PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan mendadak jumlah kenderaan di lebuh raya sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, dengan anggaran sehingga 2.2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaiannya pada 31 Ogos dan 1 September ini.
Bagi menghadapi situasi tersebut, PLUS menasihatkan para pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan pemanduan lebih selesa. Sehubungan itu, syarikat pengendali lebuh raya tersebut telah menambah baik fungsi MyPLUS-TTA dalam aplikasi mudah alih PLUS, sekali gus membantu pengguna membuat perancangan perjalanan dengan lebih mudah walaupun di luar musim perayaan utama.
Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuk fungsi menyimpan laluan kerap digunakan di bawah bahagian ‘Favourite Routes’, membolehkan akses lebih pantas ketika waktu puncak. Selain itu, aplikasi tersebut kini memaparkan makluman trafik secara langsung di halaman keputusan carian, memberikan kemas kini segera kepada pemandu mengenai aliran dan keadaan trafik. Menu pilihan laluan juga telah ditambah baik dengan format senarai jatuh bawah yang lebih mesra pengguna berbanding kaedah tatal sebelum ini.
Geely baru sahaja memperkenalkan model terbaharunya di bawah sub-jenama Galaxy, iaitu Galaxy Starshine 6. Sedan ini diposisikan sedikit di bawah Galaxy A7 dan disasarkan kepada pembeli yang mahukan kereta hibrid bergaya moden untuk 81,800 hingga 117,800 yuan (sekitar RM53,000 to RM77,000).
Starshine 6 direka berasaskan falsafah “Galaxy Ripple” dengan menampilkan gril poligon besar yang dihiasi jalur krom menegak, lampu utama tajam serta bampar bawah bergaya sporty. Bahagian belakang pula dilengkapi jalur lampu LED merentangi but, spoiler bumbung kecil serta bampar dwitona. Pelanggan boleh memilih rim bersaiz 16- atau 17-inci, dengan pilihan tambahan bumbung suria. Menariknya, Geely masih mengekalkan pemegang pintu konvensional, tidak seperti banyak model EV baharu yang menggunakan pemegang jenis rata.
Model ini berukuran 4,806 mm panjang, 1,886 mm lebar dan 1,490 mm tinggi dengan jarak roda 2,756 mm. Secara keseluruhan, saiznya lebih besar sedikit berbanding sebuah Honda Civic. Berat kereta pula bergantung pada varian, iaitu antara 1,505 kg hingga 1,580 kg.
Syarikat kejuruteraan British, RML Group, akhirnya mendedahkan jentera yang dinanti-nantikan – GT Hypercar, sebuah kereta yang menggabungkan teknologi perlumbaan dengan keselesaan pemanduan harian. Dibangunkan berasaskan Porsche 911 Turbo S, model ini telah direka semula sepenuhnya dengan penggunaan badan gentian karbon, casis bertaraf perlumbaan, serta enjin khas hasil kerjasama dengan Litchfield Motors.
GT Hypercar ini hadir dengan tiga mod pemanduan berbeza:
Wet – 600hp, direka untuk pemanduan lebih selamat dalam keadaan jalan licin.
Normal – 750hp, sesuai digunakan seharian.
Sport/Sport+ – 920hp dengan 955Nm tork, memberikan prestasi maksimum.
Dengan konfigurasi ini, ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 2.4 saat, mencapai kelajuan tertinggi 330 km/j, serta mencatat masa hanya 6 minit 45 saat di Litar Nürburgring.
Rolls-Royce sekali lagi mengangkat taraf kemewahan automotif apabila memperkenalkan koleksi edisi khas bagi model coupé elektrikya, Spectre. Dinamakan “Inspired by Primavera” – yang bermaksud musim bunga dalam bahasa Itali – koleksi ini diraikan sebagai simbol keindahan dan pembaharuan musim tersebut melalui rekaan yang amat terperinci serta penuh seni.
Tiga Rekaan Eksklusif
Koleksi ini ditawarkan dalam tiga interpretasi unik iaitu Evanescent, Reverie dan Blossom. Setiap versi menonjolkan sisi berbeza musim bunga, daripada keindahan bunga yang mekar hingga warna-warna lembut yang melambangkan suasana segar. Proses tempahan dibuka sehingga awal tahun hadapan, manakala penghantaran pertama dijadualkan bermula pada musim bunga tahun 2026.
Smart Malaysia telah mendedahkan model SUV elektrik terbaharu mereka, smart #5, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi di pasaran tempatan. Diletakkan lebih tinggi berbanding model #1 dan #3, SUV baharu ini menawarkan ruang lebih luas, prestasi lebih mantap serta kemampuan jarak pemanduan lebih jauh, sekali gus menjadikannya pesaing utama dalam segmen EV premium.
Model ini akan ditawarkan dalam tiga varian: Pro, Premium dan BRABUS.
Varian Pro
Sebagai varian asas, smart #5 Pro hadir dengan bateri 76 kWh yang dipadankan dengan motor tunggal pacuan belakang berkuasa 335hp dan tork 373Nm. Pecutan 0–100 km/j dicapai dalam 6.9 saat, dengan kelajuan maksimum 200 km/j. Jarak pemanduan pula dianggarkan 465 km (WLTP). Antara kelengkapan termasuk tempat duduk PU leather, pintu but berkuasa, sistem audio 9 pembesar suara, pencahayaan ambien 256 warna serta ruang but 630 liter (boleh ditingkatkan sehingga 1,530 liter).
Premium
Varian Premium
Versi Premium dipertingkatkan dengan bateri 100 kWh, membolehkan jarak pemanduan sehingga 590 km. Motor tunggalnya menghasilkan kuasa 358hp dan tork 373Nm, dengan pecutan 0–100 km/j dalam 6.5 saat. Ruang dalaman pula lebih mewah dengan balutan kulit Nappa, sistem audio 20 pembesar suara Sennheiser dengan Dolby Atmos, serta paparan head-up dengan realiti terimbuh (AR). Ciri tambahan lain termasuk pemegang pintu tersembunyi berlampu, pengecas wayarles berkembar, serta pengecasan AC lebih pantas pada kadar 22 kW.
Varian BRABUS
Bagi mereka yang mengutamakan prestasi, edisi BRABUS menawarkan konfigurasi pacuan semua roda dengan dua motor elektrik, menjana 636hp dan 710Nm tork. Hasilnya, ia mampu memecut 0–100 km/j hanya dalam 3.8 saat, dengan kelajuan maksimum 210 km/j. Varian ini turut hadir dengan suspensi sport, rim aloi 21 inci, angkup brek merah serta bunyi enjin simulasi. Menariknya, ia menyokong sistem pengecasan 800V, membolehkan cas 10–80% disiapkan dalam hanya 15 minit menggunakan pengecas DC 400 kW.
Teknologi & Keselamatan
Smart #5 dilengkapi 26 sensor termasuk kamera, radar dan unit ultrasonik yang dipacu cip Nvidia OrinX. Ini menyokong sistem bantuan pemandu L2+, termasuk Smart Pilot Assist, Auto Lane Change Assist serta parkir automatik. Dari segi keselamatan, model ini dibangunkan untuk mencapai piawaian penarafan 5 bintang NCAP Eropah dan China, dengan penggunaan 82% keluli berketahanan tinggi serta kekakuan torsi 42,300 Nm/deg, melebihi standard segmennya.
Rekaan & Ruang Dalaman
Dengan jarak roda panjang 2,900 mm, kabin menawarkan ruang luas serta fleksibiliti. Tempat duduk belakang boleh direbahkan sepenuhnya, menjadikan kabin sesuai untuk mod rehat atau tidur. Ruang simpanan mencecah sehingga 1,530 liter, ditambah dengan ruang hadapan (frunk) berkapasiti 72 liter. Suasana premium ditingkatkan dengan penggunaan kemasan kayu asli, cermin kalis bunyi laminasi, bumbung kaca panorama dengan penutup berkuasa serta kulit Nappa.
Pasaran Malaysia
Apabila dilancarkan, smart #5 bakal bersaing dengan SUV elektrik premium seperti Tesla Model Y, BYD Sealion 7, Zeekr 7X dan Xpeng G6. Bagi varian BRABUS pula, sasaran pembeli adalah mereka yang mempertimbangkan model berprestasi seperti BMW iX3 dan MINI Countryman SE.
Dengan tiga varian yang ditawarkan — daripada praktikal hingga berprestasi tinggi — smart #5 dijangka menjadi antara SUV EV premium paling serba boleh yang akan memasuki pasaran Malaysia.
BYD dari China terus melakar sejarah baharu apabila berjaya mengeksport kumpulan pertama kereta elektrik (EV) Dolphin yang dipasang di Thailand ke pasaran Eropah. Lebih 900 unit kini sedang dihantar ke Jerman, Belgium dan United Kingdom, sekali gus menandakan langkah penting dalam strategi pengembangan global syarikat tersebut.
Dihasilkan di Thailand, Menuju ke Eropah Kenderaan ini dipasang di kilang baharu BYD di Rayong, Thailand, yang mula beroperasi pada Julai 2024. Kilang tersebut merupakan fasiliti pemilikan penuh pertama BYD untuk kenderaan penumpang di luar China, dengan kapasiti pengeluaran sehingga 150,000 unit setahun. Menjelang Julai 2025, kilang ini telah pun mengeluarkan sebanyak 90,000 unit, sekali gus membuktikan peranannya sebagai hab global yang penting.
Kilang Rayong beroperasi menggunakan sistem CKD (Completely Knocked Down), iaitu kenderaan dihantar dalam bentuk komponen sebelum dipasang di lokasi. Kaedah ini membantu mengurangkan kos import dan dalam masa sama menyokong industri tempatan.