BMW Malaysia mengumumkan beberapa penambahbaikan baharu untuk rangkaian BMW 3 Series, merangkumi elemen reka bentuk yang diperbaharui, ciri digital yang lebih canggih dan peningkatan dalam peralatan dinamik. Penambahbaikan baharu untuk BMW 3 Series ini mengekalkan ciri sporty ikonik sedan bersaiz sederhana, sambil menawarkan peningkatan inovasi untuk memberikan kepelbagaian buat pasaran Malaysia pada tahun 2025.
Rangkaian BMW 3 Series baharu kini menampilkan ruang dalaman yang diperbaharui, termasuk stereng M Sport baharu dengan tanda jam 12 di bahagian Tengah, yang kini merupakan standard untuk menonjolkan ciri sporty sedan ini. Ventilasi udara bergeometri baharu turut memberikan kemasan yang lebih moden kepada BMW 3 Series baharu. Butiran yang lebih halus pada panel instrumen atas dan penutup panel pintu atas kini menghiasi bahagian dalaman kabin, dan hiasan permukaan berbentuk geometri baharu juga ditawarkan sebagai standard di bahagian dalam BMW 330 Li. Keselesaan pemanduan BMW 3 Series baharu juga dipertingkatkan menerusi penyesuaian suspensi yang ditambah baik untuk kawalan yang lebih lancar semasa di jalan raya dan permukaan tidak rata.



