Piston.my

Berita Terkini

Lotus Cars Malaysia telah mengemas kini rangkaian model elektrik sepenuhnya, Eletre, sekali gus memberikan penawaran yang lebih jelas serta pilihan prestasi yang lebih luas. Harga permulaan kini ditetapkan pada RM499,000, menandakan fasa baharu buat Lotus dalam meneroka pasaran kenderaan elektrik (EV) premium.

Selaras dengan strategi penamaan global terbaharu, model-model tersebut kini dikenali sebagai Eletre 600 dan Eletre 900, merujuk terus kepada kuasa yang ditawarkan. Pendekatan ini memudahkan pelanggan memahami tahap prestasi setiap varian, sama seperti kaedah penamaan pada model baharu Lotus Emeya.

Pelanggan turut boleh memilih pakej yang menekankan aspek pemanduan sporty atau lebih berorientasikan keselesaan dan kemewahan, mengikut cita rasa masing-masing. Dengan cara ini, proses pemilihan menjadi lebih ringkas tetapi masih mengekalkan tahap penyesuaian yang tinggi.

(more…)

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan penjelasan lanjut berhubung polisi Own Damage Knock-For-Knock (ODKFK), iaitu satu sistem yang diwujudkan untuk memudahkan proses tuntutan bagi pemandu yang terlibat dalam kemalangan tetapi bukan pihak yang bersalah.

Melalui dasar ini, pemilik kenderaan yang mempunyai insurans motor komprehensif boleh membuat tuntutan terus daripada syarikat insurans mereka sendiri tanpa menjejaskan No-Claim Discount (NCD). Dengan cara ini, kenderaan boleh dibaiki segera tanpa perlu menanggung kos pendahuluan atau menunggu lama sehingga syarikat insurans pihak ketiga menyelesaikan tuntutan. Untuk memulakan proses tuntutan, pemandu hanya perlu mengemukakan laporan polis serta dokumen sokongan yang diperlukan kepada syarikat insurans mereka.

Walau bagaimanapun, BNM menjelaskan terdapat pengecualian tertentu. Sekiranya kemalangan melibatkan kenderaan pengangkutan awam seperti bas atau teksi, atau kemalangan yang mengakibatkan kecederaan, tuntutan mestilah dibuat terhadap syarikat insurans pihak yang bersalah dan tidak boleh menggunakan polisi ODKFK.

(more…)

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan mendadak jumlah kenderaan di lebuh raya sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, dengan anggaran sehingga 2.2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaiannya pada 31 Ogos dan 1 September ini.

Bagi menghadapi situasi tersebut, PLUS menasihatkan para pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan pemanduan lebih selesa. Sehubungan itu, syarikat pengendali lebuh raya tersebut telah menambah baik fungsi MyPLUS-TTA dalam aplikasi mudah alih PLUS, sekali gus membantu pengguna membuat perancangan perjalanan dengan lebih mudah walaupun di luar musim perayaan utama.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuk fungsi menyimpan laluan kerap digunakan di bawah bahagian ‘Favourite Routes’, membolehkan akses lebih pantas ketika waktu puncak. Selain itu, aplikasi tersebut kini memaparkan makluman trafik secara langsung di halaman keputusan carian, memberikan kemas kini segera kepada pemandu mengenai aliran dan keadaan trafik. Menu pilihan laluan juga telah ditambah baik dengan format senarai jatuh bawah yang lebih mesra pengguna berbanding kaedah tatal sebelum ini.

(more…)

Geely baru sahaja memperkenalkan model terbaharunya di bawah sub-jenama Galaxy, iaitu Galaxy Starshine 6. Sedan ini diposisikan sedikit di bawah Galaxy A7 dan disasarkan kepada pembeli yang mahukan kereta hibrid bergaya moden untuk 81,800 hingga 117,800 yuan (sekitar RM53,000 to RM77,000).

Starshine 6 direka berasaskan falsafah “Galaxy Ripple” dengan menampilkan gril poligon besar yang dihiasi jalur krom menegak, lampu utama tajam serta bampar bawah bergaya sporty. Bahagian belakang pula dilengkapi jalur lampu LED merentangi but, spoiler bumbung kecil serta bampar dwitona. Pelanggan boleh memilih rim bersaiz 16- atau 17-inci, dengan pilihan tambahan bumbung suria. Menariknya, Geely masih mengekalkan pemegang pintu konvensional, tidak seperti banyak model EV baharu yang menggunakan pemegang jenis rata.

Model ini berukuran 4,806 mm panjang, 1,886 mm lebar dan 1,490 mm tinggi dengan jarak roda 2,756 mm. Secara keseluruhan, saiznya lebih besar sedikit berbanding sebuah Honda Civic. Berat kereta pula bergantung pada varian, iaitu antara 1,505 kg hingga 1,580 kg.

(more…)

Syarikat kejuruteraan British, RML Group, akhirnya mendedahkan jentera yang dinanti-nantikan – GT Hypercar, sebuah kereta yang menggabungkan teknologi perlumbaan dengan keselesaan pemanduan harian. Dibangunkan berasaskan Porsche 911 Turbo S, model ini telah direka semula sepenuhnya dengan penggunaan badan gentian karbon, casis bertaraf perlumbaan, serta enjin khas hasil kerjasama dengan Litchfield Motors.

GT Hypercar ini hadir dengan tiga mod pemanduan berbeza:

  • Wet – 600hp, direka untuk pemanduan lebih selamat dalam keadaan jalan licin.

  • Normal – 750hp, sesuai digunakan seharian.

  • Sport/Sport+ – 920hp dengan 955Nm tork, memberikan prestasi maksimum.

Dengan konfigurasi ini, ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 2.4 saat, mencapai kelajuan tertinggi 330 km/j, serta mencatat masa hanya 6 minit 45 saat di Litar Nürburgring.

(more…)

Rolls-Royce sekali lagi mengangkat taraf kemewahan automotif apabila memperkenalkan koleksi edisi khas bagi model coupé elektrikya, Spectre. Dinamakan “Inspired by Primavera” – yang bermaksud musim bunga dalam bahasa Itali – koleksi ini diraikan sebagai simbol keindahan dan pembaharuan musim tersebut melalui rekaan yang amat terperinci serta penuh seni.

Tiga Rekaan Eksklusif

Koleksi ini ditawarkan dalam tiga interpretasi unik iaitu Evanescent, Reverie dan Blossom. Setiap versi menonjolkan sisi berbeza musim bunga, daripada keindahan bunga yang mekar hingga warna-warna lembut yang melambangkan suasana segar. Proses tempahan dibuka sehingga awal tahun hadapan, manakala penghantaran pertama dijadualkan bermula pada musim bunga tahun 2026.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube