PRO-NET telah menerima anugerah yang berprestij iaitu ‘Best Oversea Pioneer Partner’ oleh smart Automobile, usaha sama antara Mercedes-Benz dan Geely Holding di Forum Global smart yang diadakan di Beijing. Penghargaan ini mengiktiraf prestasi PRO-NET dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).
Selepas penilaian menyeluruh dari 22 buah negara, PRO-NET tersenarai antara 3 syarikat teratas dalam anugerah ini. smart Global memperakui kebolehan PRO-NET sebagai syarikat yang mempunyai kualiti pembinaan rangkaian yang luar biasa, pegangan pasaran EV yang mengagumkan dan pemasaran yang inovatif. Pencapaian ini antara faktor yang menyumbang kepada penyelesaian mobiliti lestari.