Piston.my

BM

  • Mini Malaysia baru sahaja melancarkan Mini Cooper S 2018 dengan varian 3 Pintu dan 5 Pintu.

  • Mereka juga telah melancarkan Mini John Cooper Works dengan 231hp dan 320Nm tork maksimum.

  • Harga generasi terbaharu Mini bermula dari RM226,888 hingga RM RM283,888.

Mini Malaysia baru sahaja melancarkan tiga model terbaharu mereka iaitu Mini Cooper S 3 Pintu dan Mini Cooper S 5 Pintu. Model ketiga yang merupakan model Mini yang paling menarik merupakan Mini John Cooper Works yang menawarkan rekabentuk yang lebih moden, ganas dan tampan. (more…)

  • Honda Malaysia sudah sedia untuk menerima tempahan bagi model terbaharu mereka iaitu Honda HR-V 2018.

  • Model kompak SUV terlaris ini juga mempunyai varian baharu iaitu Honda HR-V RS.

  • Kad ganjaran Petronas bernilai RM1,000 akan diberi kepada pemilik Honda HR-V baru yang mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 31 Oktober 2018.

Honda Malaysia telah mengumumkan tempahan untuk Honda HR-V 2018 untuk pasaran Malaysia sudahpun bermula hari ini (12 Julai 2018) di semua pengedar rasmi di tanah air. Mereka juga telah melancarkan varian terbaharu bagi model HR-V iaitu Honda HR-V RS 2018. (more…)

  • Naza Kia Malaysia (NKM) telah melancarkan kereta sedan sport terbaharu mereka iaitu Kia Stinger GT 2018.

  • Terdapat dua varian berbeza dengan enjin 2.0-liter GT-Line dan 3.3-liter V6 GT dengan 251hp dan 365hp.

  • Harga asas jualan dengan GST 0% bagi Kia Stinger GT di Malaysia adalah dari RM239,888 hingga RM309,888 (harga atas jalan tanpa insurans).

 

Naza Kia Malaysia (NKM) dengan bangganya telah melancarkan model terhebat mereka iaitu Kia Stinger GT 2018. Kenderaan sedan jenis sport ini yang telah dipratontonkan kepada rakyat Malaysia pada November tahun lepas baru sahaja disiarkan di laman Facebook Kia Malaysia minggu lepas dengan spesifikasi menakjubkan seperti 365hp, 510Nm kuasa tork dan kotak transmisi 8-kelajuan. (more…)

  • Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah memperkenalkan Porsche Cayenne 2018 dan juga Porsche Cayenne S 2018.

  • Generasi Cayenne terbaru mempunyai rekabentuk dan prestasi yang lebih mantap berasaskan model sport mereka iaitu 911.

  • Harga asas bersama GST 0% adalah RM745,000 untuk model Cayenne dan RM890,000 bagi model Cayenne S.

Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru sahaja melancarkan Porsche Cayenne generasi ketiga yang dilengkapi dengan kemajuan lengkap. Gaya ‘sporty’ dan keselesaan telah ditingkatkan lagi dengan gandingan prestasi hebat Porsche dan juga unsure praktikal bagi kegunaan seharian. (more…)

  • Michelin telah melancarkan tayar Michelin Primacy 4 terbaharu di Pattaya, Thailand Jumaat lepas.

  • Michelin Primacy 4 mampu memberi prestasi cengkaman optimum sepanjang hayat sehingga haus.

  • Ini mampu dilakukan dengan Teknologi EverGrip™ dan Teknologi Silent Rib generasi kedua dari Michelin.

Syarikat pengeluar tayar terkemuka Michelin telah melancarkan produk tayar kereta terbaharu mereka iaitu Michelin Primacy 4. Tayar generasi baharu dalam rangkaian Primacy mereka mampu merevolusikan pasaran tayar tempatan dengan aspek keselamatan ketika baru dan juga apabila telah haus. (more…)

  • UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baru sahaja melancarkan musim kedua Vios Challenge.

  • Musim kedua bagi kategori Promotional akan melihat selibriti-selebriti tanah air terkemuka mengambil bahagian dalam perlumbaan.

  • Mereka adalah Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee, Syukri Yahaya, Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baharu sahaja mengumumkan musim kedua bagi siri perlumbaan Toyota Vios Challenge. Program ini adalah salah satu aktiviti menarik bagi mempromosi platform “All About the Drive” yang kini telah diberi nafas dan semangat baru. (more…)

  • Grantt Lubricants telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Grantt Stellar 8000 SAE 0W-20.

  • Minyak pelincir Stellar 8000 telah diformulasi dengan teknologi Knock Guard™.

  • Ia mampu memberi perlindungan maksimum untuk enjin jenis GDI dan TGDI dari fenomena LSPI (Low Speed Pre-Ignition) atau ‘knocking’.

UMW Grantt International Sdn Bhd baru sahaja melancarkan siri produk minyak pelincir terbaharu iaitu Grantt Stellar 8000 SAE 0W-20 API SN Plus jenis sintetik. Minyak pelincir baharu ini telah diformulasikan dengan teknologi Knock Guard™ untuk perlindungan maksimum dari LSPI (Low-Speed Pre-Ignition) ataupun lebih dikenali dengan ‘knocking’. (more…)

  • Rekod baru di Pikes Peak International Hill Climb 2018 telah dicatat oleh kereta elektrik Volkswagen.

  • Volkswagen I.D. R Pikes Peak mampu menjana 670hp dengan hanya berat 1,099kg.

  • Gabungan dengan pemandu Perancis Romain Dumas berjaya menjadi kereta lumba pertama untuk mencatat masa dibawah 8 minit.

Pikes Peak International Hill Climb 2018 baru sahaja selesai berlangsung di Colorado Springs, Amerika Syarikat. Perlumbaan ikonik yang lebih dikenali dengan ‘Race to the Clouds’ sejauh 20km dan setinggi 4,302 meter berakhir dengan keputusan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi dari Volkswagen. (more…)

  • Sempena musim perayaan, BMW Group Malaysia telah melancarkan Program BMW Safety 360°.

  • Sebahagian dari program ini ialah siri video Hebahan Khidmat Awam berjudul “Safety Starts with You”.

  • Video-video ini menekankan gaya pemanduan yang berhemah dan selamat sewaktu di jalan raya.

BMW Group Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah siri video Hebahan Khidmat Awam (PSA) yang berjudul “Safety Starts with You”. Siri filem arahan Mallory Lee iaitu salah seorang finalis BMW Shorties merupakan sebahagian dari Program BMW Safety 360° untuk memupuk sifat berhati-hati di jalan raya. (more…)

  • Pihak Weststar Maxus akan menyediakan khidmat kecemasan bagi semua pemilik kenderaan Maxus sewaktu musim perayaan ini.

  • Dari 14 hingga 19 Jun 2018, beberapa cawangan Maxus diseluruh negara akan beroperasi untuk memberi khidmat servis, alat ganti dan tunda.

  • Nama petugas dan nombor telefon bagi kawasan Tengah, Selatan, Utara dan Pantai Timur terdapat dibawah.

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Weststar Maxus iaitu pengedar tunggal kenderaan Maxus di Malaysia akan menyediakan khidmat kecemasan bagi semua pemilik Maxus. Bermula dari 14 hingga 19 Jun 2018, beberapa pejabat cawangan Maxus di sekitar negara akan beroperasi bagi perkhidmatan ini. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube