Piston.my

Dalam Negara

Hyundai Motor Malaysia terus mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan dengan memeterai kerjasama strategik bersama Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON). Melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama bagi memperluas rangkaian bilik pameran Hyundai di seluruh Malaysia.

Sebagai fasa awal pelaksanaan, dua pengedar Hyundai baharu dirancang untuk dibuka di Lembah Klang dan Pulau Pinang, dengan operasi dijadualkan bermula pada separuh pertama tahun 2026. Pemilihan kedua-dua lokasi ini dibuat berdasarkan kepadatan penduduk yang tinggi serta peningkatan minat pengguna terhadap kenderaan hibrid dan teknologi mesra alam.

Penubuhan pengedar baharu ini bertujuan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan akses kepada barisan kenderaan Hyundai, selain menyediakan perkhidmatan jualan dan sokongan selepas jualan yang lebih menyeluruh. Hyundai percaya langkah ini akan meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan serta menjadikan pengalaman pemilikan kenderaan lebih lancar dan diyakini.

(more…)

Lepas mencuri tumpuan dengan pelancaran Proton e.MAS 5 dan Proton Saga  serba baharu, Proton menutup November dengan jualan kukuh sebanyak 13,451 unit (domestik dan eksport). Prestasi  ini menaikkan jumlah jualan November kepada 143,322 unit, iaitu 3.6% lebih tinggi berbanding pada 2024, sekali gus meletakkan Proton di landasan selesa untuk menamatkan tahun dengan pertumbuhan positif sekiranya tiada halangan besar. 

Pencapaian ini juga berbeza dengan prestasi keseluruhan industri, yang dijangka susut 0.9% berbanding tahun lalu.  Berdasarkan anggaran semasa, Proton dijangka meraih 18.4% pegangan pasaran bagi November, manakala  pegangan pasaran tahun-ke-tahun berada pada 19.7%. Ini terus mengekalkan Proton sebagai jenama kedua paling  dipilih dalam pasaran automotif Malaysia yang semakin kompetitif. 

Model ice kekal kuat, e.MAS 7 terus menjadi EV pilihan 

Proton Saga terus jadi model utama pada November dengan 6,931 unit terjual, menjadikan jumlah tahunannya 66,038  unit. Walaupun dalam fasa peralihan ke Saga serba baharu, penghantaran masih stabil sementara kilang baharu di  Tanjong Malim meningkatkan kapasiti untuk memenuhi permintaan tinggi. Dengan tempahan yang sudah melepasi  30,000 unit dan terus bertambah, Saga dijangka menduduki carta lebih tinggi dalam pasaran tahun 2026. 

(more…)

Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM), bersedia untuk  mencipta pengalaman serba baharu kepada peminat yang mendekati jenama Kia di seluruh Malaysia. Kia bersedia menangani sebarang  persoalan yang timbul dengan menjawab soalan yang mungkin bermain dalam fikiran orang ramai, ‘ Kenapa Pilih Kia?’

“Di peringkat global, Kia ialah pengeluar automotif ke-9 terbesar di dunia. Fokus kami ialah bergerak ke hadapan pada kadar yang mapan untuk jangka panjang. Matlamat kami bukan sekadar menjadi jenama terpantas berkembang, tetapi jenama yang memberi perhatian kepada pelanggan, pengedar dan industri automotif Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Hyung Ho Kim. 

Malaysia Memainkan Peranan Penting Dalam Pertumbuhan Rantau APAC 

 Berkongsi wawasan Kia bagi Malaysia, Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Emily Lek, berkata, “Ini merupakan masa yang penting bagi kami memulakan langkah kembali ke pasaran Malaysia sebagai entiti tersendiri.  Jenama ini tidak lagi diwakili oleh pengedar,  tetapi diterajui oleh syarikat induk yang mengawal sepenuhnya suara, nilai dan wawasan kami. Dengan sistem yang kukuh dan rancangan yang jelas, kami bersedia untuk mengembalikan pengalaman jenama Kia yang sebenar.” 

Malaysia menempatkan ibu pejabat Kia Asia Pacific, yang berperanan sebagai  pusat pemikiran strategik bagi rantau Asia. Kia APAC memantau enam anak syarikat yang termasuk Kia Sales Malaysia (KSM) dan  unit pengeluarannya, Kia Malaysia.

Kia APAC menguruskan operasi di 33 pasaran termasuk negara-negara ASEAN, Australia dan New Zealand. Di rantau APAC, Kia menguasai 3.4% bahagian pasaran, hasil jualan lebih 165,000  unit pada 2024. Disokong oleh lebih 100 orang kakitangan, ibu pejabat Kia APAC  telah mewujudkan peluang pekerjaan sambil memanfaatkan bakat tempatan.

(more…)

Stellantis Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan Leapmotor B10 serba baharu, sebuah SUV elektrik BEV yang dinanti-nantikan dan dijangka menjadi penanda aras baharu dalam inovasi mampu milik serta mobiliti lestari untuk rakyat Malaysia. Meneruskan momentum kejayaan pengenalan Leapmotor C10 tahun lalu, pengembangan strategik ke pasaran ini disokong secara global oleh Leapmotor International. Ia merupakan usaha sama 51:49 di antara Stellantis dan Leapmotor yang memberi fokus kepada pembangunan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) berteknologi tinggi dan berkos rendah untuk pasaran antarabangsa yang penting.

SUV elektrik B10 segmen-C serba baharu ini ialah model global ketiga Leapmotor selepas T03 kompak dan SUV segmen-D C10. Ia menjadi komponen penting dalam pelan strategik Leapmotor untuk meluaskan kehadirannya ke lebih 20 negara dan rantau menjelang akhir tahun 2025. Pengembangan ini didorong oleh kejayaan model NEV Leapmotor baru-baru ini, termasuklah pengeluaran kenderaan yang ke-sejuta unit pada September 2025. Selain mencapai rekod jualan tertinggi sebanyak 70,327 unit untuk pasaran domestik dan eksport pada November 2025.

Hadir dengan reka bentuk dan teknologi pintar terkini jenama itu, Leapmotor B10 serba baharu menggunakan seni bina LEAP3.5 yang canggih. Ia merupakan sebuah platform bateri-casis bersepadu yang direka untuk menawarkan pemanduan terbaik dalam kelasnya yang selesa, dinamik dan efisien. B10 benar-benar menghayati falsafah LEAP, yang kini ditakrifkan semula sebagai janji kepada pengguna melalui teknologi yang meningkatkan gaya hidup, prestasi cekap, harga mampu milik dan mementingkan aspek keselamatan.

(more…)

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tegas kepada pemilik kenderaan mengenai pembayaran saman yang tertunggak, menekankan bahawa pengabaian boleh membawa kesan serius termasuk disenaraihitamkan serta kehilangan subsidi bahan api.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengesan hampir 5 juta saman tertunggak dengan jumlah keseluruhan mencecah RM1.48 bilion, manakala pihak polis melaporkan saman lama bernilai RM6.6 bilion yang masih belum dijelaskan. Kegagalan membayar saman ini bukan sahaja menjejaskan kelayakan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu, tetapi turut memberi kesan kepada subsidi petrol Budi95, yang mengaitkan kelayakan dengan lesen memandu yang sah.

Sejak November lalu, kerajaan telah menawarkan diskaun antara 50% hingga 70% bagi menggalakkan pembayaran. Namun, tempoh ini akan berakhir pada 31 Disember 2025, dan mulai 1 Januari 2026, sistem baharu akan dikuatkuasakan dengan penalti yang lebih tinggi bagi pembayaran lewat.

(more…)

Sempena ulang tahun ketiga, BYD Sime Motors selaku pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama EV nombor satu negara. Lebih 25,000 kenderaan BYD kini digunakan di seluruh negara, melambangkan bukan sahaja kehadiran kenderaan elektrik tetapi juga lebih 25,000 keluarga Malaysia yang aktif menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara.

Secara kolektif, pemilik BYD berjaya mengurangkan lebih 62,000 tan karbon dioksida setiap tahun. Jumlah ini bersamaan dengan penanaman hampir 2.5 juta pokok dan cukup untuk meliputi keseluruhan pesisir pantai Malaysia lebih enam kali. Pencapaian ini menekankan impak positif BYD terhadap alam sekitar dan komitmen syarikat terhadap kelestarian.

BYD Sime Motors terus mengukuhkan kedudukannya dengan menawarkan rangkaian kenderaan elektrik penuh terbesar di Malaysia, dengan 7 model telah diperkenalkan setakat ini. Antara yang paling menyerlah ialah BYD ATTO 3 yang muncul sebagai peneraju jualan dalam segmen Elektrik SUV C yang cukup kompetitif.

Tahun 2025 pula menyaksikan barisan produk BYD terus berkembang dengan kehadiran dua model baharu iaitu BYD ATTO 2 dan BYD SEAL 6, di samping versi BYD SEAL yang tampil dengan wajah baharu. Daripada model peringkat permulaan hingga ke segmen premium, daripada sedan ke SUV lalu MPV, BYD terus memenuhi keperluan pemandu Malaysia dengan pilihan EV yang menggabungkan teknologi terkini, tahap keselamatan tinggi serta harga yang berpatutan.

(more…)

Sejak diperkenalkan di Jepun pada era 1990-an, Nissan Serena telah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara MPV bersaiz sederhana paling berpengaruh di pasaran. Model ini terkenal dengan ruang dalaman yang praktikal, fleksibiliti tempat duduk dan kebolehpercayaannya, menjadikannya pilihan utama dalam kalangan keluarga Malaysia. Komitmennya terhadap keselesaan, kecekapan dan utiliti menjadikan Serena sebuah model yang konsisten berada dalam senarai MPV terlaris di negara ini.

Perjalanan Serena di Malaysia memasuki fasa baharu pada tahun 2013 dengan kemunculan C26 Serena S-Hybrid. Model ini memperkenalkan teknologi penjimatan bahan api yang lebih moden, disertai kabin serba bijak yang memenuhi keperluan keluarga harian. Ia kemudian disusuli oleh generasi C27 Serena S-Hybrid, yang membawa penambahbaikan dalam aspek keselamatan, teknologi bantuan pemandu dan ciri mesra pengguna, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai MPV keluarga yang menyeluruh.

Kini, ketibaan C28 Serena generasi keenam membuka lembaran baharu dalam evolusi model ini. Serena e-POWER Serba Baharu bukan sekadar naik taraf, tetapi satu perubahan falsafah. Ia menggunakan sistem pacuan elektrik sepenuhnya, menyasarkan tahap penghalusan, kelancaran dan prestasi yang jarang ditemui dalam segmen MPV tradisional. Pendekatan ini jelas menunjukkan aspirasi Nissan untuk melangkaui jangkaan dan mentakrifkan semula apa yang sepatutnya ditawarkan oleh sebuah MPV moden.

(more…)

Proton mengambil satu lagi langkah penting dalam strateginya menuju elektrifikasi apabila memperkenalkan buat pertama kali model hibrid plug-in pertamanya, e.MAS 7 PHEV, sempena Pameran Teknologi Proton di Shah Alam. Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, pratonton ini menandakan kesediaan Proton untuk memasuki pasaran PHEV, sekali gus menambah dimensi baharu kepada barisan produk tenaga baharu jenama itu.

Model e.MAS 7 PHEV merupakan adaptasi pasaran Malaysia bagi Geely Starray EM-i, model yang kini dijual di China. Ia berkongsi banyak komponen dengan versi elektrik sepenuhnya, e.MAS 7. Unit pra-pengeluaran yang dipamerkan menampilkan logo harimau Proton yang besar pada bahagian hadapan dan panel kaca sisi.

Dari segi janakuasa, Proton menggunakan enjin 1.5 liter milik Geely yang telah diolah khusus untuk aplikasi hibrid. Enjin tersebut beroperasi menggunakan kitaran Atkinson, direka bentuk dengan komponen lebih ringkas serta dilengkapi sistem EGR khas bagi meningkatkan kecekapan bahan api. Menariknya, enjin tidak berhenti mengecas bateri melainkan diperlukan, memastikan operasi yang lebih bersih dan menjimatkan.

(more…)

Proton melancarkan acara Proton Technology Showcase di fasiliti Centre  of Excellence (COE), mempamerkan gabungan teknologi EV dan ICE terkini. Pameran ini turut disertakan dengan barisan  penuh model-model terbaharu Proton serta siri pembentangan dan perbincangan mengenai trend dan teknologi  automotif masa kini dan masa hadapan. 

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, bersama-sama Timbalan Ketua  Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Abdul Rashid Musa. 

Terokai inovasi Proton dan ikuti perkembangan penting industri automotif 

Proton Tech Showcase membuka peluang kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih mendalam teknologi yang  membangunkan model-model terbaharu Proton. Pameran ini menghimpunkan pencapaian kejuruteraan paling penting  syarikat di bawah satu bumbung, sekali gus memberi akses eksklusif untuk melihat dengan lebih dekat inovasi terkini  dalam elektrifikasi, pembangunan rangkaian kuasa dan kesambungan pintar. Antara tarikan utama yang dipamerkan ialah  platform GMA, bateri Short Blade serta enjin dan transmisi PHEV terbaharu Proton.

ACO Tech turut menampilkan  pameran kesambungan pintar yang merangkumi teknologi AR dan AI. Barisan model terkini Proton seperti Proton X50,  Proton e.MAS 5 dan Proton Saga serba baharu juga akan dipamerkan, bersama sebuah model yang akan membuat  penampilan pertama kepada umum sebelum pelancarannya pada awal 2026. 

(more…)

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya yang ke-25, Honda Malaysia telah menganjurkan kempen untuk menghadiahkan sebuah Honda City Hatchback RS serta sebuah Honda WR-V RS.

Dan para pemenang telah diumumkan hari ini (4 Disember 2025) dan kereta-kereta tersebut diserahkan di satu majlis penghargaan.

Pemenang bertuah Honda City Hatchback RS, iaitu Encik Chin Boon Hao, telah menyertai kempen tersebut selepas membeli sebuah Honda Civic serba baharu.

Pemenang Honda WR-V RS baharu pula ialah Cik Avis Ou Xiao Qian dari Sarawak, dan beliau mengambil bahagian dalam peraduan ini selepas membeli Honda CR-V baharu.

Honda City Hatchback RS serta WR-V RS adalah antara enam hadiah utama yang ditawarkan bersempena dengan cabutan bertuah kempen “Kerana Anda” ulang tahun ke-25 Honda Malaysia.

Hadiah utama yang lain ialah Honda City RS, Civic RS, HR-V Baharu, Honda CR-V e:HEV RS, serta rebat Honda Insurance Plus.

Mekanisme peraduan ini melibatkan pengumpulan mata sama ada dengan memandu uji Honda baharu atau mendaftarkan mana-mana model Honda baharu. Lebih banyak penyertaan dikumpul, lebih tinggi peluang untuk memenangi model Honda.

Dua pemenang akan diumumkan setiap bulan di laman Facebook rasmi Honda Malaysia dan melalui rangkaian pengedarnya.

Honda Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai usaha sama di antara Honda Motor Company Ltd (Jepun), Oriental Holdings Berhad dan DRB Hicom.

Pada tahun 2003, pemasangan tempatan bermula di kilang syarikat di Pegoh, Melaka, dengan Honda CRV generasi kedua menjadi model Honda yang pertama dipasang di Malaysia.

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube