Piston.my

Berita Terkini

Chery telah memperkenalkan model baharu Exeed Yaoguang C-DM Global Edition di China, sebuah SUV premium yang tampil dengan rekaan berani serta sistem hibrid yang lebih canggih.

Model ini hadir dalam tiga varian, dengan harga bermula dari 139,900 yuan (sekitar RM90,800) sehingga 189,900 yuan (lebih kurang RM123,300). Label “Global Edition” jelas menunjukkan perancangan Chery untuk memasarkan SUV ini di pasaran antarabangsa melalui jenama mewah Exeed.

Dari segi penampilan, Yaoguang mengekalkan identiti lampu hadapan LED merentangi keseluruhan gril, kini dipadankan dengan jalur menegak yang memberi gaya lebih tajam. Pilihan warna badan dua tona turut ditawarkan, manakala bahagian belakang diserlahkan dengan lampu belakang rekaan jalur penuh, kemasan hitam dan paip ekzos berkembar untuk sentuhan sporty. Dimensi kenderaan ini kekal dengan panjang 4,781 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,671 mm dan jarak roda 2,815 mm.

(more…)

Volvo EC40, SUV crossover pertama Volvo yang ditawarkan hanya sebagai model elektrik, kini boleh didapati dalam varian single motor untuk tahun model 2026. Harga jualan disyorkan (RRP) ditetapkan pada RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding RRP varian twin motor sedia ada.

Varian single motor ini datang dengan spesifikasi Ultra paling tinggi. Ia menggunakan motor elektrik magnet kekal generasi kedua yang dibangunkan sendiri oleh Volvo, dipasang di gandar belakang. Motor ini menghasilkan 238hp dan mampu memecut EC40 dari pegun ke 100 km/j dalam 7.3 saat.

Bateri yang digunakan ialah pek voltan tinggi 70 kWh, membolehkan jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP). Dengan pengecasan pantas DC, bateri boleh dicas dari 10% ke 80% dalam 26 minit3 sahaja.

Warna baharu Sand Dune ditawarkan buat kali pertama pada EC40, menampilkan tona metalik hangat dengan kesan berkilau di bawah cahaya matahari – diinspirasikan daripada bukit pasir di pesisir barat Sweden. Warna ini mula diperkenalkan pada EX90 model tahun 2025, dan kini menjadi pilihan bersama Aurora Silver, Onyx Black dan Crystal White.

(more…)

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat Proton, hari ini melancarkan Hab Pengecasan DC pertamanya di Proton Tanjung Malim. Terletak di bangunan pentadbiran, hab ini dilengkapi dengan dua pengecas DC dan empat petak pengecasan, dengan jumlah kuasa output stesen sebanyak 120kW yang membolehkan empat EV dicas sekaligus.

Berbeza dengan kemudahan terdahulu yang dikendalikan penyedia pihak ketiga, ini merupakan infrastruktur pengecasan pertama Proton yang diuruskan sepenuhnya oleh PRO-NET. Langkah ini membuktikan keupayaan Proton untuk mengendalikan rangkaian pengecasannya sendiri, tanpa bergantung kepada pengendali titik pengecasan (CPO) sedia ada, sekali gus memastikan kawalan lebih baik terhadap aspek kemampuan, kebolehcapaian dan pengalaman pengguna.

Hab pengecasan ini dibuka kepada semua pemilik EV tanpa mengira jenama, selepas mendapat kelulusan Lesen ST EVCS. Dengan langkah inklusif ini, PRO-NET menggalakkan lebih ramai rakyat beralih kepada kenderaan elektrik sambil memperkukuh pembangunan rangkaian pengecasan di seluruh Malaysia.

(more…)

Jenama mewah milik Geely, Zeekr, baru sahaja melancarkan model terbaharunya yang paling besar dan berkuasa setakat ini, iaitu Zeekr 9X. SUV plug-in hibrid bersaiz penuh ini diperkenalkan secara rasmi di China pada 29 September, dan sambutannya sangat luar biasa apabila menerima lebih 42,000 tempahan dalam masa satu jam sahaja selepas pra-jualan dibuka.

Menariknya, Zeekr 9X merupakan model plug-in hibrid pertama keluaran syarikat itu, menandakan langkah baharu mereka yang kini melangkaui kereta elektrik sepenuhnya. Dari segi saiz, SUV ini lebih besar berbanding Mercedes-Benz GLS dengan ukuran 5.2 meter panjang dan lebih 2 meter lebar. Reka bentuk luaran tampil garang dengan lampu utama LED berbentuk C, gril besar, rim bersaiz 22 inci, serta lampu belakang unik berbentuk bulat.

Bahagian dalamannya direka sebagai enam tempat duduk dengan konfigurasi 2+2+2. Ia dilengkapi dengan dua skrin 16 inci, paparan kepala 47 inci untuk pemandu, serta skrin 17 inci khusus bagi penumpang baris kedua. Varian tertentu turut menawarkan kemewahan tambahan seperti kerusi urut, kerusi baris kedua berputar, meja lipat, tirai privasi, dan pembantu maya berasaskan AI yang dinamakan Eva.

(more…)

Majalah automotif Jepun, Best Car, melaporkan bahawa Toyota dan Mazda mungkin akan bekerjasama untuk membangunkan generasi seterusnya bagi model ikonik Mazda MX-5 dan Toyota GR86. Jika kerjasama ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi langkah besar dalam rancangan Toyota untuk terus mengekalkan kelangsungan model kereta sport mampu milik yang diminati ramai.

Hubungan antara Toyota dan Mazda bukanlah perkara baharu. Kedua-dua jenama ini telah menjalinkan kerjasama sejak tahun 2015, dan hubungan itu diperkukuhkan lagi pada 2017. Mereka pernah bekerjasama dalam projek kenderaan elektrik serta perisian, dan kini tumpuan beralih kepada segmen kereta sport.

Menurut laporan tersebut, jurutera Mazda kini sudah berada di Toyota City bagi mengusahakan projek ini. Toyota dilaporkan menyediakan dana untuk menaik taraf platform ringan MX-5 agar ia boleh digunakan bersama bagi kedua-dua model. Dari segi pengeluaran, kilang Mazda di Hiroshima dijangka menjadi pusat produksi dengan kos pembangunan ditanggung oleh Toyota.

(more…)

Chery Malaysia sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan dua model SUV plug-in hibrid (PHEV) terbaharu, iaitu TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV. Kedua-dua model ini bakal dilengkapi dengan teknologi terkini Chery Super Hybrid (CSH) yang menekankan aspek penjimatan bahan api, prestasi serta ciri keselamatan.

Pelancaran ini turut seiring dengan usaha kerajaan Malaysia dalam menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam melalui dasar NIMP 2030, NAP dan NETR.

Dari segi kuasa, kedua-dua SUV ini dipadankan dengan enjin 1.5 liter turbo petrol yang digabungkan bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT) serta dua motor elektrik. Ia disokong oleh bateri 18.3 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 90 km menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, manakala jarak keseluruhan (gabungan enjin dan bateri) boleh mencapai kira-kira 1,200 km.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube