Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan bangganya mengumumkan festival jenama eksklusif, “Drive Your Ambition,” acara pengalaman 4×4 yang unik, yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Januari 2025 di ParkCity Eastwood, Miri dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Acara dua hari ini bukan sahaja mempamerkan keupayaan Mitsubishi Triton serba baharu tetapi juga menyediakan aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Butiran Acara
1. Pandu Uji Berhalangan Triton Serba Baharu
Rasai kehebatan Mitsubishi Triton serba baharu yang diilhamkan daripada sukan permotoran dengan menavigasi pelbagai halangan mencabar:
- Side traverse
- Water wading
- Hill climb
- Gravel pit
- Mud pit
- Articulation crawler











