Piston.my

Dalam Negara

MG Motor Malaysia bakal mencuri perhatian dengan pelancaran dua edisi khas terbaharu di Roadshow ‘Dare to Love MG’ yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya (Aras LG, West Court) dari 29 Oktober hingga 2 November 2025. Acara ini menandakan kemunculan rasmi MG5 X Edition dan MG4 101 Edition, dua model yang direka untuk memberikan gaya dan nilai tambahan kepada pemandu di Malaysia.

MG5 X Edition, berharga RM96,388, menaik taraf sedan segmen-B yang luas dan popular ini dengan pakej aksesori bergaya. Ia menampilkan kemasan gloss black pada bampar hadapan, belakang dan sisi, spoiler but, scuff plate X Edition, serta MG dashcam dengan kad SD 64GB. Semua aksesori ini dilindungi waranti selama satu tahun untuk ketenangan fikiran tambahan. Edisi eksklusif ini hanya ditawarkan kepada 300 pemilik pertama sahaja.

Bagi meraikan ulang tahun ke-101 MG, jenama ini turut memperkenalkan MG4 101 Edition, versi istimewa daripada hatchback elektrik pemenang anugerah MG4. Edisi ini menampilkan reka bentuk bumbung Union Jack yang ikonik serta pelekat “One of one” sebagai tanda peringatan khas. Ia ditawarkan secara eksklusif untuk varian MG4 Lux Extended dalam warna Dynamic Red dan Holborn Blue, dengan reka dalaman dua tona yang elegan.

(more…)

Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, dan Perdana Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Qiang, hari ini melawat ruang pameran Proton yang menampilkan dua model terbaharu, Proton Saga serba baharu dan Proton e.MAS 5, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  

Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Yang Berhormat Senator Tengku Datuk  Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Luar Negeri, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan,  Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu, serta Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar.  

Majlis ini menandakan detik bersejarah dalam hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Republik Rakyat China,  yang melambangkan komitmen bersama kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama dalam pembangunan  industri, inovasi teknologi dan kemajuan masa depan.

Kehadiran kedua-dua pemimpin tertinggi ini turut menegaskan  kepentingan sektor automotif sebagai bidang kerjasama utama dalam menyokong agenda transformasi negara serta  penglibatan berterusan China dalam pembangunan industri Malaysia.

(more…)

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi kenderaan GAC di Malaysia, telah melancarkan GAC M8 PHEV, sebuah MPV mewah berteknologi plug-in hybrid (PHEV) yang menggabungkan keselesaan premium dengan prestasi moden.

Model ini ditawarkan dalam dua varian — Premium pada harga RM328,800 dan Luxury pada RM388,800, kedua-duanya harga atas jalan tanpa insurans untuk pasaran Semenanjung Malaysia. Sebagai tawaran pelancaran, pelanggan yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2025 akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan pengecas mudah alih bernilai RM3,800.

Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter yang digabungkan dengan sistem hibrid pintar, M8 PHEV menghasilkan 372 PS dan 630 Nm tork. Ia turut dilengkapi dengan bateri 25.57 kWh serta tangki bahan api 56 liter, memberikan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,038 kilometer. Pemandu boleh memilih antara tiga mod pemanduan — Hybrid, Electric First dan Power Save — mengikut keperluan dan situasi pemanduan.

Untuk pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan stabil, MPV ini dipasang dengan Adaptive Vehicle Dynamics Control serta Electromagnetic Damping Suspension, yang membantu mengekalkan keselesaan walaupun di permukaan jalan tidak rata.

(more…)

SAIC Motor Malaysia hari ini mengumumkan semakan harga bagi model MGS5 EV sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh pengguna di Malaysia. Langkah ini mencerminkan keyakinan jenama terhadap potensi pasaran EV tempatan serta komitmennya dalam menawarkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi dan bernilai hebat yang memenuhi keperluan pemandu masa kini.

Harga baharu MGS5 EV kini bermula daripada RM107,900 bagi varian COM, RM117,900 bagi COM Long Range dan RM127,900 bagi LUX Long Range, berkuat kuasa serta-merta. Kedua-dua varian COM dan LUX dikuasakan oleh motor elektrik dengan output 170PS dan tork 250Nm menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang yang merupakan satu-satunya dalam segmennya pada masa ini.

Varian COM menawarkan dua pilihan bateri berkapasiti 49kWh dan 62kWh dengan jarak pemanduan sehingga 340km dan 430km mengikut standard WLTP. Varian LUX pula dilengkapi bateri 62kWh sebagai standard. Semua varian menyokong pengecasan AC 7kW manakala varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW yang membolehkan pengecasan dari 10 peratus ke 80 peratus hanya dalam 26 minit.

(more…)

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), pengedar rasmi Proton e.MAS, dengan bangganya mengumumkan peluasan rangkaian pengedarannya di seluruh negara kepada lebih daripada 50 cawangan, menjadikan Proton e.MAS sebagai rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia.

Menjelang akhir Oktober 2025, sebanyak 45 pusat pengedaran Proton e.MAS dijangka beroperasi sepenuhnya, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman pemilikan EV yang lancar dan mudah, daripada jualan dan pandu uji hinggalah ke kemudahan pengecasan serta sokongan selepas jualan yang terbaik.

Pengembangan Rangkaian MAS ini mencerminkan komitmen Proton e.MAS untuk membangunkan ekosistem EV yang kukuh dan inklusif, memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati mobiliti elektrik tanpa mengira di mana mereka berada.

(more…)

Kementerian Pengangkutan kini mempergiatkan usaha meningkatkan keselamatan jalan raya dengan mengeluarkan sebanyak 4,295 notis kepada pemilik kenderaan berat bagi mengesahkan pemasangan Peranti Had Laju (Speed Limiter Device, SLD). Langkah ini merupakan sebahagian daripada kempen berterusan kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemanduan laju oleh kenderaan komersial dan berat.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, proses pengesahan ini penting bagi memastikan semua kenderaan yang terlibat mematuhi keperluan keselamatan yang telah ditetapkan. Pemilik kenderaan yang menerima notis dikehendaki mengesahkan pemasangan SLD dan hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 14 hari untuk pemeriksaan serta kelulusan. Mereka yang mematuhi tempoh masa ini tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau denda.

Anthony Loke menjelaskan bahawa usaha penguatkuasaan yang dijalankan setakat ini telah menunjukkan hasil positif apabila semakin ramai pengusaha kenderaan berat mematuhi arahan pemasangan peranti tersebut. Pengawasan berterusan oleh kerajaan juga dilihat berjaya meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pengendali industri pengangkutan komersial.

(more…)

Proton terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran SUV di Malaysia apabila Proton X50 baharu mencatat jualan sebanyak 2,994 unit pada bulan September, menjadikannya model SUV paling laris bulan tersebut — walaupun berdepan cuti panjang. Keputusan ini membuktikan bahawa X50 masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam segmen SUV kompak.

Bagi memastikan pelanggan, khususnya di Malaysia Timur, menerima perkhidmatan yang lebih pantas dan efisien, Proton kini memperkukuh kemudahan Pusat Komponen Wilayah (Regional Parts Centre, RPC) di Kota Kinabalu, Sabah. Pusat ini memainkan peranan penting dalam mempercepat penghantaran alat ganti ke pengedar dan pusat servis Proton di seluruh Sabah dan Sarawak.

Dengan peningkatan ini, alat ganti penting kini boleh sampai dalam tempoh satu hari, manakala penghantaran biasa mengambil masa hanya dua hari. Langkah ini membantu mempercepatkan proses pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan pelanggan.

(more…)

BHPetrol hari ini merasmikan stesen BHPetrol Bandar Tun Razak dengan imej baharu yang dinaik taraf.

Stesen ini, yang asalnya beroperasi di bawah jenama BP sejak 1996, telah bertukar kepada BHPetrol pada tahun 2006 dan kini terus beroperasi di bawah jenama tempatan, BHPetrol.

Stesen ini menawarkan bekalan bahan api berkualiti tinggi yang stabil, termasuk BHPetrol Infiniti Petrol 95, 97, Diesel B10, dan Diesel B7, kepada pemandu di kawasan Kuala Lumpur. Ia juga memastikan pengguna dapat menikmati harga petrol bersubsidi melalui mekanisme seperti program BUDI95.

Selain bahan api, stesen ini direka sebagai pusat kemudahan harian yang strategik untuk pengguna, dilengkapi dengan:

• Kedai serbaneka BHPetromart
• Ruangan solat
• Kenangan Coffee
• Bilik tandas yang besar dan bersih

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ismadi bin Sakirin (Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL) dan Ir. Azizul Azily Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol).

Ir. Azizul Azily Ahmad menekankan bahawa peranan stesen minyak bukan hanya sebagai penyalur bahan api, tetapi juga sebagai pusat kemudahan harian. Beliau turut berharap kerjasama strategik dengan DBKL dan PDRM akan berterusan untuk memberi impak positif kepada perniagaan dan pengguna secara keseluruhan.

Adakah anda tahu bahawa anda boleh dikenakan denda oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika anda tidak berpakaian sesuai semasa memandu?

Ini boleh berlaku jika anda adalah pemandu kenderaan e-hailing atau kenderaan komersial.

Baru-baru ini, seorang pemandu e-hailing dari Langkawi, Kedah telah berkongsi pengalamannya dengan pegawai JPJ apabila beliau dikenakan denda kerana memakai baju-T leher bulat dan bukannya baju berkolar.

Dalam hantaran di Facebook, pemandu tersebut berkongsi pengalamannya yang mengejutkan itu di mana beliau merungut tentang interaksi beliau dengan pegawai penguat kuasa JPJ.

“Ini kali pertama saya dikenakan saman oleh JPJ dalam 30 tahun memandu,” katanya post Facebook yang kini telah dipadam.

Source: JPJ Facebook

“Walaupun ini adalah kesalahan pertama saya dengan JPJ, tiada amaran, tiada kompromi, saya hanya disuruh menandatangani saman,” katanya lagi dalam hantaran tersebut.

Beliau didenda kerana memakai baju-T tanpa kolar.

Denda tersebut dikeluarkan di bawah akta K15(b) PSV (LCDCP) 1959 T yang membolehkan pemandu dikenakan denda kerana tidak berpakaian sesuai.

Sekiranya didapati bersalah, pesalah boleh dikenakan denda antara RM150 hingga RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.

Pemandu e-hailing itu meluahkan rasa kecewanya tetapi turut menyatakan rasa hormatnya terhadap pegawai JPJ kerana bertindak tegas dalam menegakkan undang-undang.

Sekiranya anda tidak tahu, pemandu kenderaan komersial termasuk kenderaan e-hailing dan teksi perlu berpakaian sesuai pada setiap masa. Pakaian seragam ini lazimnya termasuk baju-T berkolar, seluar panjang dan kasut yang sesuai.

Selepas kemunculan pratonton di Malaysia Autoshow 2025, smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 Serba Baharu kini dibuka.

Model terbaharu dalam barisan kenderaan elektrik premium ini menandakan satu lagi langkah penting buat smart Malaysia dalam memperkukuh kehadirannya di rantau ini, dengan rekaan yang lasak, prestasi unggul dan praktikaliti yang sesuai untuk gaya hidup seharian.

Bertemakan ‘Contemporary Adventurer’, smart #5 direka khas untuk pemanduan bandar yang mahukan lebih daripada sebuah kenderaan elektrik, ruang yang luas, jarak pemanduan yang besardan lebih bergaya.

Dengan rekaan berbentuk kotak yang tegapdan tersendiri, smart #5 tampil menonjol sebagai sebuah SUV berkeupayaan tinggi, dibangunkan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik serta fleksibiliti yang sesuai dengan gaya hidup moden.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube