendiri yang turut merangkumi sepasang jalur lampu nyalaan siang berbentuk taring singa. Varian GT dilengkapi lampu utama dengan teknologi Matrix LED yang menampilkan fungsi lampu tinggi automatik untuk suluhan cahaya optimum dalam suasana gelap. 

Beralih daripada profail sisi dinamik kepada garis bumbung yang condong, engsel berlekuk pada Peugeot 408 serba baharu digabungkan dengan rekaan telinga kucing (Cat Ears) untuk menghasilkan koridor aerodinamik yang optimum pada lid spoiler. 

Peugeot 408 serba baharu menampilkan rekaan tiga cakaran 3D yang tersendiri, lampu LED belakang diserlahkan lagi dengan lekuk pada bampar belakang. Elemen rekaan ini disertakan dengan ciri-ciri inovatif lain pasti membuatkan orang berpaling untuk melihat Peugeot 408 serba baharu yang memberikan impresi yang berpanjangan. 

Dibina berasaskan kepada EMP2 (Efficient Modular Platform) multi-tenaga, Peugeot 408 serba baharu memiliki dimensi 4,687mm panjang, 1,859mm lebar dan tinggi 1,487mm. Dengan jarak roda sepanjang 2,787mm dan kelegaan tanah setinggi 189mm, ia memberikan penampilan yang gagah di atas jalan raya. 

Pengalaman pemanduan Peugeot 408 yang mengujakan itu datang daripada enjin PureTech turbo 1.6 liter baharu yang canggih. Enjin tersebut yang mampu menjana kuasa sehingga 218hp pada 5,750rpm dan tork 300Nm pada 2,000rpm yang dipadankan dengan transmisi automatik EAT8 8-kelajuan pintar. Pantas dan lincah, PEUGEOT 408 serba baharu mampu memecut dari titik pegun ke 100km/j dalam masa hanya 8.8 saat. Gabungan itu memberi peluang kepada pemandu untuk menikmati prestasi yang luar biasa.

Dengan prestasi mendahului kelasnya yang digabungkan bersama profail sebuah fastback yang dinamik, Peugeot 408 serba baharu bukanlah sebuah sedan atau SUV. Sebaliknya, ia berada di dalam segmen tersendiri. 

Bucu-bucu tajam dan elemen rekaan yang mendefinsikan siluet jentera ini dapat dilihat dengan jelas terutama pada bahagian belakang, hujung bumbung dan bahagian sisinya.  

Peugeot 408 serba baharu hadir dalam empat pilihan warna menarik – hitam (Perla Nera Black), putih (Okenite White), kelabu (Artense Grey) dan biru (Obsession Blue) bersama tiga kemasan atau varian berbeza iaitu Allure, Premium dan GT.

Varian Allure dilengkapi rim Granite Grey bersaiz 18-inci, manakala varian Premium menerima rim Granite Black 18-inci. Pelanggan boleh meningkatkan penampilan jentera ini dengan rim Monolithe Black bersaiz 20-inci yang eksklusif untuk varian GT. Ia turut hadir dengan pelbagai ciri-ciri eksklusif seperti berikut: 

  • Lampu utama Matrix LED dengan ciri Automatic Beam
  • Lampu belakang LED bersama 3D ‘Claw Effect’
  • Kluster Meter Digital 3D Quartz 
  • Ciri sentuhan i-Toggles yang boleh dikonfigurasikan
  • Sistem Hi-Fi Premium FOCAL
  • Kamera 360°
  • Tempat duduk yang mendapat perakuan daripada AGR dan ciri memori untuk pemandu 
  • Fungsi urutan multi-spot untuk penumpang hadapan dan pemandu

Apabila masuk ke dalam ruang kabin Peugeot 408 baharu yang luas dan moden ini, pemandu disambut oleh kecanggihan sistem Peugeot i-Cockpit. Rekaan papan pemuka Peugeot 408 baharu adalah berasaskan kepada seni bina “High Vents” yang meletakkan semua corong ventilasi penting pada tahap optimal untuk menambah baik aspek keselesaan suhu kepada semua penumpang di dalam kabin. Di bahagian atas stereng bersaiz kompak itu pula, pemandu dihidangkan dengan kluster instrumen digital bersaiz 10-inci lengkap bersama teknologi 3D serta pilihan paparan yang boleh dipersonalisasi bagi varian GT.  

Konsol tengah yang tampil minimalis menyerlahkan rekaan dinamik dan bersih. Tombol kawalan gear utama ditetapkan menerusi tuil satu sentuhan untuk gear Reverse (R), Neutral (N) dan Drive (D), manakala butang Parking (P) diposisikan secara berasingan. Pilihan Mode Pemanduan (Driving Mode) iaitu Eco, Normal atau Sport membolehkan pemandu menikmati pengalaman pemanduan Peugeot 408 serba baharu yang mengujakan. Sekali gus merasai sendiri kualiti dinamik pemanduan dan kawalannya. 

Skrin bersaiz 10-inci yang mendominasi konsol tengah itu diposisikan pada sudut yang ergonomik ke arah pemandu. Sistem tersebut merangkumi i-Toggles boleh ubah, ia disusun di bawah satu baris skrin yang menawarkan pengalaman pengguna yang intuitif. i-Toggles menyediakan jalan pintas kepada pelbagai tetapan termasuklah kawalan suhu, radio, navigasi dan banyak lagi. 

Sistem infohibur Peugeot i-Connect menjanjikan penggunaan harian yang mudah. Ia memberikan pemandu transisi daripada penggunaan telefon pintar atau tablet kepada kereta yang lancar. Sistem ini menawarkan pelbagai tetapan boleh ubah yang cukup banyak sehingga lapan profail pemandu yang berbeza. Butang utama (Home Button), antara muka menu dan sentuhan tiga jari membolehkan pemandu pergi ke paparan aplikasi seterusnya dan memudahkan aspek kawalannya.  

Fungsi pencerminan membolehkan ketersambungan dibuat dengan dua telefon pintar menerusi Bluetooth atau soket USB-C. Untuk pengguna baharu, sistem i-Connect didatangkan dengan dokumentasi binaan dalam dan tutorial bagi memastikan anda boleh meneroka semua ciri yang ada dengan mudah. 

Tempat duduk pemandu mendapat pengiktirafan daripada persatuan AGR yang pakar dalam aspek ergonomik dan kesihatan belakang badan. Ia juga menawarkan pelbagai bentuk tetapan untuk kegunaan harian yang selesa.   

Tempat duduk pemandu mempunyai 10 talaan kuasa dengan dua tetapan memori, manakala penumpang hadapan diberikan 6 pilihan tetapan. Kedua-dua tempat duduk ini didatangkan dengan sistem urutan udara 8 poket bersama lima program yang boleh dipilih, di samping sistem pemanas binaan dalam untuk keselesaan maksimum sepanjang perjalanan yang jauh. Untuk memberi sentuhan yang lebih mewah, varian GT hadir dengan balutan kulit Dynamic Black Nappa pada kerusi hadapan dan belakang. 

Untuk memberi lebih kemudahan, konsol tengah dilengkapi ciri pengecasan telefon tanpa wayar, perehat tangan, dua soket USB-C (menyokong pengecasan dan pemindahan data), dua pemegang botol minuman yang besar serta ruang penyimpanan barang seluas 33 liter. 

Peugeot 408 serba baharu menawarkan konfigurasi dua tempat duduk (60/40). Bagi varian GT, dua bahagian tempat duduk itu boleh dilipat dengan pantas menerusi dua tuil yang boleh diakses pada tepi ruang but. Apabila kerusi belakang dilipat, kapasiti ruang boleh ditingkatkan daripada 536 kepada 1,583 liter untuk varian GT dan 1,611 bagi varian Allure dan Premium. Ini termasuklah ruang penyimpanan tambahan seluas 36 liter yang ada di bahagian bawah but. 

Akses bahagian but belakang kini lebih mudah melalui beberapa cara untuk membukanya, sama ada dengan menggunakan kunci, menekan butang pada pintu atau butang di papan pemuka. Untuk kemudahan yang sebenar, varian GT hadir dengan akses bebas tangan yang boleh diaktifkan melalui pergerakan kaki di bahagian bawah bampar. Ketinggian bukaan pintu juga boleh diubah suai menggunakan butang yang ada di bahagian dalam lid but berkenaan. 

Peugeot 408 serba baharu mengutamakan kesejahteraan penumpang dengan memberi fokus kepada udara yang bersih. Penapis bercekapan tinggi yang menjadi satu ciri standard itu sentiasa menapis partikel, kulat dan bakteria yang ada di dalam kabin. Varian GT dinaik taraf dengan Air Quality System (AQS) yang menawarkan perlindungan aktif kepada pemandu dan penumpang. Sistem ini berfungsi dengan senyap, efisien dan lancar untuk menapis semua partikel berbahaya, pada masa sama mengekalkan suhu kabin yang selesa.

Dibangunkan hasil kerjasama dengan FOCAL, pakar audio terkenal dari Perancis, varian GT Peugeot 408 serba baharu dilengkapi sistem Hi-Fi Premium FOCAL yang luar biasa. Ia menerima 10 unit pembesar suara, menampilkan pelbagai teknologi eksklusif FOCAL yang telah dipatenkan. Tidak ketinggalan ialah pemproses bunyi digital ARKAMYS, empat unit dome tweeter aluminium dan satu saluran utama Polyglass bersama amplifier 690W 12-saluran untuk memberi pengalaman mendengar muzik yang mengasyikkan. 

Pengalaman mult-deria ini ditingkatkan lagi dengan fungsi lampu ambien LED yang boleh dipilih daripada 8 warna. Diletakkan di bahagian belakang skrin tengah, ia memancarkan cahaya lembut dan menjadikan atmosfera kabin lebih sofistikated.

Selain 6 beg udara, program kestabilan elektronik (ESP) dan Active Hood untuk perlindungan pejalan kaki merupakan ciri standard pada semua, varian Premium dan GT turut hadir dengan rangkaian sistem bantuan pemanduan generasi terkini yang komprehensif demi menjadikan perjalanan lebih selamat dan lancar. 

  • Kawalan Jelajah Adaptif dengan ciri Stop and Go (Adaptive Cruise Control with Stop and Go) dan ciri jarak di antara kenderaan yang boleh diubah suai. 
  • Brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran (Automatic emergency braking with collision warning): Mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal pada waktu siang dan malam, dari kelajuan 7km/j hingga 140km/j bergantung kepada versi yang digunakan. 
  • Amaran perubahan laluan aktif (Active lane departure warning) dengan ciri pembetulan laluan. 
  • Amaran Kepekaan Pemandu (Driver Attention Alert): Amaran ketidakupayaan memandu selepas pemanduan yang lama dan pada kelajuan lebih 65km/j, ia menganalisa pergerakan-pergerakan kecil yang berlaku pada stereng. 
  • Pemantauan buta jarak jauh (Long-range blind spot monitoring): 75 meter.
  • Amaran Trafik Belakang (Rear Traffic Alert): Ketika mengundur, ia memberi amaran kepada pemandu jika ada bahaya dalam jarak yang dekat. 
  • Kamera undur 180° berdefinisi tinggi dengan nozel pembersihan bersepadu.
  • Bantuan parkir 360° dengan 4 kamera berdefinisi tinggi (hadapan, belakang dan sisi).

Peugeot 408 baharu ditawarkan pada harga RM146,055 untuk varian Allure, RM166,055 bagi Premium dan RM196,055 untuk model flagship GT. Harga itu termasuk jaminan selama 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km, mana-mana tiba dahulu. 

Bentley akan mempamerkan kereta coachbuilt baharu pada 7 Mei 2024, mengikuti kereta istimewa mereka yang lain iaitu Bacalar Barchetta dan Batur coupe. Ia dibuat oleh Mulliner, pasukan khas Bentley untuk membuat kereta unik. Mereka hanya akan membuat 16 daripada kereta ini, dan ia adalah antara yang terakhir menggunakan enjin W12 Bentley yang berkuasa tinggi.

Kami tidak tahu sejauh mana kuasa kereta baharu ini, tetapi ia mungkin tidak sekuat coupe Batur yang mengeluarkan 730hp dan 1,003Nm tork.

(more…)

Keseronokan Motorworld Munich, Jerman, telah dipecahkan oleh serbuan pagi Jumaat ketika penguatkuasaan undang-undang turun ke ruang acara mewah untuk merampas empat hypercar lagenda. Ini bukan kereta biasa anda tetapi sebahagian daripada siri “Les Legendes de Bugatti” yang sangat eksklusif dan masing-masing berharga $12 juta (RM57,234,000) ketika pertama kali memasuki pasaran.

Rembrandt

Serbuan yang dijalankan oleh pegawai dan penyiasat dan dipercayai ada kaitan dengan skandal 1MDB yang terkenal.

Secara khusus, empat Bugatti Veyron yang dirampas mewakili edisi yang jarang ditemui: Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini, dengan hanya tiga unit setiap satu dihasilkan. Secara keseluruhan, Bugatti menghasilkan hanya 18 kereta dalam siri eksklusif ini, semuanya berasaskan Veyron Grand Sport Vitesse. Walaupun nilai asal mereka adalah sekitar $3 juta setiap satu, nilai semasa mereka sukar untuk ditentukan.

Jean-Pierre Wimille

Pemilikan kereta ini masih menjadi misteri, kerana pihak berkuasa tidak mengatakan apa-apa tentang mendedahkan sebarang butiran. Serbuan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada prosiding jenayah yang sedang dijalankan, dan maklumat lanjut tidak tersedia buat masa ini.

Meo Constantini

Nasib kereta besar yang dirampas tidak pasti, tetapi pemilik tidak mungkin dibenarkan menghantarnya ke luar negara, seperti yang dibenarkan dalam kes rampasan sebelum ini yang tidak berkaitan dengan aktiviti jenayah.

Jam tangan Rec Watches 98T/4 adalah penghormatan kepada kereta Formula 1 Khas John Player hitam dan emas yang ikonik, terutamanya Lotus 98T yang dipandu oleh Aryton Senna pada musim 1986. Dicipta dengan kerjasama Classic Team Lotus, jam tangan edisi terhad ini merakamkan intipati era legenda dalam sukan permotoran itu.

Skim warna hitam dan emasnya yang menyerlah memberi penghormatan kepada livery JPS yang ikonik, manakala pembinaannya daripada keluli tahan karat dan aluminium yang diperbaharui daripada tiub plenum kereta asal menambah sambungan ketara kepada jentera F1 yang bersejarah. Kaca atas kristal nilam memastikan ketahanan, dan tali kulit menawarkan keselesaan dan gaya. Dengan rintangan air 100 meter, ia direka untuk dinikmati oleh peminat di dalam dan di luar trek.

Terhad kepada hanya 989 unit, setiap jam tangan berharga $3,995 (RM19,048), dengan pembeli pra-pesanan menerima harga diskaun $3,195 (RM15,233). Walau bagaimanapun, peminat perlu bersabar kerana jam tangan tidak akan tersedia sehingga Mac 2025. Walaupun menunggu, permintaan untuk kepingan sejarah F1 ini adalah tinggi, dengan sebahagian besar pengeluaran terhad telah pun ditempah. Sehingga 26 April, hanya 173 pra-pesanan kekal tersedia, menjadikannya penting untuk peminat bertindak pantas untuk mendapatkan warisan perlumbaan mereka sendiri.

Kehadiran Nissan di Auto China 2024 mempamerkan komitmen kukuhnya terhadap elektrifikasi dan inovasi, terutamanya dalam pasaran China yang sedang berkembang. Di bawah tema “Nissan baharu untuk era baharu di China,” syarikat itu melancarkan empat konsep ‘kenderaan tenaga baharu (NEV)’, menyerlahkan visinya untuk penyelesaian mobiliti masa depan di rantau ini.

Bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan Dong Feng, Nissan memperkenalkan pelbagai konsep NEV yang memenuhi pelbagai gaya hidup dan pilihan:

1. Konsep Epoch Nissan: Sebuah sedan EV yang direka untuk kehidupan bandar dan pinggir bandar, menampilkan integrasi AI dan IoT termaju untuk keselesaan dan kemudahan yang dipertingkatkan.

(more…)

Lotus Evija X mewakili evolusi mendebarkan hypercar elektrik, direka khusus untuk prestasi trek dan usaha memecahkan rekod. Walaupun ia tidak bertujuan untuk pengeluaran, pameran teknikal sekali sahaja ini menunjukkan komitmen Lotus untuk menolak sempadan prestasi dan inovasi.

Menetapkan masa sepusingan Nürburgring yang mengagumkan selama 6 minit dan 24 saat, Evija X mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu kereta lumba tanpa homologasi terpantas untuk menangani trek ikonik. Pencapaiannya sebagai kereta ketiga terpantas secara keseluruhan dan terpantas dengan casis kereta pengeluaran bercakap banyak tentang keupayaannya yang luar biasa.

(more…)

Mazda membuat impak di Auto China 2024 di Beijing dengan penampilan sulung sedan EZ-6 pacuan roda belakang yang menjadi tumpuan di tempat mereka. Walau bagaimanapun, satu lagi penampilan pertama yang ketara ialah pengenalan Arata, sebuah konsep SUV elektrik anggun yang ditakdirkan untuk pengeluaran menjelang akhir tahun berikutnya.

Dibangunkan oleh Changan Mazda, usaha sama antara Changan Automobile dan Mazda, Arata berkemungkinan menerima nama yang berbeza untuk versi pengeluarannya. Papan nama “EZ-60” telah pun ditanda dagangan di China dan boleh menjadi pilihan yang berpotensi.

Arata, bermaksud “baru” atau “segar” dalam bahasa Jepun, menawarkan gambaran SUV elektrik yang menarik yang mungkin berkongsi platform dengan model sedia ada. Walaupun sedan EZ-6 dijangka berasaskan Changan Depal SL03, EZ-60 boleh diperolehi daripada Changan Deepal S7. Walau bagaimanapun, perbezaan reka bentuk yang ketara menunjukkan bahawa versi Mazda akan kelihatan lebih mewah dan mewajarkan tanda harga yang berpotensi lebih tinggi.

Sebagai konsep, Arata ialah kenderaan elektrik yang juga akan menawarkan varian hibrid plug-in sama seperti EZ-6. Ia menampilkan bahasa reka bentuk Kodo khas Mazda, dengan garisan anggun, gril bercahaya dan elemen pencahayaan berbeza di hadapan dan belakang. Konsep ini menggabungkan kamera menggantikan cermin tradisional, tiada pemegang pintu, dan menanggalkan wiper belakang untuk estetika yang lebih bersih. Spoiler dengan lampu brek ketiga menegak memanjang ke panel bumbung, manakala reka bentuk suku panel mencipta ilusi buttresses terbang.

Walaupun Mazda belum mengesahkan rancangan untuk menjual sedan dan SUV itu di luar China, di mana ia akan dikeluarkan, kenderaan itu pasti menjana keterujaan dengan reka bentuk inovatif dan rangkaian kuasa elektrik mereka.

Mazda telah melancarkan EZ-6, menandakan kembalinya sedan mid-size itu ke pasaran China di bawah versi elektrik baharu. Dibangunkan melalui usaha sama Changan Mazda, sedan anggun ini hadir dalam varian elektrik dan plug-in hibrid.

Sambil mengekalkan bahasa reka bentuk tandatangan Kodo, ia memperkenalkan elemen baharu seperti gril bercahaya dan pemegang pintu pop-out. Lampu belakang dan lampu depan membuat perbandingan dengan reka bentuk Jaguar, manakala spoiler aktif  menambah sentuhan sporty. Berukuran 4919mm panjang, 1889mm lebar dan 1483mm tinggi, EZ-6 lebih besar sedikit daripada pendahulunya.

Ia mempunyai roda aero 19-inci, mempunyai bumbung kaca panoramik yang besar dan pintu frameless yang meningkatkan daya tarikan premiumnya. Laporan mencadangkan ia berkongsi platformnya dengan Changan Shenlan SL03 tetapi menawarkan reka bentuk dalaman yang lebih mewah. Walaupun menyimpang daripada tawaran global Mazda, kabin ini mempunyai estetika yang menarik dan diserlahkan oleh konsol tengah “floating.”

Spesifikasi awal mendedahkan bahawa Mazda EZ-6 mempunyai persediaan pacuan roda belakang untuk model elektrik, mencapai pengagihan berat 50:50 yang sempurna dan menggunakan suspensi multi-link di belakang. Pek bateri, walaupun tidak dinyatakan, menawarkan jarak 600km yang mengagumkan (China Light-Duty Vehicle Test Cycle – CLTC). Sementara itu, varian hibrid plug-in boleh meliputi 1,000km dengan gabungan petrol dan rangkaian kuasa elektrik.

Dijadualkan untuk mula dijual di China berikutan penampilan sulungnya di Pameran Motor Beijing, sedan hibrid bersaiz sederhana elektrik/plug-masuk ini tidak dijangka dieksport ke pasaran lain.

Toyota Yaris G Limited menetapkan standard baharu dalam pasaran hatchback segmen B bukan nasional, menawarkan prestasi, pengendalian dan gaya yang dipertingkatkan. Dengan hanya 600 unit tersedia, varian kendalian terhad ini direka untuk menarik perhatian dengan gabungan inovasi automotif dan eksklusivitinya.

Dengan harga yang kompetitif pada RM99,600.00 (Di jalan raya, tanpa insurans), Yaris G Limited didatangkan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun penuh, memberikan ketenangan fikiran kepada pemiliknya. Selain itu, bahagian prestasi dilindungi oleh jaminan 1 tahun/20,000km, seterusnya memastikan keyakinan dalam pengalaman pemanduan. Tersedia dalam pelbagai warna, termasuk pakej Sporty 2-Tone Exterior, Yaris G Limited memenuhi pilihan gaya hidup dan prestasi yang pelbagai.

Direka bentuk untuk cemerlang di jalan-jalan bandar dan percutian hujung minggu, Yaris G Limited menampilkan sistem suspension yang disesuaikan dengan prestasi yang meningkatkan keupayaan dan tindak balas selekoh, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih sporty. Casis tangkas, digabungkan dengan cengkaman tayar yang lebih baik dan stereng yang tepat, menawarkan pengendalian dan kawalan yang tepat, membolehkan pemandu berasa terhubung sepenuhnya dengan jalan raya.

Dilengkapi dengan pelbagai peningkatan prestasi, termasuk pengawal pendikit dan pengambilan udara sejuk, Yaris G Limited memastikan pecutan pantas dan pengalaman pemanduan yang menggembirakan. Diinspirasikan oleh sejarah Toyota yang kaya dalam sukan permotoran, varian ini dengan bangganya memaparkan lambang ‘LIMITED’, melambangkan status eksklusif.

Dengan gabungan prestasi, gaya dan eksklusifnya, Toyota Yaris G Limited bersedia untuk memikat peminat dan meningkatkan pengalaman pemanduan dalam pasaran hatchback segmen B.

BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW iX3 Edisi Akhir Baharu, kini dengan kemasan tambahan M Performance yang melengkapkan pakej M Sport, sekaligus meningkatkan lagi penampilan atletik Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) elektrik penuh premium tersebut.

BMW iX3 Edisi Akhir Baharu dibina berdasarkan versi ‘Impressive’ dan kini menampilkan kemasan baharu M Performance sebagai standard, yang terdiri daripada penutup cermin karbon M Performance, kemasan ambang pintu gentian karbon M Performance, spoiler belakang M Performance, serta naik taraf seumur hidup untuk suspensi M Adaptive.

Diperbuat daripada gentian karbon, penutup cermin karbon M Performance menekankan generasi berteknologi tinggi SAV ini dan menambahkan sentuhan atletik pada reka bentuk dinamiknya. Kemasan ambang pintu gentian karbon M Performance juga kini dilengkapi dengan sisipan karbon dan meningkatkan penampilan gaya sporty di samping logo berwarna M Performance yang menyerlah. Reka bentuk spoiler belakang M Performance yang hitam berkilat memberikan penampilan agresif pada SAV ini yang pastinya menarik perhatian ramai. Selain itu, suspensi Adaptive M yang baharu dengan ciri naik taraf seumur hidup, membolehkan pemandu memilih antara tetapan standard yang selesa atau beralih kepada mod Sport untuk pengendalian yang lebih sporty. 

BMW iX3 Edisi Akhir Baharu akan terus menampilkan pelbagai kemasan standard yang sofistikated seperti bumbung kaca yang panoramik, penyaman udara automatik dengan kawalan tiga zon, tempat duduk sukan elektrik untuk pemandu dan penumpang hadapan, tayar aerodinamik M bersaiz 20 inci dengan 890 M Bicolour, Pembantu Pemandu Profesional, Pembantu Parkir Kereta Plus, lampu laser BMW, sistem bunyi sekeliling Harman Kardon, paparan hadapan BMW dan kaca akustik.

Merupakan produk teknologi BMW eDrive generasi kelima, tayar belakang BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini masih dikuasakan oleh motor elektrik yang sangat efisien dengan menjana sehingga 286hp dan tork puncak 400Nm. Hasilnya, pecutan pegun boleh dilakukan dalam masa 6.8 saat sahaja. Bateri voltan tinggi yang ringan juga menawarkan kapasiti kasar 80 kWj yang membolehkan julat sehingga 461km (WLTP) dalam satu cas penuh, di samping merekodkan penggunaan tenaga serendah 18.5 kWj setiap 100 km perjalanan.

BMW iX3 Edisi Akhir Baharu boleh didapati dalam enam warna luaran, iaitu M Carbon Black Metallic, Cashmere Silver, Sophisto Grey, Mineral White, Phytonic Blue dan Piemont Red. Upholsteri dalaman boleh didapati sama ada dalam Leather Vernasca Mocha dengan jahitan Décor atau Leather Vernasca Black dengan jahitan kontras biru.

Dengan pelan pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,036.00 (berdasarkan pelan Easy Drive 5 tahun dengan perbatuan 100,000 km pada 80 peratus jumlah pinjaman).

Selain itu, pelanggan juga boleh memanfaatkan rebat tunai RM6,000.00, eksklusif untuk pendaftaran di bawah pilihan pembiayaan Easy Drive sahaja. *Amaun adalah berdasarkan RRP selepas rebat tunai RM6,000.00. 

Dengan pelan pembiayaan Straight Line daripada BMW Group Financial Services Malaysia pula, BMW iX3 Edisi Akhir Baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,531.00 (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman untuk tempoh 7 tahun).

Pemilik BMW iX3 Edisi Akhir Baharu akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh termasuk:

  • Waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual percuma
  • Jaminan bateri selama 8 tahun oleh BMW / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini adalah RM299,800 (di atas jalan, tanpa insurans), dengan pilihan tambahan untuk BMW Service & Repair Inclusive pada RM19,800.00.

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube