Piston.my

Berita Terkini

Chery Malaysia sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan dua model SUV plug-in hibrid (PHEV) terbaharu, iaitu TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV. Kedua-dua model ini bakal dilengkapi dengan teknologi terkini Chery Super Hybrid (CSH) yang menekankan aspek penjimatan bahan api, prestasi serta ciri keselamatan.

Pelancaran ini turut seiring dengan usaha kerajaan Malaysia dalam menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam melalui dasar NIMP 2030, NAP dan NETR.

Dari segi kuasa, kedua-dua SUV ini dipadankan dengan enjin 1.5 liter turbo petrol yang digabungkan bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT) serta dua motor elektrik. Ia disokong oleh bateri 18.3 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 90 km menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, manakala jarak keseluruhan (gabungan enjin dan bateri) boleh mencapai kira-kira 1,200 km.

(more…)

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) memperkasakan amalan hijau melalui program manfaat baharu, iaitu Allianz Electric Vehicle (EV) EcoMiles, yang memberikan ganjaran tunai sebenar kepada pemandu Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) yang mencatatkan jarak permanduan rendah.

Pemegang polisi yang menginsuranskan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) mereka di bawah polisi Allianz Private Car Comprehensive untuk kegunaan peribadi boleh menikmati ganjaran tunai sehingga 15% daripada premium insurans mereka dengan mengaktifkan faedah Allianz EV EcoMiles melalui aplikasi MyAllianz tanpa sebarang kos tambahan, menjadikan tabiat pemanduan mesra alam mereka sebagai ganjaran tunai yang nyata.

“Dengan Allianz EV EcoMiles, kami menyokong inisiatif hijau pelanggan kami dan memberi ganjaran atas pilihan lestari mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang. “Memandu BEV merupakan satu langkah ke arah pengurangan pelepasan karbon. Kini, sama ada anda bekerja dari jauh atau hanya memandu hujung minggu, Allianz EV EcoMiles memberikan ganjaran tambahan kepada anda.”

(more…)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan siasatan terhadap kemungkinan salah laku dalam industri tayar, melibatkan isu manipulasi harga hingga kepada kemasukan tayar yang tidak selamat digunakan di jalan raya tempatan.

Menurut laporan Berita Harian, siasatan memberi tumpuan kepada kemasukan sehingga 300 kontena tayar setiap tahun. Sebahagian daripada tayar ini dipercayai tidak sesuai dengan keadaan jalan raya di Malaysia, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan awam.

Lebih membimbangkan, siasatan turut mengaitkan kerugian hasil kerajaan dianggarkan mencecah RM70 juta setahun. Jumlah ini berpunca daripada pengelakan cukai import, termasuk duti sebanyak 40% ke atas tayar dari negara bukan Asean Free Trade Area (AFTA) serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 10%. Pihak berkuasa percaya kira-kira 100,000 tayar kenderaan berat yang diimport setiap tahun berjaya mengelak daripada membayar cukai tersebut.

(more…)

Porsche Malaysia, yang dikendalikan oleh Sime Darby Auto Performance, telah melancarkan secara rasmi model terbaharu Porsche 911 GT3 di Litar Antarabangsa Sepang.

Model prestasi tinggi ini dikuasakan oleh enjin 4.0 liter flat-six yang menghasilkan 510PS dan 450Nm tork. Ia turut menerima kemas kini teknikal termasuk aci sesondol lebih tajam, sistem penyejukan baharu serta injap pendikit yang dipertingkat. Walaupun berdepan peraturan emisi yang lebih ketat, 911 GT3 masih mengekalkan rev tinggi serta bunyi enjin ikonik Porsche.

Bagi transmisi, pilihan 7-kelajuan PDK membolehkan kereta ini memecut dari 0–100km/j dalam 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 311km/j. Versi 6-kelajuan manual pula mencatat 3.9 saat untuk pecutan 0–100km/j, namun menawarkan kelajuan tertinggi sedikit lebih tinggi pada 313km/j.

Dari segi aerodinamik, ia dipertingkat dengan diffuser hadapan baharu, bukaan udara lebih besar, serta rekaan semula sayap belakang dan diffuser. Sistem suspensi pula diadaptasi daripada GT3 RS, termasuk gandar hadapan double-wishbone dan sistem anti-dive untuk kestabilan membrek lebih baik.

GT3 hadir dengan rim 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang, dengan pilihan tayar trek. Berat keseluruhan dikurangkan kepada 1,420kg melalui penggunaan rim aluminium, bateri ringan, serta pilihan rim magnesium.

Dua varian ditawarkan kepada pelanggan Malaysia:

  • 911 GT3 – dilengkapi sayap belakang tetap.

  • 911 GT3 Touring – tampil lebih ringkas dengan spoiler halus, kemasan dalaman kulit serta pilihan tempat duduk belakang.

Kedua-duanya boleh dipadankan dengan pakej khas termasuk pakej trek atau pakej ringan. Menariknya, pakej Clubsport yang merangkumi roll cage dan tali pinggang keselamatan perlumbaan diberikan secara percuma untuk varian GT3 standard.

Bahagian kabin mengekalkan konfigurasi sporty dua tempat duduk dengan pilihan kerusi bucket ringan. Turut ditawarkan skrin mod Trek eksklusif GT3, suis penghidup enjin berbentuk tombol, serta pelbagai opsyen khusus untuk kegunaan di litar.

Melengkapkan pelancaran ini, Porsche Design turut memperkenalkan jam tangan eksklusif untuk pemilik 911 GT3. Dibuat daripada titanium, rekaan jam ini diinspirasikan terus daripada perincian model tersebut.

Di Malaysia, Porsche 911 GT3 dan 911 GT3 Touring kini boleh didapati dengan harga bermula daripada RM2.29 juta.

China mengesahkan bahawa mulai 1 Januari 2026, negara itu akan melaksanakan kawalan eksport terhadap kereta penumpang elektrik sepenuhnya (EV). Langkah ini diambil bagi menertibkan pasaran EV domestik yang semakin bersaing hebat, sambil menangani kritikan serta tindakan tarif dari luar negara.

Pengumuman ini dibuat secara bersama oleh Kementerian Perdagangan, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, pentadbiran kastam dan pengawal selia pasaran. Menurut kenyataan rasmi, langkah tersebut bertujuan memastikan “perkembangan sihat” dalam perdagangan kenderaan tenaga baharu.

Di bawah sistem baharu ini, semua eksport EV perlu mendapatkan lesen khas mengikut peraturan yang pertama kali diperkenalkan pada 2012. Selain itu, setiap kenderaan akan melalui pemeriksaan kastam sebelum dibenarkan keluar dari China.

(more…)

Nissan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran SUV China melalui kerjasama terbaharu dengan Dongfeng Motor Group. Kedua-dua syarikat ini bakal menubuhkan sebuah entiti baharu dengan pelaburan sekitar RM676 juta, khusus untuk membangunkan serta menjual SUV off-road.

Berdasarkan butiran yang didedahkan, Dongfeng Motor akan memegang pegangan terbesar sebanyak 40%, manakala Dongfeng Nissan – usaha sama sedia ada antara kedua-dua syarikat dengan perkongsian 50:50 – akan memiliki kira-kira 10%.

Dua lagi syarikat berpangkalan di Xiangyang, wilayah Hubei turut menyertai projek ini. Perjanjian kerjasama ini ditetapkan untuk tempoh 20 tahun, namun nama rasmi syarikat baharu serta tarikh pelancaran model pertama masih belum diumumkan.

Sumbangan Dongfeng Nissan dijangka lebih tertumpu kepada aset berbanding tunai. Ini termasuk acuan, barisan pengeluaran, peralatan industri, sistem pembangunan serta sumber tidak ketara lain. Malah, terdapat kemungkinan Dongfeng Nissan akan terlibat secara langsung dalam pengeluaran kenderaan sebaik sahaja operasi dimulakan.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube