WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi kenderaan GAC di Malaysia, telah melancarkan model terbaharu GAC EMKOO yang digelar sebagai “Future Styled SUV”. SUV ini ditawarkan dalam dua varian – Premium dan Premium Pro – masing-masing berharga RM123,800 dan RM133,800.
Tawaran Pelancaran Awal
Bagi meraikan pelancaran ini, WTCA menawarkan Exclusive Early Bird Promo khas untuk 500 pelanggan pertama. Setiap pembeli akan menerima rebate tunai RM4,000 serta pakej aksesori bernilai RM10,000 merangkumi:
-
Kamera DVR 2-saluran dengan kad memori 64GB
-
Plat pemijak kaki berjenama EMKOO
-
Dulang but kereta
-
Pedal sport
Selain itu, varian Premium hadir dengan filem penapis haba Vkool Solar Tint dan penutup but elektrik, manakala varian Premium Pro mendapat filem penapis keselamatan Vkool Security Tint yang lebih canggih.








