Piston.my

Berita Terkini

Selepas kemunculan pratonton di Malaysia Autoshow 2025, smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 Serba Baharu kini dibuka.

Model terbaharu dalam barisan kenderaan elektrik premium ini menandakan satu lagi langkah penting buat smart Malaysia dalam memperkukuh kehadirannya di rantau ini, dengan rekaan yang lasak, prestasi unggul dan praktikaliti yang sesuai untuk gaya hidup seharian.

Bertemakan ‘Contemporary Adventurer’, smart #5 direka khas untuk pemanduan bandar yang mahukan lebih daripada sebuah kenderaan elektrik, ruang yang luas, jarak pemanduan yang besardan lebih bergaya.

Dengan rekaan berbentuk kotak yang tegapdan tersendiri, smart #5 tampil menonjol sebagai sebuah SUV berkeupayaan tinggi, dibangunkan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik serta fleksibiliti yang sesuai dengan gaya hidup moden.

(more…)

Selepas pelancaran rasmi refreshed XC60 dan EC40 variant single motor baru-baru ini, Volvo Car Malaysia kini mengumumkan kemas kini penuh untuk semua model tahun 2026.

XC60 Refreshed

XC60 refreshed yang diperkenalkan bulan lalu kini tampil dengan beberapa pembaharuan – termasuk rekaan gril depan baharu yang lebih sporty dan elegan, sistem suspensi udara serta teknologi terkini yang lebih intuitif.

Harga rasmi XC60 refreshed adalah seperti berikut:

  • XC60 T8 AWD plug-in hybrid – bermula dari RM362,888
  • XC60 B5 AWD mild hybrid – bermula dari RM328,888

XC60 T8 AWD PHEV mampu dipandu sehingga 89 km secara elektrik penuh (WLTP) – sesuai untuk perjalanan harian tanpa emisi, hantar anak ke sekolah atau urusan dalam bandar. Dengan lebih 450Nm tork, ia gabungkan prestasi dan kecekapan dalam satu pakej. Sementara itu, XC60 B5 mild hybrid pula menawarkan pemanduan lebih mudah tanpa perlu dicas.

(more…)

Proton baru-baru ini telah menganjurkan “Penang Proton One Tank Challenge” yang menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Seberang Perai  Tengah pada 11 Oktober. Sebagai salah satu rakan strategik penganjuran, syarikat berkenaan mengambil peluang ini untuk mengetengahkan model sedan Proton S70 dengan mencabar para pemiliknya menguji kecekapan penggunaan bahan api serta prestasi pemanduan sebenar kenderaan mereka di jalan raya.

Acara ini turut diadakan seminggu selepas Proton diumumkan sebagai salah satu penaja utama Penang Bridge International  Marathon (PBIM) 2025, di mana para peserta berpeluang memenangi sebuah Proton S70 baharu melalui cabutan bertuah. 

Bertemakan “Pandulah dengan Cekap. Hidup Secara Aktif. Raikan Malaysia”, acara One Tank Challenge ini sejajar  dengan objektif Hari Sukan Negara yang memupuk gaya hidup sihat dan aktif. Para peserta menempuh laluan  sejauh 110km yang merangkumi jalan di pulau, tanah besar serta kedua-dua jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, seramai 33 orang pemilik Proton S70 mengambil bahagian untuk menguji kemahiran pemanduan berhemah sambil menikmati pengalaman pemanduan yang mengujakan ditawarkan oleh kenderaan mereka.

(more…)

Hyundai Motor Malaysia secara rasmi telah memulakan penjualan Hyundai STARIA pemasangan tempatan (CKD), menandakan satu pencapaian penting dalam sejarah syarikat itu di Malaysia. MPV serba moden ini kini dipasang di kilang Inokom di Kulim, Kedah, menjadikannya model pertama Hyundai yang dihasilkan secara tempatan sejak penubuhan rasmi Hyundai Motor Malaysia awal tahun ini.

Presiden Hyundai Motor Malaysia, Eric Lee, berkata langkah ini mencerminkan keyakinan Hyundai terhadap Malaysia sebagai pasaran utama dan pangkalan pengeluaran yang strategik di rantau ini. Beliau menambah bahawa usaha ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang Hyundai untuk memperkukuh operasi, memperluas pasaran, serta menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif tempatan.

Dengan memulakan pemasangan tempatan, Hyundai bukan sahaja mengurangkan kebergantungan terhadap import, tetapi juga menyokong pembangunan industri automotif negara. Lee menegaskan bahawa Hyundai berhasrat untuk menjadi rakan strategik penting dalam pembangunan industri dan mobiliti Malaysia, bukan sekadar sebagai pengeluar kenderaan semata-mata.

(more…)

Dengan pelancaran subsidi petrol bersasar Budi95, ramai yang masih sukar untuk memahami cara ia berfungsi.

Walaupun kita semua boleh bersetuju bahawa program subsidi bersasar ini memberi manfaat kepada semua, namun cara penggunaannya tidaklah mudah yang di jangka.

Ini kerana setiap pam minyak adalah berbeza dan oleh itu, kaedah untuk menuntut 300 liter yang diperuntukkan setiap bulan tidak sama di stesen minyak yang berlainan.

Menyedari isu ini, BHPetrol telah melancarkan pelbagai kandungan media sosial yang direka untuk membantu pengguna memahami proses tersebut dengan lebih baik.

Kandungan tersebut termasuk “3 langkah mudah untuk menggunakan Budi95”, “Anda bertanya, kami menjawab,” “Cara menyemak baki Budi95 anda”, dan banyak lagi.

Kami telah berkongsi sebahagian daripada kandungan tersebut di bawah untuk rujukan anda, jadi jika anda mempunyai soalan mengenai Budi95, BHPetrol mempunyai jawapannya, lawati mana-mana platform media sosial BHPetrol untuk mengetahui lebih lanjut. (more…)

PRO-NET, anak syarikat Proton peneraju kepada pembangunan mobiliti elektrik, mengumumkan bahawa Proton e.MAS 5, kenderaan elektrik mampu milik pertama di Malaysia, telah menerima 3,000 tempahan, termasuk 1,607 tempahan dalam tempoh 24 jam pertama selepas tempahan dibuka.

Kejayaan awal Proton e.MAS 5 memperkukuh keyakinan pasaran yang telah dibina oleh model terdahulunya, Proton e.MAS 7, yang terus mengungguli carta pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia sepanjang tahun 2025. Sehingga 30 September 2025, jumlah jualan kumulatif e.MAS 7 telah mencecah 6,655 unit, merangkumi 6,212 unit jualan domestik dan 443 unit eksport. Pencapaian ini mengekalkan kedudukan e.MAS 7 sebagai EV No.1 di Malaysia selama sembilan bulan berturut-turut, dengan penguasaan pasaran EV sebanyak 24%.

Dengan kehadiran Proton e.MAS 5 tidak lama lagi, PRO-NET terus memperkukuh komitmennya untuk menawarkan kenderaan elektrik berkualiti dan berteknologi canggih pada harga mampu milik. EV segmen-B ini dijangka dijual pada anggaran harga antara RM60,000 hingga RM80,000,  didatangkan dengan  ciri, teknologi, dan pengalaman pemanduan yang setanding dengan kenderaan dalam lingkungan harga yang lebih tinggi.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube