Volvo Car Malaysia mengumumkan ketibaan dua model yang dinanti-nantikan oleh peminat SUV (kenderaan utiliti sukan) flagship tujuh tempat duduk Volvo.
Volvo EX90 telah disahkan bakal memasuki pasaran Malaysia, bersama Volvo XC90 facelift yang diumumkan tahun lalu. Kedua-dua model ini akan tersedia untuk pembelian tempatan dalam masa yang terdekat, dengan tarikh pelancaran bakal diumumkan melalui laman web rasmi Volvo Car Malaysia.
Volvo EX90 serba elektrik pertama kali diumumkan pada tahun 2022 dan direka untuk menjadi Volvo paling selamat yang pernah dihasilkan. Ia dilengkapi dengan teknologi keselamatan aktif di dalam dan di luar kenderaana. Sebagai model Volvo yang tercanggih setakat ini, Volvo EX90 bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan kemalangan, tetapi juga untuk mengelakkannya sama sekali.
Model ini menjadi perintis dalam banyak aspek, termasuk sebagai Volvo pertama yang dilengkapi dengan teknologi lidar, model pertama yang dibina menggunakan Superset core computing tech stack Volvo Cars, serta model pertama yang disiapkan dengan perkakasan untuk pemanduan autonomi sepenuhnya di masa hadapan.